|                                                                                                                                          |                                                                       |                                                                                        |                                   HuraianDalam surat al-Kahfi, diceritakan  tentang kisah Ashaabul Kahfi, (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa  dan Nabi Khidir a.s serta kisah DZulkarnain dan Ya'juj dan Ma'juj. Dalam  beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan  menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri  dari fitnah (musibah). Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat  penting mengenai Hari Akhirat, seperti mana yang dipelajari daripada  kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal  dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa a.s yang  banyak belajar daripada  Khidr dan tentang sebuah pemerintahan dalam  kisah Dzulkarnain yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian  tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar. Semua ini perlu direnungkan  oleh seluruh umat Islam kerana apabila surat ini dibaca secara  keseluruhannya akan tergambar kepada kita tentang perkaitannya dengan  realiti semasa yang melalui yang tahap-tahap yang berbeza iaitu  permulaan, perkembangan, dan berakhirnya dunia ini dengan kedatangan  nabi Isa a.s  sebelum kemunculan Hari kiamat.
 
 
 
 
 |  |  |  | 
                               
salam ziarah akak,
BalasPadamsurah kahfi disunnatkan baca pada hari jumaat, pagi sebelum masuknya waktu solat jumaat, akan dipelihara diri sepanjang semggu hngga bertemu jumaat yang berikutnya. semoga kita berusaha utk beramal :)
Salam dik.
BalasPadamTerima kasih sudi mengingatkan akak yea. InsyaAllah, akan dijadikan amalan.
ASHHABUL KAHFI, PEMUDA GUA, YANG BERJUANG MEMPERTAHANKAN IMAN.
BalasPadamSEMOGA KITA BISA MENIRUNYA.
Salam > MZ ARIFIN
BalasPadamSemoga kita sama-sama dapat meningkatkan dan mempertahankan iman kita dalam apa jua situasi yang mencabar pada hari ini.