Rabu, 5 Januari 2011

Hulurkan Tangan, Ringankan Beban







Hulurkan Tangan, Ringankan Beban


Hadith :



Dari Abu Hurairah r.a katanya,
Rasulullah s.a.w bersabda:
”Pada hari kiamat kelak Allah Azza Wajalla berfirman:
”Hai anak Adam! Aku sakit.
Mengapa tidak engkau kunjungi Aku?”
Jawab anak Adam:
”Wahai Tuhanku.
Bagaimana mungkin aku mengunjungi Engkau
padahal Engkau Tuhan semesta alam?”
Firman Allah Taala:
”Apakah kamu tidak tahu bahawa
hamba-Ku si fulan sakit,
mengapa kamu tidak mengunjunginya?
Apakah kamu tidak tahu,
seandainya kamu kunjungi dia,
kamu akan mendapati-Ku di sisinya?”
“Hai anak Adam!
Aku minta makan kepadamu,
mengapa kamu tidak memberi-Ku makan?”
Jawab anak Adam:
”Wahai Tuhan.
Bagaimana mungkin aku memberi Engkau makan,
padahal Engkau Tuhan semesta alam?”
Firman Allah Taala:
”Apakah kamu tidak tahu
bahawa hamba-Ku si fulan minta makan kepadamu
tetapi kamu tidak memberinya makan.
Apakah kamu tidak tahu,
seandainya kamu memberinya makan
nescaya engkau mendapatkannya di sisi-Ku?”
“Hai anak Adam!
Aku minta minum kepadamu,
mengapa kamu tidak memberi-Ku minum?”
Jawab anak Adam:
”Wahai Tuhan,
bagaimana mungkin
aku memberi Engkau minum
padahal Engkau Tuhan semesta alam?”
Firman Allah Taala:
”Hamba-Ku si fulan
minta minum kepadamu,
tetapi kamu tidak memberinya minum.
Ketahuilah seandainya kamu memberinya minum,
nescaya kamu mendapatkannya di sisi-Ku.”



(Muslim)



Huraian


Berikanlah bantuan kepada orang
yang berada di dalam kesempitan.
Kelak Allah akan melepaskan kita
semasa kita berada dalam kesusahan.
Keyakinan kepada balasan baik Allah
akan merangsang kita
untuk melakukan amalan dan kebajikan
dengan lebih banyak.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.