Sabtu, 5 Jun 2010

Syurga itu.......





Para ulama
bersepakat
syurga itu terletak di atas dari langit
yang ketujuh.


Dalam surah An-Majm ayat 13-15 Allah berfirman:

Sesungguhnya ia (Muhammad)
telah
melihat Jibril sekali lagi,
iaitu di Sidratul Muntaha,
dan
di dekatnya ada syurga
tempat
kembali.



Ketika Rasulullah
dalam perjalanan Mikraj,
Baginda telah berhenti
di Sidratul Muntaha.
Menurut baginda,
Sidratul Muntaha itu berada jauh
di luar
alam langit
(di luar ruang angkasa).
Di situlah Baginda
dapati
terletaknya syurga.
Kemudian
dikatakan syurga itu
luasnya seluas langit dan bumi
sebagaimana
difirmankan Allah
dalam
surah Ali Imran ayat
133:



Kejarlah oleh kamu
ampunan Tuhan kamu
dan
syurga yang luasnya
seluas langit
dan
bumi disediakan bagi orang-orang
yang
bertakwa.



Di syurga juga
udaranya nyaman tidak
panas
membakar
dan tidak pula sejuk mengigit.
Allah berfirman:



Mereka berehat
didalam syurga dengan berteleku
di atas
pelamin-pelamin (yang berhias),
mereka tidak nampak
di situ adanya matahari
(usahkan hawa panasnya),
dan tidak juga merasai
suasana yang
bersangatan sejuknya.
(Al-Insan: 13)



Abu Hurairah berkata
bahawa Rasulullah bersabda :



"Bahawa
dinding-dinding syurga
itu
batu-bata
dari perak dan emas.
Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran)
dan
buminya
kasturi."
(Hadis riwayat Al-Bazzar).



Dalam sebuah hadis lain
diceritakan
bahawa
Rasulullah bersabda
yang bermaksud:



"Tanah syurga itu licin putih,
kasturi murni."
(Hadis riwayat Muslim).



Harumnya
bau syurga
ini
dapat dicium dari
jarak perjalanan 100 tahun.



Sungai-sungai di syurga





Sungai-sungai syurga
pula
memancar dari bawah-bawah bukit.
Di dalam al-Quran,
Allah banyak menyebut
tentang macam-macam sungai
di syurga ini
antara lain firmanNya
dalam
Surah Muhammad
ayat 15
yang bermaksud:



Sifat syurga
yang telah dijanjikan
kepada
orang-orang yang
bertakwa
(ialah seperti berikut):



Ada padanya
beberapa sungai
dari
air yang tidak berubah
(rasa dan baunya),
dan
beberapa
sungai dari susu
yang tidak
berubah rasanya,
serta
beberapa sungai
dari arak
yang lazat bagi orang-orang
yang
meminumnya,
dan juga
beberapa sungai
dari madu
yang suci bersih.
Dan ada pula
untuk mereka di sana
segala jenis buah-
buahan,
serta keredhaan
yang tinggal kekal
di dalam syurga
yang sedemikian itu
keadaannya)
sama seperti
orang-orang
yang tinggal kekal
di dalam neraka dan
diberi minum
dan air yang menggeledak

sehingga menjadikan isi perut
mereka
hancur?
(sudah tentu tidak sama!).




Ayat di atas
memberi pengertian bahawa

sungai-sungai di syurga
bukanlah
mengandungi air-air biasa
seperti di dunia
ini,
sebaliknya ada sungai yang berair susu,

ada yang berair anggur (arak)
yang tidak
memabukkan,
ada yang dari madu
dan
sebagainya.
Sungai-sungai ini
semuanya
mengalir dengan tenang
melalui rumah-
rumah di syurga,
di kebun-kebun
dan
di
celah-celah pokok.
Bahkan
terdapat juga
mata-mata air
yang mengalir.




Jadi
Allah telah menjanjikan
bagi orang yang
bertakwa itu
sungai yang airnya
mempunyai
ciri-ciri sebagai
berikut:






= Airnya tidak berubah rasa dan baunya.




= Air susu yang tidak berubah rasa dan
warnanya



= Air anggur (arak) yang lazat dan tidak
memabukkan bagi peminumnya.



