Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak lurus (istiqomah)
iman seseorang hamba itu
sehingga hatinya lurus dan hatinya
tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.”
“Tidak lurus (istiqomah)
iman seseorang hamba itu
sehingga hatinya lurus dan hatinya
tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.”
Riwayat Ahmad
Huraian
1. Maksud istiqomah ialah
tetap teguh di atas jalan yang betul lurus
yang membawa keredhaan Allah S.W.T.
2. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati
iaitu lurusnya hati di atas tauhid.
Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah
dalam erti kata takut, cinta,
tawakkal dan mengagungkan Allah
maka seluruh anggota tubuh
akan taat kepadanya.
Ini ialah kerana hati adalah raja
kepada badan manakala anggota badan
adalah rakyatnya.
3. Anggota terpenting selepas hati
yang mesti diberi perhatian serius
agar beristiqomah ialah lidah
kerana lidah adalah terjemahan hati
yang menggambarkan pemikiran seseorang.
1. Maksud istiqomah ialah
tetap teguh di atas jalan yang betul lurus
yang membawa keredhaan Allah S.W.T.
2. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati
iaitu lurusnya hati di atas tauhid.
Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah
dalam erti kata takut, cinta,
tawakkal dan mengagungkan Allah
maka seluruh anggota tubuh
akan taat kepadanya.
Ini ialah kerana hati adalah raja
kepada badan manakala anggota badan
adalah rakyatnya.
3. Anggota terpenting selepas hati
yang mesti diberi perhatian serius
agar beristiqomah ialah lidah
kerana lidah adalah terjemahan hati
yang menggambarkan pemikiran seseorang.
salam roha..terima kasih lagi dari akak kerana berkongsi ilmu..
BalasPadambiasanya akak akan printkan untuk di kongsi pulak dengan kawan2 ditempat kerja..
kerana kesibukan dihujung tahun ni..
kebaikan surah yassin belum sempat akak print kan..
Salam > Kak Erna
BalasPadamSemoga kita semua mendapat keberkatan dan kerahmatan Allah swt melalui perkongsian ilmu. Akak memang rajin mengumpul ilmu.