Selasa, 7 Disember 2010

Sebaik-baik Orang Yang Berhijrah





http://novitasechan.files.wordpress.com/2007/11/novita-bunga-mawar-60x70-oil-on-canvas.jpg?w=224&h=257






Sebaik-baik Orang Yang Berhijrah


Hadith :

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a:

“ Nabi Muhammad SAW
pernah bersabda yang maksudnya:

” Seorang Muslim adalah orang
yang tidak merugikan
Muslim lainnya dengan lidah,
mahupun
dengan kedua tangannya.
Dan
seorang Muhajir (orang yang berhijrah)
adalah orang yang
meninggalkan semua
larangan Allah SWT.”



(al-Bukhari)



Huraian


Hijrah mengandungi hikmah yang besar sekali peranannya dalam pembangunan ummah.


Suatu kumpulan masyarakat tidak akan menjadi baik jika setiap individu yang ada di dalamnya telah rosak kerana kumpulan masyarakat itu bergantung kepada individu itu sendiri.


Oleh itu hijrah amat ditekankan di dalam al-Quran dan disebutkan sebanyak lebih 28 kali di dalam berbagai bentuk dan makna.


Dengan hijrah, hati, perkataan dan perbuatan kita akan menjadi bersih dari segala maksiat, dosa dan syirik seperti kisah khalifah Umar bin al-Khathab r.a yang menarik untuk kita renungkan bahawa beliau sebelum memeluk Islam dikenali dengan julukan “penghulu para pelaku kejahatan”, namun setelah berhijrah, beliau menjadi pemimpin yang disegani, tawaddhu’ dan suka menolong orang miskin, menjadi tonggak bagi berkembangnya agama Islam.



Hakikatnya hijrah sangatlah berat, kerana di samping harus memiliki kesabaran, kita juga dituntut memiliki keteguhan aqidah dan keyakinan agar tidak mudah termakan dengan pujuk rayu dan godaan dari kenikmatan dunia yang fana.





Salam Maal Hijrah

1 Muharam 1432H

7 Disember 2010

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman,
orang-orang yang berhijrah
dan berjihad di jalan Allah,
mereka itu mengharapkan rahmat Allah,
dan
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


Surah : Al-Baqarah



Ayat : 218


http://novitasechan.files.wordpress.com/2007/11/novita-bunga-matahari-60x70-oil-on-canvas.jpg?w=217&h=255


1 ulasan:

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.