= Madu yang disaring






Sewaktu Israk dan Mikraj,
Rasulullah s.a.w.

pernah melihat sungai
yang dinamakan
Al-
Kausar.
Sungai ini dilingkari
oleh bukit-bukit
yang terdiri dari permata-permata
dan

tanahnya dari wewangian
yang paling wangi.

Tepian sungai ini terdiri dari
emas
sedangkan anak-anak batunya
dari mutiara.




Barangsiapa
meminum air dari Al-Kausar ini
walau hanya satu kali sahaja,
dia tidak
merasa haus
untuk selama-lamanya.




Tentang
nama-nama sungai di syurga,
tidak
ada disebut dengan jelas
di dalam al-Quran.
Tetapi
dalam sebuah hadis
riwayat Bukhari
dan Muslim,
Nabi bersabda:




Bahawasanya
di syurga terdapat suatu
sungai
yang disebut sungai rajab,
airnya
lebih putih daripada air susu
dan
rasanya
lebih manis daripada madu.
Sesiapa yang
puasa satu hari
dari bulan Rajab,
maka
Allah memberikan minuman
dari sungai itu.




Yang jelas
sungai yang bersama Rajab
dengan sifat-sifatnya yang luar biasa ini
belum pernah dilihat
dan
dirasakan airnya

oleh manusia di dunia ini.
Walau
bagaimanapun
di dalam keterangan-
keterangan lain
disebutkan bahawa
di
syurga ada sungai-sungai
seperti
Al-Kausar
dan Al-Firdaus.



Tentang Al-Kausar,
Anas r.a. ada bercerita
bahawa Rasulullah s.a.w.
tidur di atas tikar
jerami,
tiba-tiba
sambil mengangkat
kepalanya
Baginda tersenyum.
Anas
bertanya:

"Mengapa engkau tertawa ya
Rasulullah?"

Baginda menjawab:

"Ayat yang
diturunkan kepadaku tadi (yang bermaksud):



Sesungguhnya
Kami telah memberikan
kepadamu
nikmat yang banyak (Al-Kausar),
maka dirikanlah solat
kerana Tuhanmu;
dan
berkorbanlah.
Sesungguhnya
orang-orang
yang membenci kamu
dialah yang terputus.
(Al-Kausar: 1-2-3).



Kemudian Baginda bertanya:

"Adakah
engkau tahu apa itu Al-Kausar?"

Anas
menjawab:

"Allah dan RasulNya yang lebih
tahu."

Lalu Rasul menerangkan:

"Al-Kausar
itu satu sungai
yang dijanjikan kepadaku

oleh Allah,
pada sungai itu banyak
kebajikan.
Di atasnya
sebuah kolam (Al-
Haudi)
yang akan datang umatku
kepadanya.
Bejananya banyak
sebanyak
bintang-bintang di langit."
(Riwayat Muslim).




Seterusnya
Imam At-Termizi meriwayatkan,

Nabi bersabda:


"Bahawa
masing-masing
nabi itu
mempunyai kolam.
Mereka ini
bangga membanggakan
manakah yang
lebih banyak orang datang.
Dan
aku
mengharap,
bahawa adalah aku
yang
terbanyak orang datang."



Mendengar
tentang banyaknya kenikmatan
yang terdapat pada Al-Kausar ini,
tentu
banyak di antara kita
yang berharap untuk
dapat
menjadi golongan orang-orang
yang
dapat datang ke tempat tersebut.



Agar
harapan ini menjadi nyata,
hendaklah kita
berusaha
mencari keredhaan Allah
dalam
kehidupan ini
dari segala segi.






Syurga itu Bertingkat-Tingkat




Syurga itu
bertingkat-tingkat
dan
setiap
tingkat berbeza-beza pula.





Jarak
antara satu
tingkat
dengan tingkat yang lain ialah
seperti
jarak antara bumi dan langit.




Adapun

tingkatan syurga yang paling tinggi
darjatnya
dinamakan
"Al-Firdaus".
Di atas Al-Firdaus
inilah
terletak
"Arsy Rahman (Mahligai
Tuhan).






