Huraian
1. Perasaan khusyuk,
takwa dan kehambaan
kepada Allah S.W.T
hendaklah dipupuk
di dalam jiwa
setiap individu Muslim.
Ini dapat dicapai
melalui pembacaan (tadabur)
al-Quran,
mengerjakan sembahyang,
dan
merenung (tafakur)
tentang kejadian makhluk Allah
di muka bumi ini.
2. Orang yang alim
dan
mempunyai sifat mukmin
yang sebenarnya
adalah mereka yang akan
tersentuh hatinya sebaik
sahaja membaca
atau
mendengar ayat-ayat Allah dibaca.
Begitu juga
mereka akan terharu
dan
merasai keagungan
Allah Yang Maha Besar
apabila terpandangkan
ciptaan-Nya yang begitu cantik
dan
mengagumkan.
3. Segalanya ini
adalah tanda-tanda kemanisan
dan kelazatan iman
yang sebenarnya
dan
hanya dapat dirasai
oleh hati-hati yang hidup
iaitu hati yang sentiasa
digilap dengan
nur keimanan serta jauh
daripada dosa dan maksiat.
Inilah mukmin sejati
di mana mata,
hati dan seluruh anggotanya
dikawal oleh akal
yang mendapat hidayah
daripada Allah.
Ia tidak mati
tapi sentiasa menghayati
sebagaimana yang dianugerahkan
kepada para rasul,
wali dan salafussoleh
yang mencintai Allah.
terima kasih
BalasPadamhanya ALlah sahaja yg tahu meletakkan cgu kat mana.....
Salam > Cgu Jinggo
BalasPadamYea, betul tu cgu.
Hanya Allah swt Yang Maha Mengetahui.
.........
Wassalam.