Rabu, 14 April 2010

Mempercayai Ramalan Bintang





Hadith :

Dari Zaid bin Khalid, katanya:
“ Kami bersembahyang subuh
dengan Rasulullah s.a.w
di Hudaibaiah,
sedangkan pada malamnya
hujan turun.
Setelah selesai,
beliau menghadapkan mukanya
kepada orang banyak
seraya berkata:
Tahukah anda
apa yang telah
dikatakan Allah?”
Jawab mereka itu:
“Allah dan Rasul-Nya
yang mengetahui.”
Kata Rasulullah s.a.w.:
“Allah telah berkata:
“Pada pagi ini
ada di antara hamba-hamba-Ku
yang percaya kepada-Ku
dan
ada pula yang ingkar;
adapun yang menyatakan:
“ Kita telah didatangkan
hujan dari kurniaan
Allah dan rahmat-Nya,
maka orang itulah
yang beriman kepada-Ku
dan
ingkar kepada bintang-bintang;
adapun yang berkata,
kita telah dituruni hujan
sebab bintang Anu
dan
bintang Anu,
maka orang itulah
yang ingkar kepada-Ku
dan
percaya kepada bintang-bintang.”


(Muslim)

Huraian

Bintang
adalah salah satu
daripada ciptaan Allah SWT
yang berfungsi
sebagai penunjuk arah
bagi pelaut
dan
nelayan selain
sebagai penghias
cakerawala.

Justeru
adalah satu pemikiran
yang sesat
apabila ada
orang yang
beranggapan
bahawa bintang-bintang
tersebut mempunyai
kuasa yang mampu
mempengaruhi
nasib dan perjalanan
hidup manusia
sebagaimana yang
menjadi bahan
kepercayaan
muda mudi sekarang
terhadap bintang
Capricon, Aquarius,
Pisces, Aries,
Taurus, Gemini,
Cancer, Leo,
Virgo, Libra,
Scorpio dan Sagittarius.

Sebagai umat Islam
kita dilarang
mempelajari hal
yang bersifat tekaan
untuk meramal nasib
manusia
bahkan
ia merupakan
suatu perbuatan
syirik
dan
berunsur jahiliyah
serta
termasuk dalam
kategori sihir
dan
mendustakan takdir
sedangkan mereka
yang mendustakan takdir
jelas termasuk
di dalam
golongan musyrik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.