Selasa, 30 November 2010

Detik-detik Terakhir Kehidupan Insan Mulia.









Tajuk: 1001 Duka (Siri 1)

- Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati

Pengarang: Muhammad Isa Selamat MA



Detik-detik Terakhir Kehidupan Insan Mulia


Daripada Ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra.


Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:


“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.”



Allah berfirman:

“Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”



Kemudian kami bertanya:

“Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?


Baginda menjawab:

Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’ la.”


Kami bertanya lagi:

“Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?

Rasulullah menjawab:

Salah seorang ahli bait.

Kami bertanya:

Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?

Baginda menjawab:

“Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”

Kami bertanya:

“Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?”Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.


Kemudian baginda bersabda:


“Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”


Semakin Tenat


Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.



Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad,penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam:

“Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi

“Assolah yarhamukallah.”

Fatimah menjawab:

“Rasulullah dalam keadaan sakit?”

Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk.


Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda:

“Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.”


Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata:

“Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?” Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.


Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW.

Baginda bertanya:

“Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu?

Siti Fatimah menjawab:

Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.”

Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda:


“Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”



Malaikat Maut Datang Bertamu



Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.



Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW.


Malaikat Maut itupun berkata:

“Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!”

Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu:

“Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.”

Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi:

“Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?”

Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah:

“Siapakah yang ada di muka pintu itu?

Fatimah menjawab:

“Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.”

Rasulullah SAW bersabda:

“Tahukah kamu siapakah dia?”

Fatimah menjawab:

“Tidak wahai baginda.”

Lalu Rasulullah SAW menjelaskan:

“Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda:

“Masuklah, Wahai Malaikat Maut".

Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan

‘Assalamualaika ya Rasulullah.”

Rasulullah SAW pun menjawab:

Waalaikassalam Ya Malaikat Maut.

Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”

Malaikat Maut menjawab:

“Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.

Rasulullah SAW bertanya:

“Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?”

Jawab Malaikat Maut.

Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW.

Maka bersabdalah Rasulullah SAW:

“Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?

Jibril menjawab:

Ya, Wahai kekasih Allah.”



Ketika Sakaratul Maut


Seterusnya Rasulullah SAW bersabda:

“Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?

Jibril pun menjawab;

“Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”

Baginda SAW bersabda:

“Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?

Jibril menjawab lagi:

Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.”

Baginda SAW bersabda lagi:

“Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku?

Jibril menjawab:

Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda:

“Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?”

Jibril as bertanya:

“Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?

Rasulullah SAW menjawab:

“Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”

Jibril menjawab:

“Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.”

Maka berkatalah Rasulullah SAW:

“Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?”

Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.

Ali ra bertanya:

“Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?

Rasulullah menjawab:

Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah.

Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata:

“Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya.

Lalu Rasulullah SAW bertanya:

“Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?

Jibril menjawab:

Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.



Kesedihan Sahabat


Berkata Anas ra:

“Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.”



Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu’az bin Jabal ra telah berkata:


“Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.”



Mu’az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.



Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.



Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’az berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:



“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?”

(Az-Zumar: 30).



Maka menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:



“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?”

(Ali-lmran: 144)



Maka Mu’az pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?” Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.”




Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?” Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:



“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.”



Lalu Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah dan bangunlah.”



Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.



Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.
Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.




Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’az yang sedang pengsan.




Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’az, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’az, aku telah mendengar dari


Rasulullah SAW, baginda bersabda:



“Sampaikanlah salamku kepada Mu’az.”



Maka Mu’az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata:


“Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.”



Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait.”



Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata:



“Rasulullah SAW bersabda:



Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.”



Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’az?” Ketika Mu’az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya:



“Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:



Sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.”



Kemudian Mu’az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.






Isnin, 29 November 2010

Rahmat Atau Laknat.











Rahmat Atau Laknat


Hadith :



Dari ‘Atha’ bin Abu Rabah r.a katanya,
dia mendengar Aisyah isteri Rasulullah saw. bercerita:

”Bila angin bertiup kencang
dan langit mendung berawan banyak,
tampak kegelisahan di wajah
Rasulullah saw sehingga baginda
maju mundur (berjalan mundar-mandir).
Apabila hujan telah turun
wajah baginda berubah
menjadi gembira dan hilang kegelisahannya.
Berkata Aisyah:
”Aku bertanya kepada baginda,
apa yang menyebabkan
baginda gelisah sebegitu rupa.”
Jawab baginda,:
”Aku khuatir kalau-kalau
angin dan mendung itu
menjadi laknat
yang ditimpakan
kepada umatku.
Tetapi bila hujan telah turun
maka hal itu
adalah rahmat.”



