Kebersihan Dan Kesucian Dalam Islam |
Hadith : |
Dari Aisyah r.ahn, katanya: Rasul s.a.w bersabda: “ Sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu: menggunting misai, membiarkan janggut (tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi(membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak”. Kata Mas`ab (salah seorang rawi hadis ini): “dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu tidak lain dari berkumur-kumur..” Riwayat Muslim |
Huraian
1. Perkara-perkara tersebut
ada yang wajib hukumnya
dan ada yang sunat.
2. Perkara yang wajib ialah
beristinjak, dan yang lain ialah sunat.
3. Apa yang penting,
menjaga kebersihan adalah
dituntut oleh syarak kerana ia
sebahagian daripada iman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.