Selain itu,
keistimewaan syurga Al-Firdaus

ialah para penghuninya
akan dapat melihat
wajah Allah
dua kali dalam sehari
iaitu pada
waktu pagi dan petang.
Sedangkan
nikmat
yang tertinggi di dalam syurga
ialah apabila
manusia
dapat menatap wajah
Allah.




Adapun cara melihat Allah
bukanlah seperti
halnya
kita melihat dengan mata biasa
seperti yang lazim berlaku,
tetapi caranya
ialah
dengan penglihatan mata
yang telah
ditentukan Allah
buat para penduduk
syurga.







Segala
yang ada di syurga itu
indah-indah
belaka
jauh lebih indah dari apa yang ada
di
atas muka bumi ini.





Tetapi
yang terindah di
syurga ialah
pandangan terhadap Allah,

tidak sesuatu kenikmatan lain
yang dapat
melebihi
keistimewaannya.






Cuba
kita bayangkan di dunia ini sahaja,
kalaulah kita diberikan kesempatan
bertemu
dan berbual-bual
dengan salah seorang
pemimpin negara,
tentu kita akan sangat
gembira
dan
bahagia dengan pengalaman
tersebut.
Inikan pula
akan bertemu dengan
Allah
yang menciptakan
dunia ini.






Firman Allah
dalam surah Al-Qiyamah
ayat
22-23 yang bermaksud:




Wajah-wajah
(orang-orang mukmin)
pada
hari itu berseri-seri.
Kepada Tuhannyalah

mereka melihat.





Rasulullah
pernah bertanya kepada
Jibril:

"Hai Jibril pernahkah kau melihat
Allah?"

Jawab Jibril :

"Bahawa di antara saya dan Tuhan
ada 79 tutup yang terdiri dari
lapisan-lapisan cahaya.
Bila terbuka tutup
yang paling luar,
maka
akan terbakarlah aku
memandangNya.
Sedangkan
antara engkau
dan Tuhan
ada 71 lapisan tutup dari cahaya.

Bila terbuka tutup yang paling luar,
engkau
akan terbakar pula
memandangnya."





Dalam hal ini
pernah Nabi Musa a.s.
meminta kepada Allah
untuk melihatNya.
Tetapi
baru sahaja
Allah menunjukkan diri
kepada gunung,
gunung itu bergegar
dan
hancur sehingga Musa jatuh pengsan.
Ini
membuktikan
gunung yang bagaimana juga
kukuhnya
akan hancur
bila Tuhan
menunjukkan diriNya,
inikan pula
manusia
yang lemah.




Kemudian
dalam satu riwayat lain
digambarkan syurga itu sebagai
berikut :





= Tingkatan syurga pertama yang dibuat dari bahan perak baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya.


= Tingkatan syurga kedua yang dibuat dari
bahan emas baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya.


= Tingkatan syurga ketiga yang kampung,
rumah, pintu dan kuncinya dibuat dari bahan yakut dan lukluk (mutiara).





Taman-Taman Di Syurga




Allah
menciptakan perkara-perkara
yang luar
biasa indah dan nikmatnya
kepada orang-
orang yang bertakwa
sehingga menurut
Nabi Muhammad s.a.w.
di syurga itu
terdapat
apa-apa yang belum pernah dilihat
oleh mata dan didengar oleh telinga
serta
tidak pernah pula terlintas
di hati manusia.





Kalau
di dunia ini
kita selalu melihat
macam-
macam taman
yang dihiasi indah
dengan
aneka macam tumbuhan
dan
bermacam-
macam bunga,
di situ kita boleh

menghabiskan masa berjam-jam
sambil

menikmati keindahannya juga
mencari
ketenangan.
Maka
begitu juga di syurga,

Allah menciptakan
taman-taman bagi
penghuninya.



Ada dua bentuk taman di syurga:


(1) Dua
taman yang dicipta Allah dari perak dengan segala apa yang ada padanya.



(2) Dua
taman yang dicipta Allah dari emas dengan segala apa yang ada padanya.


(Riwayat
Bukhari Muslim).





