Selasa, 1 Jun 2010

5 Wasiat Rasulullah SAW




Rasulullah SAW bersabda, bermaksud:


"Hai umatku,
aku berwasiat
kepada kamu sekalian
dengan lima perkara:


Pertama,

perbanyakkan olehmu
dengan menyebut Allah
daripada menyebut manusia.


Kedua,

perbanyakkan olehmu
dengan menyebut akhirat
daripada menyebut dunia.


Ketiga
,

perbanyakkan olehmu
dengan menyebut kejahatan dirimu
daripada menyebut kebaikannya.


Keempat,


perbanyakkan olehmu
dengan menyebut mati
daripada menyebut hidup.


Kelima
,

perbanyakkan olehmu
menyebut kecelaan dirimu
daripada menyebut kecelaan manusia.




Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud:


Akan datang
di atas umatku
suatu masa.
Kasih mereka itu
pada lima perkara
dan
lupa mereka itu
juga lima perkara:


Pertama,

kasih mereka itu
akan hidup
dan
lupa mereka itu
akan mati.


Kedua,

kasih mereka itu
akan harta
dan
lupa mereka itu
akan hisab.


Ketiga,

kasih mereka itu
akan mahligai
dan
lupa mereka itu akan kubur.


Keempat,


kasih mereka itu
akan dunia
dan
lupa mereka itu
akan akhirat.


Kelima,


kasih mereka itu
akan makhluk
dan
lupa mereka akan Tuhan.




Seterusnya,

Sabda RasulullahSAW bermaksud:


"Adalah syurga itu
Tuhan sediakan untuk
orang yang berbuat taat
walaupun dia
hamba Habsyi sekalipun.



Dan
neraka itu Tuhan sediakan
untuk orang yang
berbuat maksiat kepadaNya,
walaupun
dia ketua
atau
keturunan yang
mulia.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.