Rabu, 9 Jun 2010

Ingin Melihat Tuhan?







Hadith :

Dari Abdullah bin Syaqiq, katanya:

“Kataku kepada Abu Zar:
Sekiranya saya
berjumpa dengan Rasulullah s.a.w.
nescaya kutanyakan kepada beliau
suatu soalan.
Kata Abu Zar:
” Tentang apa?”
Jawab Abdullah:
” Apakah tuan melihat Allah?”
Kata Abu Zar:
” Itu pernah kutanyakan kepada beliau,
dan dijawabnya:
” Saya hanya melihat sinar (nur)”.


(Muslim)

Huraian


Masuk syurga itu adalah nikmat yang teramat besar. Namun, kenikmatan syurga tiada sebanding dengan nikmat menatap wajah Allah secara langsung.




Itulah puncak dari segala puncak kenikmatan dan kebahagiaan. Rasulullah s.a.w sendiri menjanjikan hal ini dan baginda pernah menyebut bahawa umatnya akan dapat melihat Allah SWT di hari akhirat kelak.



Tentang melihat Allah ini, Allah SWT berfirman mengisahkan permintaan Musa untuk melihat-Nya:


“Dan tatkala Nabi Musa datang pada waktu yang kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka nabi Musa (merayu dengan) berkata:


” Wahai Tuhan ku, perlihatkanlah kepadaku (zat-Mu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihat-Mu.”


Allah berfirman:


”Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka jika ia tetap berada di tempatnya (sebagaimana sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku.”


Setelah Allah ‘Tajalla’ (menzahirkan kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (maka) ‘Tajallinya’ menjadikan gunung itu hancur lebur dan nabi Musa pun jatuh pengsan.


Setelah ia sedar semula berkatalah ia:


” Maha Suci Engkau (wahai Tuhan ku), aku bertaubat kepada Engkau dan akulah orang pertama beriman (pada zamanku)” (al- A’raf : 143).


Maha Suci Allah Yang Maha Berkuasa, tiada daya sekalian makhluk melainkan dengan keizinan dan rahmat-Nya jua.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.