Jumaat, 12 Februari 2010

JAGALAH HATI






HATI dan LIDAH


Ada seorang wanita yang kaya, hartawan dan memiliki banyak haiwan ternakan. Suatu hari, wanita ini telah menghadiahkan seekor kambing kepada Lukmanul Hakim. Kemudian wanita ini berpesan kepada pekerjanya, wanita itu pun berkata: "Apabila kamu sampai kepada Lukman Hakim, setelah kambing itu disembelih, katakan kepada Lukman Hakim, aku minta kepada Lukman Hakim, tolong bagi kepada aku bahagian yang tidak baik yang ada di dalam tubuh badan kambing itu, suruh dia bagi kepada aku, kerana aku hendak makan."



Setelah kambing itu disembelih, Lukman Hakim pun mengambil sebahagian daripada hati kambing dan sebahagian daripada lidah kambing itu lalu dibungkusnya dan diserahkan kepada pekerja wanita itu tadi. Pekerja wanita itupun membawa balik bungkusan itu dan diserahkan kepada wanita tadi.



Terperanjat wanita itu sebab di dalam bungkusan itu terdapat hati dan lidah kambing. "Hati dan lidah itu bagus dan baik, tetapi kenapa Lukman Hakim memberikan lidah dengan hati, sedangkan yang aku minta ialah bahagian yang tidak baik, organ yang tidak bagus," kata wanita itu. Lalu dia pun memasak organ2 tersebut dan memakannya.



Selang dua tiga hari, wanita itu memanggil pekerjanya untuk menangkap seekor lagi kambing dan berkata kepada pesuruhnya tadi: "Kamu bawalah kambing ini kepada Lukman Hakim dan kamu beritahu kepadanya, setelah disembelih, aku inginkan bahagian yang baik di dalam tubuh kambing ini dan beri kepadaku".



Lukmanul Hakim ini seorang yang bijak, setelah kambing yang kedua ini disembelih, diambil sebahagian daripada hati kambing dan sebahagian daripada lidah kambing itu, dibungkusnya dan diberi kepada pekerja wanita tadi. Pekerja itu pun membawa pulang bungkusan itu lalu diberi kepada wanita itu.



Sekali lagi wanita itu terperanjat dan berkata: "Aku minta yang tidak baik, Lukman Hakim bagi hati dan lidah. Aku minta yang baik, Lukman Hakim bagi hati dan lidah juga." Wanita itu tidak memahami apakah simboliknya, apakah pengajarannya, atau apakah sindirannya. Akhirnya, wanita itupun pergi berjumpa Lukmanul Hakim.



Setelah berjumpa dengan Lukmanul Hakim, wanita itupun berkata: "Wahai Lukman Hakim yang bijak, aku pernah minta kepada kamu, apakah perkara yang baik yang ada di dalam badan kambing aku nak makan, yang aku minta yang tidak baik pun kamu bagi hati dan lidah yang baik pun kamu bagi hati dan lidah. Apakah pengajaran dan apakah maksudnya?"



Lukman Hakim pun berkata: "Yang paling mustahak, yang kita perlu jaga di dalam badan kita ini, ialah dua perkara, kerana hati itu ialah tempat iman kapada Allah, hati tempat keyakinan kepada Allah, hati tempat jatuh pandangan Allah, sedangkan yang lain tempat jatuh pandangan manusia. Utamakanlah tempat jatuh pandangan Allah, kita bimbang kalau hati kita ada sifat mazmumah, sifat-sifat yang kotor, sifat sifat yang keji, takut iman akan keluar, hidayah akan keluar, sebab itu saya kirimkan kepada Puan hati, hati yang perlu dijaga".



"Dan begitu juga lidah, lidah lebih tajam dari mata pedang, dengan sebab lidah orang boleh bermusuhan, dengan sebab lidah orang boleh bercerai berai, dengan sebab lidah orang boleh binasa, dengan sebab lidah orang boleh memutuskan silaturrahim. Orang boleh berpuasa tapi lidahnya tidak dijaga, lidahnya suka mengumpat orang, suka membenci orang, suka mencaci orang, suka mengata orang, akhirnya dia itu ahli neraka. Maka dengan sebab itu bila Puan minta apa yang tidak baik, saya bagi hati dan lidah, yang baik pun saya bagi hati dan lidah, maknanya hati dan lidah ini kita jaga baik baik, insyaAllah kita selamat dunia dan selamat akhirat."



Barulah wanita itu faham, dia mengangguk-anggukkan kepalanya dan menangis kerana dia sedar dan insaf, rupa-rupanya selama ini, hati perlu dibersihkan dan lidah perlu dijaga.

======================================================
======================================================
======================================================
======================================================
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

::::: WAHAI DIRI, CARILAH APA YANG DIPERLUKAN :::::


HAYATILAH FIRMAN ALLAH S.W.T INI:
"Katakanlah, 'Terangkanlah kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan serta menutup hatimu, siapakah tuhan selain Allah yang kuasa mengembalikannya kepadamu?' Perhatikanlah bagaimana berkali-kali Kami perlihatkan tanda-tanda kebesaran (Kami), kemudian mereka tetap berpaling (juga)." (Al-An'am: 46)

"Katakanlah, 'Dialah Yang menciptakan kalian dan menjadikan bagi kalian pendengaran, penglihatan, dan hati.'" (Al-Mulk: 23)

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayatayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) lidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al-A'raf: 179)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.