Rasulullah SAW bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
SIHAT SEBELUM SAKIT
Ketika  sihat, hamba Allah harus mengenang nikmat dikurniakan ke atas  dirinya  dengan membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan mereka  yang  terlantar sakit.
Ini pasti membantu kita untuk insaf dan berusaha  mengisi masa sihat  dengan cara membanyakkan ibadat.
KAYA SEBELUM MISKIN
Pengisiannya ialah menggunakan harta kekayaan  itu dengan sebaik-baiknya  yang dapat memberi keuntungan, terutama di  dalam kehidupan akhirat  seperti membantu mereka yang kesempitan,  memperbanyakkan sedekah  terutama kepada anak yatim, orang miskin,  menunaikan haji dan berzakat.
LAPANG SEBELUM SEMPIT
Sebahagian  besar umat Islam terarah akal mereka kepada kegiatan atau  aktiviti  yang mendatangkan keseronokan semata-mata ketika masa lapang.
Sepatutnya,  mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang  boleh  menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan  terhadap  Allah SWT, bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu  buas.
MUDA SEBELUM TUA
Umat Islam kini lemah kerana  generasi mudanya lebih gemar kepada perkara  yang mendatangkan  keuntungan duniawi.
Akibatnya, mereka leka dalam mengejar kesenangan  hidup tanpa memikirkan  kesan di hari tua.
Mereka seolah-olah tidak  sedar kudrat yang kuat pada masa muda lebih  mampu melakukan perkara  mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri selain  masyarakat Islam  keseluruhannya jika digunakan sebaik-baiknya.
HIDUP SEBELUM MATI
Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih  oleh penyesalan  tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi  dengan pancaran  air darah.
Jika didatangi kematian, maka  berakhirlah segala-galanya.
Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat  sekadar dua rakaat di dalam  kubur yang mana sangat diinginkan oleh  setiap mayat tidak lagi diizinkan  oleh Allah SWT.
Kenapa? Kerana di  sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat.
Justeru, demi memperoleh  keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam  perlu mengambil  peringatan Rasulullah.
Firman Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya  manusia itu dalam kerugian,  kecuali mereka yang beriman dan beramal  soleh. Mereka berpusu-pusu  dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan  kesabaran.” (Surah al-Asr, ayat  1-3)
Alhamdulillah dpt baca tazjirah.Klu nak tgk CiK Li dtg kat blog mama,
BalasPadamSalam > mama ju
BalasPadamTerima kasih sudi hadir ke blog yang tak seberapa ini. Sat lai nak pi lihat blog mama ju