Sabtu, 19 Februari 2011

Menjauhi Perbuatan Yang Mendatangkan Bahaya






Menjauhi Perbuatan Yang Mendatangkan Bahaya

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya syaitan
ada baginya bisikan ke hati anak Adam,
dan Malaikat juga ada bisikannya;
ada pun bisikan syaitan itu ialah
galakannya supaya seseorang
melakukan kejahatan
dan mendustakan kebenaran,
dan bisikan Malaikat pula ialah
galakannya supaya seseorang
mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya;
oleh itu
sesiapa yang terasa bisikan yang baik,
maka hendaklah ia mengetahui
bahawa perkara itu dari Allah,
serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah,
dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi
maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah
dari angkara syaitan."



Ibn Mas'ud r.a





Huraian


i) Setiap manusia mempunyai lintasan hati yang berlainan kerana berlainan sebabnya.


ii) Satu daripada jenis lintasan itu adalah lintasan yang dibawa oleh malaikat yang bertugas memancarkan ke dalam hati manusia perasaan suka berbuat kebajikan dan menerima kebenaran; sementara satu lagi lintasan adalah lintasan syaitan iaitu lintasan untuk melakukan kejahatan dan menolak kebenaran.


iii) Lintasan malaikat ini dinamakan sebagai “ilham” dan lintasan jahat syaitan itu sebenarnya adalah “was-was” di mana kita diperintahkan memohon perlindungan Allah daripadanya sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Quran, surah an-Nas.


iv) Oleh yang demikian selaku manusia biasa, apabila datang sesuatu lintasan hati, maka hendaklah kita mempertimbangkannya terlebih dahulu dengan neraca syarak; jika bersesuaian kerjakanlah, jika sebaliknya jauhkanlah.



http://farm6.static.flickr.com/5133/5450358125_b864701a9c_o.jpg


2 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum CIKGU ROHA

    Semoga saratlah kita dengan ILHAM, sepanjangan. Lalu terjauhlah kita, berterusan, daripada segala perbuatan yang mendatangkan bahaya. Semoga Cikgu dan keluarga sentiasa di dalam peliharaan Allah.

    BalasPadam
  2. Louis Theroux: The Ultra Zionists
    di you tube

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.