Ahad, 20 Jun 2010

Positive Thinking




BERSIKAP POSITIF APABILA DIUJI


APABILA diuji,
kita barangkali akan ditimpa dua situasi;
sama ada
tambah bersemangat
atau
hilang semangat..





Hadis Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud;


“Amat menakjubkan
sikap seorang mukmin
yang sentiasa memandang baik
terhadap segala sesuatu
di sekelilingnya.
Apabila seorang mukmin itu
beroleh kebaikan,
dia terus memuji
dan
bersyukur kepada Allah.
Jika dia ditimpa keburukan,
maka
dia pun memuji Allah
dan
bersabar menghadapinya
dan
ini pun baik baginya.
Seseorang mukmin
akan tetap diberi pahala
atas setiap amalan
yang dilakukannya
sehingga diberikan pahala
terhadap makanan yang disuapkan
ke dalam mulut
isterinya.”
(Riwayat Ahmad & Abu Daud)



Adalah lumrah bagi kita
sebagai manusia dan hamba Allah
menghadapi ujian dan dugaan
selagi kita hidup di bumi Allah.
Namun
kita sebagai hamba Allah
harus terima dengan hati
yang penuh kesabaran.




Firman Allah s.w.t
yang bermaksud;




“Demi sesungguhnya
Kami akan menguji kamu
dengan sedikit perasaan takut
(kepada musuh)
dan
(dengan merasai) kelaparan
(dengan berlakunya) kekurangan
dari harta benda dan jiwa
serta hasil tanaman.
Dan
berilah khabar gembira
kepada orang yang sabar,
iaitu
orang yang apabila
mereka ditimpa sesuatu kesusahan,
mereka berkata,
“Sesungguhnya
kami adalah kepunyaan Allah
dan
kepada Allah jugalah
kami kembali.”
Mereka ini
adalah orang yang dilimpahi
dengan pelbagai kebaikan
daripada Tuhan
serta rahmat-Nya
dan
mereka itulah
orang yang mendapat
pertunjuk
hidayah-Nya.

(Surah Al-Baqarah: 155-157)

Smiley


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.