Sesungguhnya tiada jaminan yang lebih besar selain daripada mendapat perlindungan daripada Allah yang Maha Berkuasa. Meskipun dikatakan bahawa manusia itu tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa namun tentu ada caranya agar kita tidak terus bergelumang dengan perkara-perkara tersebut iaitu dengan sesegera mungkin kembali kepada kebenaran dan meninggalkan kebiasaan buruk sebelumnya.
Disertai dengan meminta keampunan dari Allah dan bertaubat. Oleh itu setiap manusia itu wajib menggunakan akal fikirannya untuk menilai manakah yang baik dan manakah yang buruk dan sentiasa memohon hidayah daripada-Nya agar ditetapkan hati dan jiwa mereka di atas jalan kebenaran kerana hidayah itu hanya akan singgah pada hati yang sentiasa mencarinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.