Pada
taman-taman ini
terdapat bermacam-
macam
buah-buahan sama ada
kurma
ataupun delima,
air mata air dan sungai

yang terus-menerus mengalir
airnya dengan
tenang.




At-Tabrani meriwayatkan
bahawa di taman-
taman tersebut
ada pohon-pohon yang
rendang,
besar, tinggi dan luas.
Bila
bidadari-bidadari
bernyanyi di bawahnya,

daun-daun dan ranting-ranting
pohon-pohon
itu bergerak-gerak
sambil mengeluarkan
bunyi-bunyian
yang amat merdu pula.




Apabila
angin berhembus lalu menyentuh

daun dan ranting,
maka akan terdengar
desiran
yang amat merdu pula.
Sehingga
tidak dapat dibanding
manakah yang lebih
merdu
antara suara bidadari-bidadari
atau
bunyi desiran pohon-pohon tersebut.




Pintu-Pintu Syurga





Sebelum masuk ke syurga,
penghuni-
penghuninya akan melalui
pintu-pintu
syurga terlebih dahulu.
Pintu-pintu ini ada
bermacam-macam pula jenisnya.
Hal ini
disebutkan di dalam al-Quran
Surah Shaad
ayat 49-50 yang bermaksud:




Ini
adalah kehormatan
bagi mereka dan
sesungguhnya
bagi orang-orang yang
bertakwa
benar-benar (disediakan)
tempat
kembali yang baik,
(iaitu) syurga
dan
yang
pintu-pintunya
terbuka bagi mereka.





Kemudian
Abu Hurairah ada meriwayatkan

sebuah Hadis Rasulullah s.a.w.
bersabda:





Dan bagi syurga itu lapan pintu.
Maka
siapa
yang termasuk dari
orang yang menegakkan
ibadah sembahyang,
dia akan dipanggil
dari
pintu sembahyang.
Bagi orang berpuasa
ia
akan dipanggil dari pintu puasa.
Orang yang
brsedekah
akan dipanggil dari pintu
sedekah.
Dan
yang berjihad akan dipanggil
dari pintu jihad.


(Riwayat Bukhari dan
Muslim)






Oleh kerana itu
kalau seorang semasa
hidupnya
benar-benar melaksanakan
segala hal
yang disebut tadi,
maka
ia akan
dipanggil
untuk masuk
melalui ke semua
pintu-pintu
tersebut.





Adapun
pintu syurga bagi orang
yang
melakukan ibadah puasa dinamakan
Ar-
Rayyan.





Sedangkan
setiap Muslim
yang
pernah kematian
tiga orang anak-anaknya
yang masih kecil
diberi kebebasan untuk
masuk ke syurga
melalui pintu mana sahaja
yang
disukainya.






Penghuni-penghuni syurga
setiap orang
mempunyai
pintu-pintu tersendiri.
Satu pintu
untuk tempat masuknya sendiri.
Satu untuk
isterinya.
Satu untuk tamu-tamu (malaikat
dan kawan-kawannya).
Satu menuju ke
neraka
untuk rasa nikmat Allah atas dirinya,
dan
satu pintu ke Arsy
(Mahligai Allah untuk
melihat wajah Allah).





Dalam buku
"Ahli Syurga dan
kenikmatannya"
diterangkan,
selain yang
tersebut di atas
ada lagi pintu-pintu
yang
diberi nama :





= Pintu para rasul dan nabi


= Pintu zakat



= Pintu haji



= Pintu syahadat dan selawat



= Pintu syuhada



= Pintu salihin



= Pintu siddiqin



= Pintu ilmu dan iman



= Pintu rahmat



= Pintu taubat






Dalam hadis riwayat Bukhari-Muslim, Rasulullah bersabda:



Demi Allah,
demi antara dua ambang pintu
syurga itu
bagaikan jarak antara
Makkah dan
Basrah.



Jelaskan
pada kita
betapa luasnya
pintu-
pintu yang terdapat
di dalam syurga.








Bilik-Bilik, Rumah dan Istana di Syurga




Untuk
lebih menyeronokkan lagi,
maka
pada
penghuni-penghuni syurga
diberikan bilik-
bilik khas,
rumah dan istana
yang dibuat dari
permata-permata yang tembus dipandang mata
seperti kaca.
Di dalamnya
penuh
dengan kenikmatan dan kelazatan
yang
tidak pernah dilihat mata
serta didengar
telinga.




