Kematian
akan mendatangi
sesiapa sahaja
apabila sampai saatnya yang
telah ditentukan oleh
Allah S.W.T.
Dari itu kita dilarang
mendahului takdir
dengan melakukan perbuatan
yang dikutuk iaitu
membunuh diri sendiri.
Hal demikian ini
menggambarkan bahawa
seseorang itu
sudah berputus asa
daripada rahmat Allah
sedangkan
Allah itu Maha Pengasih
lagi
Maha Penyayang.
Sesungguhnya
perbuatan membunuh diri
bukanlah
jalan penyelesai masalah
kerana kematian
hanyalah satu
kerehatan sementara
sedangkan di akhirat kelak
kita akan diadili
dan
bakal menerima hukuman
daripada Allah.
Maka
amat rugilah
sekiranya seseorang itu
cepat berputus asa
dengan
masalah hidupnya
serta
membunuh dirinya
kerana
jelas sekali membunuh diri
sendiri samalah
seperti
menzalimi diri sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.