Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu'adz,
"Wahai Mu'adz,
apabila di dalam amal
perbuatanmu itu
ada kekurangan :
· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Quran
· Tanggunglah dosamu sendiri untukmu
dan jangan engkau tanggungkan
dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan
amal perbuatan dunia ke dalam
amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri
pada kedudukanmu supaya
orang takut kepada perangaimu
yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu
sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi
dan
mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang
dengan ucapan-ucapanmu.
kamu akan dirobek-robek
oleh anjing neraka.
Firman Allah s.w.t.
yang bermaksud,
"Demi (bintang-bintang)
yang berpindah
dari satu buruj
kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah s.a.w.,:
"Dia adalah anjing-anjing
di dalam neraka
yang akan merobek-robek
daging orang
(menyakiti hati) dengan lisannya,
dan
anjing itupun
merobek serta
menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz,:
" Ya Rasulullah,
siapakah yang dapat
bertahan terhadap keadaan
seperti itu,
dan
siapa yang dapat
terselamat daripadanya?
Sabda Rasulullah s.a.w.,:
"Sesungguhnya
hal itu mudah
lagi ringan
bagi orang yang telah
dimudahkan
serta
diringankan oleh
Allah s.w.t."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.