Khamis, 1 Julai 2010

Musuh Jangan Dicari, Jika Bertemu Pantang Mundur




Hadith :

Abu Hurairah r.a berkata:
”Nabi SAW bersabda:
”Janganlah kamu berharap
untuk bertemu musuh,
tetapi
apabila kamu bertemu musuh
maka
bertahanlah.”


(Bukhari dan Muslim)

Huraian



Dalam kehidupan ini
sebagai manusia kita sering berhadapan dengan
perkara yang memerlukan
tahap kesabaran yang tinggi.




Oleh itu
hendaklah kita sentiasa
berhati-hati dan jangan sengaja melakukan perkara yang menimbulkan kemarahan
orang lain atau dengan perkataan lain
jangan kita sengaja
mencari musuh kerana ia menunjukkan sikap orang yang sombong dan bongkak.




Namun jika ditakdirkan
kita bertemu dengan musuh
maka bertahanlah dan jangan mudah menyerah kalah.
Bersabarlah dan mohonlah
kekuatan daripada
Allah SWT .
Semoga kita berada
di pihak yang benar.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.