Khamis, 25 November 2010

Bersedekah Sebagai Tanda Bersyukur.









Bersedekah



Sebagai Tanda Bersyukur


Dengan Rezeki



Kurniaan Allah SWT

Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:


” Tangan yang menghulur

lebih baik daripada tangan yang menerima,

mulakanlah dengan mereka

yang di bawah tanggunganmu.

Sebaik-baik sedekah itu adalah

yang tidak mengorbankan

keperluannya atau keluarganya,

sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah

dia akan dijaga oleh Allah S.W.T,

sesiapa yang merasa berpada-pada

maka diberikan Allah S.W.T

kelegaan kepadanya.”


Riwayat Bukhari dan Muslim




Huraian

Pengajaran hadith:



i) Amalan memberi sedekah disifatkan sebagai penebus dan pelupus dosa dan ia merupakan pintu kebajikan yang boleh menghalang daripada api neraka. Orang yang suka bersedekah menunjukkan dia bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah di mana ia merupakan kunci utama ketenangan dan kebahagian hidup di dunia.



ii) Aspek yang terpenting dalam bersedekah ialah keikhlasan niat bahawa amalan itu adalah kerana Allah S.W.T semata-mata, tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk kononnya kita adalah seorang yang pemurah dan sebagainya.



iii) Tidak sewajarnya kita bersedekah kepada orang lain, sedangkan keperluan diri dan keluarga sendiri diabaikan. Oleh itu sebaik-baik cara bersedekah ialah ia dimulakan dengan orang yang di bawah tanggungan sendiri, keluarga dan sanak saudara kerana memberi kepada orang yang berhak itu adalah lebih utama.



iv) Bersedekah sesungguhnya akan memuliakan maruah seseorang sebaliknya meminta sedekah akan menjatuhkan maruah diri sendiri. Itulah sebabnya mengapa Islam menggalakkan umatnya agar berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki, bukan mengharapkan belas kasihan orang lain.



Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia





PROFESOR psikologi dari Universiti Oregon, Ulrich Mayr berpendapat amalan bersedekah mengaktifkan sel-sel otak dan ini akan menjadikan orang yang berbuat demikian berasa seronok. Pandangan itu diterbitkan oleh jurnal Science (2007) yang diketahui oleh ahli akademik sebagai jurnal berpengaruh.

Ulrich Mayr juga mendapati bahawa rasa seronok bersedekah itu bolehlah dikatakan sama atau lebih daripada menikmati makanan atau hubungan kelamin. Ini kerana bahagian otak yang teraktif dari amalan tersebut berada di bahagian yang sama untuk menikmati makanan dan juga hubungan kelamin.

Selain itu amalan suka bersedekah juga dikaitkan dengan sifat suka menolong orang lain yang juga menjadikan seseorang itu rasa seronok selepas berbuat demikian. Itu sebabnya orang yang menolong selalu keberatan menerima habuan kewangan kerana berasa seronok membantu. Ini dikatakan sebagai sifat altruisme atau bahasa mudahnya ringan tulang.

Kajian Ulrich Mayr dan dibantu dua orang pakar ekonomi itu dilakukan ke atas 19 sukarelawan wanita dan dibekalkan sebanyak AS$100 (RM347). Kemudian pengkaji-pengkaji ini meneliti aktiviti otak dengan menggunakan pengimbas Functional Magnetic Resonance Imaging (FMRI).

Melalui pengimbas canggih itu segala aktiviti otak dapat dikesan dengan mudah dan respons pengesanan adalah amat teliti. Kemudian kesemua wanita ini ditunjukkan bahawa wang mereka telah dimasukkan ke dalam akaun tabung makanan (atau di sini sama seperti akaun zakat).

Apabila wang tersebut disahkan telah diterima, maklumat tersebut segera mengaktifkan bahagian otak untuk rasa seronok. Bahagian-bahagian itu ialah caudate nucleus dan nucleus accumbens yang diketahui sebagai bahagian untuk rasa seronok. Kajian tersebut juga menunjukkan jika sukarelawan itu terpilih untuk mengedarkan wang tersebut, contohnya, menjadi wakil untuk memberikan wang sedekah kepada rumah anak yatim, ia akan meningkatkan lagi rasa seronok.

