Rabu, 21 April 2010

Saat-saat Doa Paling Mustajab

Assalamualaikum & salam sejahtera..

putuscinta.jpg






Hadith :


Dari Ibnu Abbas r.a katanya:
”Rasulullah s.a.w
membuka tirai
(kamarnya ketika baginda
sakit akan meninggal),
padahal
ketika itu
jamaah sedang solat berjamaah
diimami Abu Bakar.
Lalu baginda bersabda:
”Sesungguhnya
tidak ada lagi
wahyu kenabian
yang ketinggalan
yang harus aku sampaikan,
kecuali
mimpi baik seorang muslim.
Ketahuilah!
Aku dilarang
membaca al-Quran
dalam rukuk dan sujud.
Agungkanlah
Allah Azza wa Jalla
di dalam rukuk
dan
perbanyakkanlah doa
di dalam sujud
pasti doamu
diperkenankan
Allah S.W.T.”


(Muslim)



Huraian


Postur sujud
ialah menungging dengan
meletakkan kedua tangan,
lutut, hujung kaki,
dan
dahi pada lantai.


Ketika Allah meminta
para malaikat bersujud
kepada nabi Adam a.s
bererti
inilah tingkat tertinggi
dari sebuah penghormatan.
Sujud
hanyalah untuk
Allah S.W.T.
Allah meminta malaikat
sujud hormat,
bukan
sujud penyembahan
dan
mengajar kita bahawa
tingkat paling tinggi
dari rasa hormat adalah
" Sujudlah pada Ku."


Tidak ada penyembahan
yang lebih baik daripada sujud.
Itulah sebabnya
mengapa umat Islam
berbeza daripada
umat agama lain.
Mereka meletakkan dahinya
atau
kepalanya yang paling
mulia ke tanah.


Hal ini
sekaligus membuang
sifat angkuh seseorang
dan
menggantinya dengan
berserah kepada Tuhan-Nya
yang paling Agung.
Inilah
nilai kehambaan
yang sebenar
yang mengundang rahmat
dan
keberkatan daripada
Allah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.