Khamis, 17 Jun 2010

~::Amalkan Membaca Al-Quran::~




Hadith :

Dari Abu Musa r.a katanya,

Nabi s.a.w bersabda:

”Selalu-selalulah

membaca Al-Quran

kerana

demi Allah

ia lebih cepat lepas

daripada unta

di tambatannya.”



(Muslim)







Huraian:-



Membaca al-Quran
merupakan ibadah
yang paling utama sesudah
amal-amal fardhu
yang telah diwajibkan oleh
Allah SWT.





Sesiapa
yang meninggalkannya
kerana keangkuhannya,
nescaya
Allah
akan membinasakannya.
Dan
sesiapa
yang mencari petunjuk
pada selain-Nya,
maka
Allah akan
menyesatkannya.
Oleh itu
kita diingatkan
agar jangan
melupakan al-Quran
yang dibaca
(diingat atau dihafal)
kerana
Nabi s.a.w
pernah bersabda:








"Seburuk-buruk orang
di antara kamu ialah
yang mengatakan,
"Aku
lupa ayat ini dan itu,"
tetapi sebenarnya
dia melupakannya.
Hafallah al-Quran
kerana
sesungguhnya
al-Quran itu lebih cepat
perginya dari dada
kaum lelaki daripada unta
(yang terikat)."


(Syaikhan dan at-Tirmidzi).




Rasulullah s.a.w
juga telah bersabda:


“Belajarlah
kamu akan Al-Qur'an,
di akhirat nanti
dia akan
datang kepada
ahli-ahlinya,
yang mana
di kala itu
orang sangat
memerlukannya.
Ia akan datang
dalam bentuk
seindah-indahnya
dan
ia bertanya,


"
Kenalkah kamu kepadaku? "



Maka
orang yang pernah
membaca akan menjawab :




"Siapakah kamu? "



Maka
berkata al-Qur'an :



"Akulah
yang kamu cintai
dan
kamu sanjung,
dan juga
telah bangun malam
untukku
dan
kamu juga
pernah membacaku

di waktu
siang hari."



Kemudian
berkata orang
yang pernah
membaca
Al-Qur'an itu:



"Adakah
kamu al-Quran?"



Lalu
al-Quran
mengakui
dan menuntun
orang yang pernah
membacanya
mengadap
Allah S.W.T.
Lalu
orang itu diberi
kerajaan di
tangan kanan
dan
kekal di tangannya,
kemudian
dia meletakkan
mahkota di atas
kepalanya.




Pada
kedua ayah dan ibunya
yang muslim pula
diberi perhiasan

yang tidak dapat
ditukar

dengan dunia
walau
berlipat ganda,
sehingga
keduanya bertanya :






"Dari manakah
kami memperolehi
ini semua?
Pada hal
amal kami
tidak sampai ini?"




Lalu dijawab:




"Kamu
diberi ini semua
kerana
anak kamu
telah mempelajari
Al-Qur'an."


.~~~~~~~~~.
.~~~~~~~~~~~.


RUMAH SEDERHANA DENGAN IMAN,

BUKAN ISTANA DENGAN SIKAP

MELAMPAUI BATAS.........







Sesungguhnya
jika aku mencari

orang-orang yang dengki kepadaku,


aku tidak mengingkari


bahawa sesungguhnya patut aku


menghukum mereka dengannya










Sesungguhnya,

seorang wanita yang tinggal di sebuah pondok,


beribadah kepada Tuhannya,


mendirikan solat lima waktu,


dan


berpuasa di bulan Ramadhan,


merupakan wanita yang paling berbahagia


dari wanita yang tinggal di dalam istana


sambil dikelilingi dayang-dayang serta


dimeriahkan dengan pesta


yang dipenuhi dengan hidangan.









Sesungguhnya,

seorang mukminah


yang berada di sebuah rumah beratap rumbia,


dengan roti dan gandum,


air dari teko,


namun bersamanya...........


ada mushaf dan tasbih


adalah lebih bahagia


dari wanita yang hidup


di apartmen yang tinggi


dengan bilik-bilik mewah,


namun......


dia tidak mengenal Tuhannya,


tidak berzikir mengingati Nya,


dan


tidak mengikut sunnah Rasul Nya.











Sesungguhnya,

fahamlah kita makna kebahagiaan.


Kebahagiaan,


bukan dalam definisi


yang sempit dan menyesatkan.


Ramai orang menyangka


bahawa apa yang difikirkannya


adalah benar.


Mereka mengira bahawa kebahagiaan


adalah dolar, dinar, dirham, rial,


katil yang empuk,


pakaian yang indah,


makanan yang enak,


minuman yang lazat,


dan


kenderaan yang mewah.


Tidak!!!!!!












Sesungguhnya,

kebahagiaan yang hakiki


terletak pada kepuasan hati,


kesenangan perasaan,


ketenangan jiwa,


kegembiraan rohani,


kelapangan dada,


budi pekerti yang baik,


akhlak yang mulia,


yang diiringi dengan sifat


menerima dan merasa cukup


dengan anugerah


yang diberikan


ALLAH SWT.











Sumber : Dr. 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni
KHAS UNTUK WANITA






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.