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa bahagian otak yang teraktif itu jugalah bertanggungjawab untuk rasa seronok seperti memakan manisan, hubungan kelamin, perlindungan, dan juga rakan taulan. Ini semua adalah dikaitkan sebagai keperluan asas seorang manusia.

Nabi telah memberitahu bahawa hanya orang yang banyak bersedekah tahu nikmatnya ( ambil berkat hari Khamis dan Jumaat untuk bersedekah).

Teringat pula kehebatan Saiyidina Umar Al-Khattab bersedekah separuh hartanya dan dia rasa seronok; tetapi hebat lagi sedekahnya Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq yang bersedekah seluruh hartanya.



“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah,

Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba

melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan.

Tidaklah seseorang itu merendah diri

kerana mengharapkan keredhaan Allah

melainkan akan diangkat darjatnya”.


(Riwayat Muslim)



SEDEKAH --> BAHAGIA--> KAYA



Keutamaan sedekah


Hadith :

Dari Hakim bin Hizam r.a, katanya, Nabi s.a.w bersabda:

”Tangan yang di atas (tangan yang memberi)
lebih baik dari tangan yang di bawah
(tangan yang menerima atau meminta).
Maka kerana itu
mulailah memberi kepada keluargamu.
Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya.
Siapa yang memohon dipelihara
(agar dia tidak sampai meminta-minta)
Allah akan memeliharanya
dan siapa yang memohon dicukupkan
(agar tidak ada ketergantungan selain kepada Allah)
Allah akan mencukupkannya.”


(Bukhari)



Berbuat Baik Itu Sedekah


Hadith :

Dari Abu Syaibah r.a dari nabi s.a.w, sabdanya:

”Setiap perbuatan baik (makruf) adalah sedekah.”



(Muslim)




Pahalanya Tetap Ada


Hadith :

Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“ Seorang lelaki berkata :
“Demi Allah saya akan memberi sedekah.
Maka dia keluar membawa sedekahnya
lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri.
Maka pada paginya,
orang ramai pun memperkatakan hal tersebut.
Mereka berkata :
“ Telah diberi sedekah kepada pencuri.
Si pemberi itu berkata :
“Wahai Tuhan ku,
hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian.
Demi Allah,
saya akan sedekahkan satu sedekah lagi.
Maka dia keluar membawa sedekahnya
lalu diletakkan di tangan wanita penzina.
Pada pagi hari itu
orang ramai pun memperkatakan hal tersebut.
Mereka berkata :
“Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina.
Orang tersebut berkata :
“Wahai Tuhan ku,
hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian.
Demi Allah
saya akan memberikan satu sedekah lagi.
Maka dia keluar membawa sedekahnya
lalu diletakkan di tangan orang kaya.
Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal tersebut.
Mereka berkata :
“Telah diberikan sedekah kepada orang kaya.
Orang itu berkata :
“Wahai Tuhan ku,
hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian
terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya.
Kemudian datanglah seseorang kepadanya
dalam tidurnya lalu berkata kepadanya :
“Sedekah mu kepada si pencuri,
mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri,
manakala kepada wanita penzina
mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina
dan orang kaya
mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta
yang telah Allah berikan kepadanya.”


(al-Bukhari dan Muslim)




Huraian



Sesungguhnya

sedekah

yang diberikan

dengan niat

yang baik

akan diterima

Allah SWT

walaupun

tidak jatuh

pada orang

yang selayaknya.







TANGAN YANG MEMBERI


LEBIH BAIK





DARIPADA



TANGAN YANG MENERIMA







2 ulasan:

  1. Salam,

    btul ckp akak....sedekah juga bleh wat ati jd tenang.....

    BalasPadam
  2. Salam Ayuni.
    Terima kasih bab suka blog akak yang tak seberape ni.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.