Khamis, 4 Mac 2010

Beramal Dengan Surah Al-Kahfi





Hadith :


Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di
kala seorang lelaki membaca Surah
Al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau
awan lalu ia datang menemui
Rasulullah SAW
dan
menyebutkan mengenainya
kepada Rasulullah SAW. Lalu
Rasulullah SAW bersabda : “ Itu
adalah as-Sakinah (ketenangan)
yang turun bersama al-Quran
atau turun di atas al-Quran.”




Al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi

Huraian
Dalam surat al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi, (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s serta kisah DZulkarnain dan Ya'juj dan Ma'juj. Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah). Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai Hari Akhirat, seperti mana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa a.s yang banyak belajar daripada Khidr dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar. Semua ini perlu direnungkan oleh seluruh umat Islam kerana apabila surat ini dibaca secara keseluruhannya akan tergambar kepada kita tentang perkaitannya dengan realiti semasa yang melalui yang tahap-tahap yang berbeza iaitu permulaan, perkembangan, dan berakhirnya dunia ini dengan kedatangan nabi Isa a.s sebelum kemunculan Hari kiamat.




4 ulasan:

  1. salam ziarah akak,

    surah kahfi disunnatkan baca pada hari jumaat, pagi sebelum masuknya waktu solat jumaat, akan dipelihara diri sepanjang semggu hngga bertemu jumaat yang berikutnya. semoga kita berusaha utk beramal :)

    BalasPadam
  2. Salam dik.
    Terima kasih sudi mengingatkan akak yea. InsyaAllah, akan dijadikan amalan.

    BalasPadam
  3. ASHHABUL KAHFI, PEMUDA GUA, YANG BERJUANG MEMPERTAHANKAN IMAN.
    SEMOGA KITA BISA MENIRUNYA.

    BalasPadam
  4. Salam > MZ ARIFIN
    Semoga kita sama-sama dapat meningkatkan dan mempertahankan iman kita dalam apa jua situasi yang mencabar pada hari ini.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.