Isnin, 15 November 2010

Hikmah Berkorban.



http://ummatanwasatan.net/wp-content//korban1.jpg


Hikmah Berkorban


Hadith :

Dari Aisyah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya:

Berkorbanlah kamu
dengan hati yang redha,
sesungguhnya tiap-tiap muslim
yang menghadapkan sembelihannya
ke arah kiblat, maka darahnya,
kotorannya dan bulunya itu
adalah kebajikan dan bakti
kepada timbangannya
pada hari kiamat.


(al-Baihaqi)

Huraian

1. Darah korban itu dapat memberatkan timbangan kebajikan di hari kiamat setelah amal dihisab di hadapan Tuhan



2. Berkorban dapat mendekatkan diri (taqarrub kepada Allah S.W.T.) disamping dapat berbakti kepada manusia.



3. Menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim a.s. itu menjadi satu ibadat yang utama bagi umat Muhammad s.a.w.



4. Binatang korban, daging tulang dan sebagainya, dapat dibahagi-bahagikan kepada golongan yang memerlukan. Dengan cara ini umat Islam dapat merapatkan lagi hubungan mesra sesama Islam, disamping dapat bantu membantu antara satu sama lain.



5. Berkorban juga adalah tanda kesyukuran di atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada manusia.




DALIL PENSYARIATAN & FADHILAT QURBAN

DALIL PENSYARIATAN

  • Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :

    Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur"
    .

  • Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :

    Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".

  • Sabda Rasulullah S.A.W.:

    Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)

FADHILAT IBADAH QURBAN

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:

  • Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

    Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

  • Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:

    Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

  • Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

    Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:

    Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)

  • Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

    Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

  • Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

    Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.