Sabtu, 9 Oktober 2010

BESARNYA MAKNA DOA



BESARNYA MAKNA DOA YANG KITA LUPAKAN...semasa duduk antara dua sujud




Dalam tidak sedar.
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..
tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami..
sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh
dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati
ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..
Dengan rendah hati nyatakanlah
permohonan ampun kepada Allah


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)


Diamlah sejenak,
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah
seperti membuka diri ketika merasakan hembusan
angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan
ketika kita masih kecil
Tetaplah membuka diri kita
untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali
hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,


Warhamni (sayangi aku)


Diam dan tundukkanlah diri kita
untuk menerima kasih-sayang Allah
yang tak terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya
agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup
Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut
dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..



Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku
)



Setelah selesai,
diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..
sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti
sedang berpura-pura memohon sesuatu
tetapi hati antara tidak dan mahu
pantaslah Allah perlakukan kita begitu.




2 ulasan:

  1. Salam CIKGU ROHA

    Paparan yg amat berguna.

    Hamba yg serba kekurangan yg tidak berdoa, meminta daripada Tuhannya yg serba berkelebihan dalam segala-galanya, adalah sememangnya hamba yg benar-benar sombong.

    Semoga segala doa kita, apatah lagi yg kita panjatkan ketika kita menyembahNya, akan diterima.

    BalasPadam
  2. Salam Cikgu.
    "Doa senjata orang mukmin".
    Amat setuju sekali bahawa hamba yang tidak berdoa adalah sememangnya hamba yang benar-benar sombong.
    Semoga kita tidak termasuk dikalangan mereka yang sombong.
    Terima kasih cikgu kerana masih sudi
    mencoretkan kata buat ingatan diri yang ada kalanya alpa dek kesibukan dunia.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.