(Muslim)



Huraian




Allah SWT menyuruh kita hamba-hambanya agar sentiasa melakukan apa yang disuruh-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.Maka selaku manusia yang ditugaskan menjadi khalifah Allah, wajib ke atas kita menjalankan perintah Allah itu tanpa rasa malas, angkuh dan sombong atau dengan lain perkataan menderhakai Allah dengan melakukan berbagai kemaksiatan di muka bumi ini.




Sesungguhnya apabila kemurkaan Allah menjelma akibatnya amat dahsyat sekali sebagaimana yang telah berlaku pada kaum ‘Add yang hanyut dengan seribu satu kemaksiatan hingga pada suatu ketika telah datang kepada mereka awan mendung dan mereka berkata:



”Inilah awan-awan yang akan menurunkan hujan bagi kita...”



Namun ternyata bahawa hal yang sebaliknya berlaku di mana kebaikan yang mereka sangkakan akan mendatangi mereka sebenarnya adalah satu bala (malapetaka) yang diturunkan Allah akibat dari kejahatan yang mereka lakukan.



Mengingatkan hal inilah, Rasulullah saw. akan merasa resah gelisah setiap kali awan mendung berarak, memikirkan sama ada ia merupakan satu rahmat atau satu laknat daripada Allah SWT.



Oleh itu sebagai umat Islam, kita ini hendaklah sentiasa beringat dan menjauhi perkara yang mengundang kemurkaan Allah SWT.



Lebih-lebih lagi di akhir zaman ini, berbagai-bagai malapetaka alam yang terjadi seperti gempa bumi, taufan, letupan gunung berapi, banjir besar, ombak besar dan sebagainya berlaku dan sesungguhnya segala peristiwa tersebut sebenarnya mempunyai pengajaran (mesej) yang tersendiri untuk umat manusia seluruhnya di mana hanya manusia yang benar-benar beriman dan beramal soleh serta yang diberi taufik dan hidayah sahaja yang akan sedar dan mengambil iktibar daripadanya.




Ahad, 28 November 2010

Puisi Cinta Islam - Imam Asy-Syafi'i.





Scrap Book For More Islamic Graphic Glitter !! Raza4u.com !!





Rela Pada Ketentuan Allah



Oleh: Imam Asy-Syafi’i



Biarkanlah hari-hari berbuat semaunya
Berlapang dada-lah jika takdir menimpa



Jangan berkeluh-kesah atas musibah di malam hari
Tiada musibah yang kekal di muka bumi



Jadilah laki-laki tegar dalam menghadapi tragedi
Berlakulah pema’af selalu menepati janji



Jika banyak aibmu di mata manusia
Sedang engkau berharap menutupinya



Bersembunyilah engkau di balik derma
Dengan derma aibmu tertutup semua



Jangan pernah terlihat lemah di depan musuhmu
Sungguh malapetaka jika musuh menertawaimu



Jangan berharap dari orang kikir kemurahan
Di neraka tiada air bagi orang yang kehausan


Rizkimu tidak berkurang karena kerja wajar perlahan
Berlelah-lelah tidak menambah rizki seseorang



Tiada kesedihan yang kekal tidak pula kebahagiaan
Tiada kesulitan yang abadi tidak pula kemudahan



Jika engkau berhati puas dan mudah menerima
Sungguh, antara engkau dan raja dunia tiada beda



Barangsiapa kematian datang menjemputnya
Langit dan bumi tak kan mampu melindunginya



Bumi Allah begitu lapang luas membentang
Namun seakan sempit kala ajal menjelang



Biarkanlah hari-hari ingkar janji setiap saat
Kematian tak mungkin dicegah dengan obat









Sabtu, 27 November 2010

Air Masin dan Air tawar tidak bercampur.




Scrap Book For More Islamic Graphic Glitter !! Raza4u.com !!





"DIA membiarkan dua lautan mengalir

yang kemudiannya kedua-duanya bertemu.

Antara kedua-duanya ada batas/sempadan

yang tidak dilampaui antara satu sama lain.

- Surah Al Rahman ayat 19-20.
















Maha benar Allah dengan segala firman-Nya..








And He is Who has made
two seas to flow freely,
one sweet that subdues
thirst by its sweetness,
and the other salty
that burns by its saltness
….



The image above is nowadays being taught in the world major universities. It illustrates an established scientific fact in the field of hydrology.

We see how the sweet palatable water of the river flows and mixes with the salty water of the ocean. Scientists discovered a barrier that is formed between the two waters.

