Ahad, 7 Mac 2010

Bacalah ‘ZAHRAWAIN'








Hadith :

Dari Abu Umamah al-Bahili r.a,
katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
”Bacalah al-Quran kerana dia akan
datang
memberikan syafaat kepada
pembacanya
pada hari kiamat nanti.
Bacalah
Zahrawain,
iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali-Imran ,
kerana keduanya akan datang pada
hari kiamat nanti seperti
dua kumpulan awan menaungi
pembacanya atau seperti
dua kelompok burung yang
sedang terbang dalam matlamat
hendak membela pembacanya.
Bacalah al-Baqarah kerana
dengan membacanya beroleh berkat
dan dengan tidak membacanya
beroleh penyesalan dan pembacanya
tidak dapat dikuasai
(dikalahkan oleh tukang-tukang sihir). ”



(Muslim)





Huraian

Al Quran merupakan petunjuk bagi umat manusia, di dalamnya tersimpan berjuta fadhilat atau hikmat yang tidak diketahui oleh manusia. Di samping itu al Quran juga berfungsi sebagai penawar atau pendinding bagi jasmani dan rohani manusia yang mengerti dan mengamalkannya menurut ketentuan sunnah.


Yang penting adalah keyakinan diri kita terhadap kebesaran Allah dan keagungan kalimah-kalimah Allah yang dijadikan sebagai pendinding daripada kejahatan kuasa-kuasa ghaib yang dihantar oleh pengamal ilmu-ilmu kebatinan yang sesat (ilmu hitam). Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Berkuasa dan Dia-lah sebaik-baik pelindung yang tiada siapa dapat menandingi-Nya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.