Pernah
pada suatu hari
para sahabat
bertanya
kepada Rasulullah:

"Untuk
siapakah
Allah menyediakan
bilik-bilik
seperti itu ya Rasulullah?"



Rasulullah menjawab:

"Bagi mereka
yang
menyebarkan salam,
menyumbangkan
makanan,
terus berpuasa
dan
berjaga
malam
mengerjakan sembahyang
sedangkan
orang lain tidur nyenyak."






Lalu sahabat-sahabat bertanya lagi :

"Siapakah
yang tahan dan sanggup
berbuat demikian
ya Rasulullah?"





Jawab Baginda lagi:

"Umatku!
Dengarlah ...
sesiapa yang bertemu sesama
Muslim
lalu ia memberi salam,
itu bererti
telah menyebarkan salam.
Barang siapa
yang memberi makan anak-anak
dan
isterinya sampai kenyang,
bererti
ia telah
menyumbangkan makanan.
Sesiapa
yang
berpuasa pada bulan Ramadan
dan
ditambah dengan tiga hari
pada setiap
bulan,
itu bererti
ia terus menerus berpuasa.
Dan
sesiapa
yang menunaikan

sembahyang Isyak terakhir dengan
berjemaah,
bererti
dia telah bersembahyang
malam
sedang manusia tidur."


(Riwayat Abu
Naim dari Jabir).








Bagi
penghuni syurga ini,
disediakan bilik-
bilik
sebagaimana yang dijanjikan
Allah
dalam
Surah Az-Zumar ayat 20:





Tetapi
orang-orang yang bertakwa
kepada
Tuhannya
mereka mendapat tempat-tempat
yang tinggi,
di atasnya dibangun pula
tempat-
tempat yang tinggi
yang di bawahnya

mengalir sungai-sungai.
Allah
telah berjanji
dengan sebenar-benarnya.
Allah
tidak akan

memungkiri janjinya.





Kemudian
di dalam firmanNya
Surah
Muhammad
ayat 6 yang
bermaksud:





Dan
memasukkan mereka
ke dalam syurga
yang telah diperkenankanNya
kepada
mereka.




Selain
menerangkan keadaan bilik-bilik di
syurga,
ayat di atas juga
menerangkan
bahawa
setiap orang yang masuk ke syurga
itu
mengetahui tempat mereka masing-
masing
tanpa perlu ditunjuk
seolah-olah
(bilik rumah dan istana-istana itu)
sudah
lama dikenalinya.





Kemudian
dalam Surah Al-Furqan
ayat 10,
Allah
berfirman:






Maha suci (Allah)
yang jika Dia
menghendaki,
nescaya dijadikanNya

bagimu yang lebih baik
dari yang demikian,

(iaitu)
syurga yang mengalir
sungai-sungai
di bawahnya,
dan
dijadikanNya (pula)
untukmu
istana-istana.





Ayat ini
mengisyaratkan bahawa
di dalam
syurga
terdapat istana
tetapi tidak dijelaskan
bagaimana
bentuk rupa istana tersebut,

sama ada
bertingkat-tingkat menjulang
tinggi
atau
sebaliknya.
Di samping
bilik dan
istana
dan pula rumah-rumah.


Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda:



Sesiapa
yang membaca
Surah Al-Ikhlas
sebanyak 10 kali,
maka
Allah berkenan

membangunkan baginya
rumah di syurga.


(Riwayat Muslim).



Pohon-Pohon dan Buah-Buahan di Syurga




Keindahan
alam dengan
pohon-pohon yang
rimbun menghijau
serta
aneka macam jenis
bunga-bunga
yang menawan
dapat
memberikan kedamaian jiwa
bagi siapa
yang memandangnya.




Bayangkanlah
kalau kita berada
di tengah-
tengah kebun bunga
yang seperti itu
ditambah pula dengan
pohon-pohon yang
mengeluarkan
bermacam-macam jenis
buah-buahan,
tentu kita
akan asyik dan
enggan pergi
atau
meninggalkan
tempat
tersebut.