The barrier (isthmus) prevents the salty water from overwhelming the palatable water of the river. Allah the Exalted revealed this scientific fact, 14 centuries ago, in the Quran as He says:



(And He is Who has made
two seas to flow freely,
one sweet that subdues
thirst by its sweetness,
and the other salty
that burns by its saltness;
and between the two
He has made a barrier
and inviolable obstruction
)

[Al Furqan: 53].

لا حول ولا قوة إلا بالله






The darker blue water
belong to
Mediterranean sea





This another image
between sea water & river water



-------------river water---Barrier ----------- sea water




Scrap Book For More Islamic Graphic Glitter !! Raza4u.com !!





Using thermal waves & satellite the following image was produced.













Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu


(QS Fushshilat 53).





“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi”


(Q.S Al Furqan 53).




===========


======================







Pertemuan dua sungai






Fenomena pertemuan sungai dan laut adalah sangat umum, dan di sini kita melihat sebuah ….



Fenomena pertemuan sungai dan laut adalah sangat umum, dan di sini kita melihat sebuah pertemuan dua sungai yang berbeda kepekatan, keasinan dan suhu, dan kedua sungai tersebut tetap tanpa bercampur, untuk bercermin pada tanah genting antara mereka ....



Gambar sebenarnya dari area pertemuan sungai Rio Negro dan Solimões Sungai di Brasil. Kedua sungai tersebut bertemu dalam jarak lebih dari lima kilometer dalam kondisi air kedua sungat tersebut tidak bercampur dengan kepekatan dan temperatur yang tetap berbeda. Sungai pertama di sebelah kanan mengandung endapan tanah pegunungan yang menyebabkan airnya berwarna cokelat, sedangkan sungai yang kedua di sebelah kiri berwarna hitam pekat karena merupakan rembesan tanaman-tanaman yang membusuk yang datang dari hutan.



Fenomena ini sekarang dapat dijelaskan secara ilmiah, yaitu melalui sejumlah hukum fisika tentang pergerakan cairan, seperti variasi densitas, salinitas dan suhu. Hukum fisika ini memastikan bahwa kedua sungai tersebut tidak dapat saling mengalahkan, walaupun mereka bertemu secara langsung. Mahasuci Allah yang telah menjelaskan kepada kita 14 abad yang lalu tentang pertemuan sungai-sungai dan lautan:



(وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَحْجُورًا) الفرقان: 53



“ dan Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi”

Al-Furqan 53.



Tentu saja, ayat ini berbicara tentang pertemuan air laut yang asin dengan air sungai yang tawar yang membentuk dinding yang memisahkan antara keduanya. Namun, yang kita lihat dalam gambar ini adalah serupa dengan yang digambarkan oleh Alquran, di mana air keruh bertemu dengan air jernih, sementara masing-masing memiliki tingkat keasinan yang berbeda dan keduanya tidak bercampur kecuali dengan batasan yang sangat sempit.




Oleh: Abduldaem Al-Kaheel




Jumaat, 26 November 2010

Nilai Korban Dan Solat Jumaat.


Scrap Book For More Islamic Graphic Glitter !! Raza4u.com !!



Nilai Korban Dan Solat Jumaat


Hadith :


Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa
Rasulullah saw pernah bersabda:

”Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat
seperti mandi janabah
(mandi dengan membersih seluruh tubuh badan),
kemudian dia pergi ke Jumaat (solat Jumaat)
(sebagai orang yang pertama sampai)
maka sama halnya seperti
orang yang berkorban seekor unta;
dan sesiapa yang datang
sebagai orang kedua,
sama halnya seperti
orang yang berkorban seekor lembu betina;
sesiapa yang datang sebagai orang ketiga,
sama halnya seperti
orang yang berkorban seekor biri-biri bertanduk;
sesiapa yang datang sebagai orang keempat,
sama halnya dengan
seorang yang berkorban seekor ayam;
dan sesiapa yang datang sebagai orang kelima;
sama halnya dengan
orang yang berkorban dengan sebutir telur.
Apabila imam
telah menaiki mimbar
maka para malaikat yang hadir juga
ikut mendengar khutbah.”


(Bukhari)



Huraian



Allah menetapkan kelebihan tertentu pada tempat dan masa. Contohnya Allah melimpahkan berkat-Nya terhadap Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah daripada segala tempat lain di dunia ini.


Begitu juga dengan kelebihan masa iaitu Allah SWT telah melebihkan Ramadhan daripada segala bulan yang lain dan Allah juga melebihkan hari Jumaat daripada segala hari yang lain dalam seminggu.


