Sabtu, 4 Disember 2010

Alamat Mimpi



Scrap Book For More Islamic Graphic Glitter !! Raza4u.com !!

http://1.bp.blogspot.com/_M79IizPQA0Q/Swk_MgJ3StI/AAAAAAAAB7c/blX2ApBsICA/s1600/spring+flowers.jpg


Alamat Mimpi


Hadith :


Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:

”Apabila hari kiamat telah dekat,
jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar.
Mimpi yang paling benar ialah
mimpi yang selalu berbicara benar.
Dan mimpi seorang muslim
adalah sebahagian dari
45 jenis nubuwwah (wahyu).

Mimpi itu ada tiga jenis:

(1)Mimpi yang baik
adalah khabar gembira daripada Allah,

(2) mimpi yang menakutkan
atau menyedihkan datangnya dari syaitan,

(3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi,
angan-angan atau khayalan seseorang.

Maka kerana itu
jika kamu bermimpi
yang tidak kamu senangi,
bangunlah kemudian solat
dan
jangan menceritakannya kepada orang lain.”






(Muslim)



Huraian




Setiap daripada kita pernah mengalami mimpi.
Mimpi yang hadir ada yang menyenangkan dan ada juga mimpi yang buruk.


Namun tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat di sebaliknya. Adakalanya mimpi itu bagaikan angin lalu yang tidak meninggalkan kesan kepada kita dan tidak kurang juga mimpi yang kita alami itu benar-benar menjadi kenyataan.


Mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran benar terhadap sesuatu yang akan berlaku.


Contohnya, Rasulullah s.a.w tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain yang mengalami mimpi yang benar seperti kisah yang melatarbelakangkan sambuatan perayaan Idul Adha.



Nabi Ibrahim a.s bermimpi,
lalu baginda menceritakan hal mimpinya itu
kepada anaknya, Ismail,



"Wahai anakku,
aku bermimpi menyembelihmu.
Bagaimana pendapatmu?"
(as-Shaffat: 102).




Kerana yakin mimpi itu
datang daripada Allah S.W.T,
maka nabi Ismail a.s merelakan
dirinya dikorbankan.
Allah menghargai kesetiaan
hamba-hamba-Nya yang soleh ini
lalu menggantikan Ismail
dengan seekor kibas.


Begitu juga dengan kisah Nabi Yusuf a.s.
Diceritakan bahawa pada suatu hari nabi Yusuf mengkhabarkan kepada bapanya nabi Ya'qub,


"Wahai bapaku, aku melihat sebelas bintang,
matahari, dan bulan bersujud kepadaku."
(Yusuf: 4).


Ternyata mimpi ini
membawa petanda baik
bahawa nabi Yusuf
akhirnya diangkat menjadi
pemimpin yang berkuasa dan bijak.



Namun mimpi bagi insan
yang jauh dari keimanan
kebanyakannya datang daripada syaitan.
Jika mimpinya itu benar-benar
menjadi kenyataan maka itu adalah sebagai
peringatan daripada Allah SWT
agar mereka yang jauh daripada
kebenaran (hidayah) itu
kembali dekat kepada-Nya.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.