Di syurga,
Allah memberikan
kepada

penghuni-penghuninya
lebih dari itu
sebagaimana
firmanNya yang
bermaksud:





Dan golongan kanan,
alangkah bahagianya
golongan kanan itu,
berada di antara pohon
bidara
yang tidak berduri
dan
pohon pisang
yang bersusun-susun buahnya
dan
naungan yang terbentang luas;
dan
air yang
tercurah;
dan
buah-buahan
yang banyak
tidak berhenti
(buah-buahan yang banyak
tidak berhenti (buahnya)
dan tidak terlarang
mengambilnya.)

(Al-Waqiah: 27-33).





Kedua syurga itu
mempunyai pohon-
pohonan
dan
buah-buahan.


(Ar-Rahman:
48).



Di dalam keduanya ada
(macam-macam)
buah-buahan
dan
kurma
serta
delima.



(Ar-
Rahman: 68)




Dan
naungan (pohon-pohon syurga itu)

dekat di atas mereka
dan
buahnya
dimudahkan
memetiknya
semudah-
mudahnya.



(Al-Insan: 14).







Di syurga juga
ada sejenis pohon
yang
dinamakan
tuba.
Abu Hurairah
berkata:






Sesungguhnya
di dalam syurga itu
terdapat
sebatang pohon
yang dipanggil "tuba"
dan
Allah berfirman kepadanya:
"Keluarkanlah
untuk hambaKu
apa-apa yang mereka
kehendaki."

Maka
keluarlah kuda dengan
kekang
serta
pelana dan apa-apa keperluan

yang dikehendaki
dan
dikeluarkan pula
untuknya kenderaan
dengan tempat duduk
serta pengikatnya,
apa-apa
keperluan yang
dikehendaki
dan
juga pakaian-pakaian.


(Riwayat Ibnu Abid Dunya).






Ibnu Hibban
meriwayatkan
Hadis daripada
Abu Said
yang menceritakan seorang lelaki
datang kepada Rasulullah dan
bertanya:





"Wahai Rasulullah, apakah tuba itu?"

Baginda menjawab:

"Ialah sebatang pohon
yang sangat rendang.
Rendangnya sejauh
100 tahun perjalanan,
(manakala)
pakaian-
pakaian penghuni syurga
adalah daripada
kelopak-kelopaknya."






Keistimewaan
pohon-pohon di syurga ini
semua umbi-umbinya diciptakan
Allah
daripada emas.


Adapun
pohon bidara di
syurga itu
bercabang-cabang.
Setiap
cabangnya
mengeluarkan sebiji buah,

kemudian
dari buah ini
keluar pula 72 jenis
makanan
yang berlainan.






Sedangkan
pohon-pohon kurma pula
diciptakan Allah s.w.t.
dalam bentuk yang
sangat luar biasa
sebagaimana
Abdullah
bin Al-Mubarak,
Ibnu Abi Hatim,
Ibnu Abid
Dunya
dan
Al-Hakaim
meriwayatkan
perkataan
Ibnu Abbas r.a.:






"Pokok kurma syurga itu
batangnya daripada
permata Zamrud
yang hijau,
pangkal-
pangkal pelepahnya
daripada emas yang
merah
dan
setiap satu pelepahnya
menjadi
pakaian penghuni syurga,
daripadanyalah

pakaian dan perhiasan-perhiasan mereka
dipotong dan dijahit.
Manakala
buahnya
seperti tempayan,
lebih putih daripada susu,

lebih manis daripada madu
dan
lebih
lembut daripada buih
dan
tiada mempunyai
benih."





----------------------------





Berkata Abu Darda r.a.
bahawasanya
Nabi
s.a.w. telah
bersabda:









Allah telah berfirman:



"Sesungguhnya
Aku
dengan jin
dan
manusia
dalam suatu berita
besar
(Hari Kiamat).
Aku yang mencipta,
tetapi
mengapa orang lain yang disembah?

Aku yang memberi rezeki,
mengapa pula

orang lain yang disyukuri."




(Riwayat Baihaqi)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.