Isnin, 17 Mei 2010

Muliakanlah Anak Yatim




Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a katanya,
Rasulullah s.a.w bersabda:
”Orang-orang yang
bertanggungjawab
mengurus anak yatim,
baik dari keluarga sendiri
atau
tidak,
maka aku dan dia
seperti dua ini
di syurga kelak.”
Dan
baginda memberi isyarat
dengan merapatkan
jari telunjuk
dan
jari tengah
(ertinya berdekatan).”


(Bukhari)

Huraian:

Akibat
kematian
ayah atau ibu,
seorang anak
akan merasakan
suatu kekosongan
dalam hidupnya.


Kosong
dari curahan
kasih sayang
dan
segala aspek
yang memenuhi
keperluan hidup
seperti
makan, minum,
pakaian,
dan lain-lain.
Ini menyebabkan
seseorang anak yatim itu
selalu dihantui
oleh perasaan sedih
dan
hampa.

Realiti
yang ada
di tengah masyarakat
sekarang
menunjukkan bahawa
majoriti anak yatim
yang tidak mendapat
perhatian yang sewajarnya mengharungi kehidupan
yang begitu sukar, menyedihkan dan tersisih.

Islam,
sebagai agama
yang menitikberatkan
perihal kasih sayang
sangat menekankan
agar kita
mengambil berat
terhadap anak yatim sehinggakan al-Quran sendiri secara khusus
banyak membicarakan
masalah anak yatim
ini lebih daripada
perihal anak-anak
yang lain
secara umum.


Rasulullah s.a.w
pernah bersabda yang maksudnya:
”Rumah
yang terbaik
adalah rumah yang
di dalamnya terdapat
anak yatim yang dihormati
dan
diperlakukan dengan baik.

Rumah
yang terburuk
adalah rumah yang
di dalamnya terdapat
anak yatim
yang dizalimi
dan
diperlakukan dengan buruk.

Anak yatim
yang mendapat perhatian
dan
kasih sayang yang cukup daripada mereka yang menjaganya
semestinya akan
merasa bahagia
dan
aman.
Namun sekiranya
ia tidak mendapat
apa yang seharusnya
ia peroleh,
hidupnya akan rosak
dan hal ini
menjadi lebih parah
jika ia jatuh
ke pangkuan orang
yang tidak
bertanggungjawab yang mendidiknya secara salah
dan
membentuknya menjadi peribadi yang merugikan masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.