Selasa, 2 Mac 2010

Elak Pukau




Pukau biasanya menggunakan jin.

Pendindingnya ialah membaca ayat Kursi dengan 9 kali wukuf (tempat berhenti bacaan). Amalkan baca dua kali sehari yakni pagi dan malam terutama semasa mahu tidur.

Bacalah dengan faham maksud ayat-ayat tersebut dan menghayati sepenuh hati serta yakin dengan Allah. Insya Allah, ayat Kursi ini bukan sahaja menjadi penjaga dari dipukau, bahkan banyak lagi khasiatnya.

Berikut ialah tempat-tempat berhenti apabila membaca ayat Kursi untuk dijadikan penawar. Baca setiap baris ayat dengan satu nafas.





اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya



لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ

Yang tidak mengantuk usahkan tidur




لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ

Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi




مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya




يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ

yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka




وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ

sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah




إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ

melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi




وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا

dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya




وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.