Jumaat, 24 Disember 2010

Pertanyaan Malaikat






Pertanyaan Malaikat


Dikisahkan bahwa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia

maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang iaitu :


1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatima r.a)

3. Husin (anak Faimah r.a)

4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a



Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur,


“Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W.”



Maka berkata kubur,


“Aku bukannya tempat bagi mereka yang berderajat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku memperlalukan dia dengan seburuk-buruknya).”



Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara :



1. Hendaklah ia menjaga solatnya.


2. Hendaklah dia bersedekah.


3. Hendaklah dia membaca al-Qur’an.


4. Hendaklah dia memperbanyak membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.



Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :



1. Jangan berdusta.


2. Jangan mengkhianat.


3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).



4. Jangan kencing sambil berdiri.



Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud,


“Bersucilah kamu semua dari kencing,

kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu

berawal dari kencing.”



Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama’ atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau lain sebagainya, kubur akan meperlakukan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.



Jangan sekali-kali kita berfikir bahwa kita akan dapat menjawab setiap pertanyaan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada pertanyaan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, “Ah mudah saja, aku bisa menghafal untuk menjawabnya.”



Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikir. Seseorang tidak akan dapat menjawab setiap pertanyaan di alam kubur jika dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur’an, maka al-Qur’an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya. 



Wallahu`alam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.