Isnin, 8 November 2010

Puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah)



Doa kebaikan dunia dan akhirat

Puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah)


Fadhilat Puasa Assyura



Hadith :

Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:
”Rasulullah s.a.w. ditanya orang
tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah).
Jawab baginda,
"Semoga dapat menghapus dosa
tahun yang lalu dan yang akan datang".
Kemudian Nabi ditanya pula
tentang puasa hari asyura (10 Muharram).
Jawab baginda,
"Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu".


(Muslim)

Huraian



Allah memberikan kita nikmat
yang tidak terbilang banyaknya.
Hal ini termasuklah peluang-peluang
melakukan amal ibadat yang diganjari
dengan pahala yang berlipat kali ganda
berbanding dengan amalan-amalan
yang dilakukan pada waktu-waktu biasa.
Contohnya Allah memuliakan
bulan Muharram dan menggalakkan kita
berpuasa sunat.
Peluang ini mungkin dipandang remeh
bagi orang yang tidak mengetahui
akan kelebihan yang ada padanya
tetapi hakikatnya itulah nilai
yang menentukan sejauh manakah
kepekaan seseorang Muslim itu
dalam mencari keredhaan Allah SWT
dengan cara yang terbaik
iaitu ia tidak mensia-siakan
nikmat sihat dan kelapangan waktu
yang dikurniakan padanya
kerana apabila seseorang itu
sudah ditimpa sakit ataupun sibuk
barulah mereka terasa
akan kekurangan diri
dalam mempersiapkan bekalan
di hari akhirat kelak.
Oleh itu
marilah kita bersama-sama
menyahut seruan Rasulullah ini
mudah-mudahan ketaqwaan kita
kepada Allah SWT semakin meningkat.






Hari Nahar (10 Zulhijjah)


Hadith :

Dari Jabir r.a katanya:
”Aku melihat nabi s.a.w
melontar dari atas kenderaannya
pada hari Nahar
(hari menyembelih korban iaitu 10 Zulhijjah).
Lalu baginda bersabda:
” Hendaklah kamu sekelian
pelajari dengan bersungguh-sungguh
bagaimana caranya aku mengerjakan haji,
kerana aku tidak tahu
barangkali aku tidak akan sempat lagi
mengerjakan haji sesudah hajiku ini.”




(Muslim)


2 Hari Haram Berpuasa


Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a kataya:
”Rasulullah s.a.w melarang puasa
pada dua jenis hari.
Iaitu pada hari raya Idul Adha (10 Zulhijjah)
dan
hari raya Idul Fitri (1 Syawal).”






Hari Tasyrik; Hari Makan Minum


Hadith :

Dari Nubaisyah al-Hudzali r.a katanya:
”Rasulullah s.a.w bersabda:
”Hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah)
adalah hari-hari makan minum.”




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.