Selasa, 16 Mac 2010

Menjauhi Tujuh Dosa Besar








Hadith :


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa

yang boleh membinasakan.

Baginda ditanya:

”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?”

Baginda berkata:

" Syirik kepada Allah,

sihir,

membunuh jiwa yang diharamkan oleh

Allah swt

melainkan dengan jalan yang benar,

memakan harta anak yatim,

memakan riba,

lari dari medan pertempuran perang

dan

menuduh perempuan yang suci

melakukan zina.”



Riwayat Muslim



Huraian:

Terdapat tujuh dosa besar
yang dilaknat oleh Allah SWT
terhadap sesiapa yang melakukannya iaitu:

i. Syirik kepada Allah- iaitu mempersekutukan
Allah dengan sesuatu yang lain
seperti mempercayai perkara-perkara
khurafat, memuja hantu syaitan
dan sebagainya.

ii. Sihir

iii. Membunuh jiwa yang
diharamkan oleh Allah
melainkan dengan jalan yang
benar seperti untuk
mempertahankan diri
atau
menegakkan hukum
Allah (menjalankan hukuman keadilan).

iv. Memakan harta anak yatim.

v. Memakan riba.

vi. Lari dari medan pertempuran.

vii. Menuduh perempuan yang
suci melakukan zina.



Setiap mukmin hendaklah
berusaha agar bebas
dan
selamat daripada melanggar
hak saudaranya apalagi
hak anak-anak yatim
yang diamanahkan
untuk dijaga dengan baik.


Seseorang yang telah
menghkianati amanah
tersebut hendaklah ia
mengembalikannya atau
meminta untuk dihalalkan.



Orang yang telah melakukan
dosa hendaklah bertaubat
dengan taubat nasuha
dan
meminta ampun kepada
Allah kerana pintu taubat
sentiasa terbuka sampai
terbitnya matahari dari barat.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.