“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah)
bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran,
menjadi petunjuk bagi
sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan
yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan
antara yang benar dengan yang salah.
Oleh itu,
sesiapa dari antara kamu
yang menyaksikan anak bulan Ramadan
(atau mengetahuinya),
maka hendaklah ia berpuasa bulan itu;
dan
sesiapa yang sakit atau dalam musafir
maka (bolehlah ia berbuka,
Kemudian wajiblah ia berpuasa)
sebanyak hari yang ditinggalkan itu
pada hari-hari yang lain.
(Dengan ketetapan yang demikian itu)
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan,
dan
Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
Dan juga
supaya kamu cukupkan bilangan puasa
(sebulan Ramadan), dan supaya kamu
membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya,
dan supaya kamu bersyukur”.
(Al-Baqarah: 185)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.