Hari Jumaat juga dinamakan ‘Yaumul-mazid’ iaitu hari pemberian tambahan kerana pada hari berkenaan, Allah mengurniakan rahmat yang banyak kepada hambanya. Segala permohonan seseorang hamba itu akan dikabulkan sekiranya permohonan itu menepati waktu yang dinamakan ‘waktu mustajab’.


Betapa mulianya hari Jumaat ini hingga Allah juga mensyariatkan agar dikerjakan solat khusus pada hari tersebut iaitu yang dinamakan solat Jumaat di mana bagi setiap orang yang pergi menunaikan solat tersebut disediakan ganjaran yang amat besar yang tidak ada pada hari-hari yang lain. Tetapi malang sekali ada juga antara kita yang berasakan hari Jumaat adalah sama seperti hari-hari lain.


Ini menyebabkan mereka mengisi hari tersebut dengan hati yang kosong, tanpa doa dan harapan kepada pencipta-Nya. Lebih malang lagi, ada pula yang sanggup meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja, tanpa rasa berdosa kepada Allah SWT.


Golongan ini bukan sahaja lupa pada kewajipan mereka terhadap Allah, malah mereka lupa pada azab Allah yang bakal menimpa. Jauh sekali ingin meraih seribu satu keuntungan daripada kemuliaan hari tersebut.



Khamis, 25 November 2010

Bersedekah Sebagai Tanda Bersyukur.









Bersedekah



Sebagai Tanda Bersyukur


Dengan Rezeki



Kurniaan Allah SWT

Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:


” Tangan yang menghulur

lebih baik daripada tangan yang menerima,

mulakanlah dengan mereka

yang di bawah tanggunganmu.

Sebaik-baik sedekah itu adalah

yang tidak mengorbankan

keperluannya atau keluarganya,

sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah

dia akan dijaga oleh Allah S.W.T,

sesiapa yang merasa berpada-pada

maka diberikan Allah S.W.T

kelegaan kepadanya.”


Riwayat Bukhari dan Muslim




Huraian

Pengajaran hadith:



i) Amalan memberi sedekah disifatkan sebagai penebus dan pelupus dosa dan ia merupakan pintu kebajikan yang boleh menghalang daripada api neraka. Orang yang suka bersedekah menunjukkan dia bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah di mana ia merupakan kunci utama ketenangan dan kebahagian hidup di dunia.



ii) Aspek yang terpenting dalam bersedekah ialah keikhlasan niat bahawa amalan itu adalah kerana Allah S.W.T semata-mata, tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk kononnya kita adalah seorang yang pemurah dan sebagainya.



iii) Tidak sewajarnya kita bersedekah kepada orang lain, sedangkan keperluan diri dan keluarga sendiri diabaikan. Oleh itu sebaik-baik cara bersedekah ialah ia dimulakan dengan orang yang di bawah tanggungan sendiri, keluarga dan sanak saudara kerana memberi kepada orang yang berhak itu adalah lebih utama.



iv) Bersedekah sesungguhnya akan memuliakan maruah seseorang sebaliknya meminta sedekah akan menjatuhkan maruah diri sendiri. Itulah sebabnya mengapa Islam menggalakkan umatnya agar berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki, bukan mengharapkan belas kasihan orang lain.



Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia





PROFESOR psikologi dari Universiti Oregon, Ulrich Mayr berpendapat amalan bersedekah mengaktifkan sel-sel otak dan ini akan menjadikan orang yang berbuat demikian berasa seronok. Pandangan itu diterbitkan oleh jurnal Science (2007) yang diketahui oleh ahli akademik sebagai jurnal berpengaruh.

Ulrich Mayr juga mendapati bahawa rasa seronok bersedekah itu bolehlah dikatakan sama atau lebih daripada menikmati makanan atau hubungan kelamin. Ini kerana bahagian otak yang teraktif dari amalan tersebut berada di bahagian yang sama untuk menikmati makanan dan juga hubungan kelamin.

Selain itu amalan suka bersedekah juga dikaitkan dengan sifat suka menolong orang lain yang juga menjadikan seseorang itu rasa seronok selepas berbuat demikian. Itu sebabnya orang yang menolong selalu keberatan menerima habuan kewangan kerana berasa seronok membantu. Ini dikatakan sebagai sifat altruisme atau bahasa mudahnya ringan tulang.

Kajian Ulrich Mayr dan dibantu dua orang pakar ekonomi itu dilakukan ke atas 19 sukarelawan wanita dan dibekalkan sebanyak AS$100 (RM347). Kemudian pengkaji-pengkaji ini meneliti aktiviti otak dengan menggunakan pengimbas Functional Magnetic Resonance Imaging (FMRI).

