Ahad, 12 Disember 2010

Ilmu, Iman Dan Amal.










Ilmu, Iman Dan Amal


Hadith :


Dari Abu Musa r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:

”Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan

yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya

seperti hujan lebat jatuh ke bumi.

Bumi itu ada yang subur menghisap air,

menumbuhkan tumbuh-tumbuhan

dan rumput-rumput yang banyak.

Ada pula yang keras,

tidak menghisap air sehingga tergenang.

Maka Allah memberi manfaat

dengan ia kepada manusia.

Mereka dapat minum dan memberi minum

(binatang ternak dan sebagainya),

dan untuk bercucuk tanam.

Dan ada pula hujan

yang jatuh ke bahagian lain

iaitu di atas tanah yang tidak

menggenangkan air dan tidak pula

menumbuhkan rumput.

Begitulah perumpamaan

orang yang belajar agama

yang mahu memanfaatkan

apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya,

dipelajarinya dan diajarkannya.

Dan begitu pula perumpamaan

orang yang tidak mahu

memikirkan dan mengambil peduli

dengan petunjuk Allah

yang aku diutus untuk menyampaikannya.”



(Bukhari)




Huraian



Tarbiyah (pendidikan) yang semestinya
dilalui oleh setiap muslim cukup banyak.
Berbagai tarbiyah yang telah dilalui
oleh para sahabat Rasulullah s.a.w
sehingga menjadikan mereka
memiliki iman yang teguh,
bahkan membentuk mereka
menjadi generasi terbaik.



Allah berfirman:

"Dan sesungguhnya
jika mereka melaksanakan nasihat
yang diberikan kepada mereka,
tentulah hal yang demikian itu
lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan
(hati mereka di atas kebenaran)."

(An Nisa : 66)



Maka mempelajari ilmu agama
adalah termasuk medan jihad
yang paling mulia di mana daripada ilmu
tersebut seseorang itu dapat berdakwah
(menyebarkannya) kepada orang lain
yang sekaligus menjadikan imannya
semakin kukuh dan bertambah.



Dia menyuruh manusia
melakukan perkara–perkara
kebaikan dan melarang daripada
melakukan perkara kejahatan (maksiat)
dalam ertikata bahawa ia bukanlah ulama’ bisu
yang berlepas diri daripada apa yang berlaku
di sekelilingnya sepertimana
Sabda Rasulullah s.a.w:


"Di antara manusia,
ada orang yang menjadi
kunci kebaikan dan penutup kejahatan."


(Ibnu Majah)



Orang seperti ini juga
sentiasa bergaul dengan para ulama’
untuk mendengarkan nasihat mereka.




Inilah sifat orang yang belajar agama
yang mahu memanfaatkan apa
yang dipelajarinya dan dengan itu
mereka mendapat pahala di dunia dan balasan
yang baik di akhirat.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.