Melalui pengimbas canggih itu segala aktiviti otak dapat dikesan dengan mudah dan respons pengesanan adalah amat teliti. Kemudian kesemua wanita ini ditunjukkan bahawa wang mereka telah dimasukkan ke dalam akaun tabung makanan (atau di sini sama seperti akaun zakat).

Apabila wang tersebut disahkan telah diterima, maklumat tersebut segera mengaktifkan bahagian otak untuk rasa seronok. Bahagian-bahagian itu ialah caudate nucleus dan nucleus accumbens yang diketahui sebagai bahagian untuk rasa seronok. Kajian tersebut juga menunjukkan jika sukarelawan itu terpilih untuk mengedarkan wang tersebut, contohnya, menjadi wakil untuk memberikan wang sedekah kepada rumah anak yatim, ia akan meningkatkan lagi rasa seronok.

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa bahagian otak yang teraktif itu jugalah bertanggungjawab untuk rasa seronok seperti memakan manisan, hubungan kelamin, perlindungan, dan juga rakan taulan. Ini semua adalah dikaitkan sebagai keperluan asas seorang manusia.

Nabi telah memberitahu bahawa hanya orang yang banyak bersedekah tahu nikmatnya ( ambil berkat hari Khamis dan Jumaat untuk bersedekah).

Teringat pula kehebatan Saiyidina Umar Al-Khattab bersedekah separuh hartanya dan dia rasa seronok; tetapi hebat lagi sedekahnya Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq yang bersedekah seluruh hartanya.



“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah,

Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba

melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan.

Tidaklah seseorang itu merendah diri

kerana mengharapkan keredhaan Allah

melainkan akan diangkat darjatnya”.


(Riwayat Muslim)



SEDEKAH --> BAHAGIA--> KAYA



Keutamaan sedekah


Hadith :

Dari Hakim bin Hizam r.a, katanya, Nabi s.a.w bersabda:

”Tangan yang di atas (tangan yang memberi)
lebih baik dari tangan yang di bawah
(tangan yang menerima atau meminta).
Maka kerana itu
mulailah memberi kepada keluargamu.
Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya.
Siapa yang memohon dipelihara
(agar dia tidak sampai meminta-minta)
Allah akan memeliharanya
dan siapa yang memohon dicukupkan
(agar tidak ada ketergantungan selain kepada Allah)
Allah akan mencukupkannya.”


(Bukhari)



Berbuat Baik Itu Sedekah


Hadith :

Dari Abu Syaibah r.a dari nabi s.a.w, sabdanya:

”Setiap perbuatan baik (makruf) adalah sedekah.”



(Muslim)




Pahalanya Tetap Ada


Hadith :

Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“ Seorang lelaki berkata :
“Demi Allah saya akan memberi sedekah.
Maka dia keluar membawa sedekahnya
lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri.
Maka pada paginya,
orang ramai pun memperkatakan hal tersebut.
Mereka berkata :
“ Telah diberi sedekah kepada pencuri.
Si pemberi itu berkata :
“Wahai Tuhan ku,
hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian.
Demi Allah,
saya akan sedekahkan satu sedekah lagi.
Maka dia keluar membawa sedekahnya
lalu diletakkan di tangan wanita penzina.
Pada pagi hari itu
orang ramai pun memperkatakan hal tersebut.
Mereka berkata :
“Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina.
Orang tersebut berkata :
“Wahai Tuhan ku,
hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian.
Demi Allah
saya akan memberikan satu sedekah lagi.
Maka dia keluar membawa sedekahnya
lalu diletakkan di tangan orang kaya.
Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal tersebut.
Mereka berkata :
“Telah diberikan sedekah kepada orang kaya.
Orang itu berkata :
“Wahai Tuhan ku,
hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian
terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya.
Kemudian datanglah seseorang kepadanya
dalam tidurnya lalu berkata kepadanya :
“Sedekah mu kepada si pencuri,
mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri,
manakala kepada wanita penzina
mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina
dan orang kaya
mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta
yang telah Allah berikan kepadanya.”


(al-Bukhari dan Muslim)




Huraian



Sesungguhnya

sedekah

yang diberikan

dengan niat

yang baik

akan diterima

Allah SWT

walaupun

tidak jatuh

pada orang

yang selayaknya.







TANGAN YANG MEMBERI


LEBIH BAIK





DARIPADA



TANGAN YANG MENERIMA