"Jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan kerana demikianlah hidup ini diciptakan."
-Imam Syafi'e-
Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,
Yang mencipta segalanya,
Yang menimpakan ujian,
Yang menjadikan sakit hatimu,
Yang membuat keinginanmu terhalang,
Serta menyusahkan hidupmu,
Pasti akan damailah hatimu...
Kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia,
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,
Retaknya hatimu,
Tapi mungkin itulah yang Allah mahukan
Kerana Allah tahu hati yang sebeginilah lebih mudah lunak dan mudah dekat dan akrab denganNya...
"Beruntunglah ketika orang yang diberi nikmat dia bersyukur, ketika ditimpa musibah dia bersabar, ketika berbuat dosa dia meminta keampunan, ketika marah dia bermurah hati dan ketika menghukum dia berlaku adil"
( Dr Aidh Abdullah Al-Qarni )
Hidup ini susah untuk diduga.. kadang-kadang kita rasa dekat sangat dengan seseorang itu tapi sebenarnya jauh,
Walaupun kita dapat melihat senyuman manis dia tapi belum tentu hati dia kita dapat selami..
Mungkin kadang-kadang kita dapat tengok dia ketawa tapi kita tak tahu apa makna disebalik senyumannya..
Bila dia menangis kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya,walhal kehadiran kita langsung tak disenangi..
Rencah dunia, kita takkan tahu siapa kawan & siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita akan jatuh..
Adakah tangan itu menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkan..
ALLAH Maha Mengetahui..
Mendamba cinta dalam sujud nan Suci...
nyayian zikrullah mendamaikan hati...
syair azan sentiasa dirindui....
merimbunlah keimanan di taman hati...
moga kasih Allah bersamamu selalu...
Orang yang jatuh gagal berkali-kali sebelum berjaya lebih tinggi kualitinya daripada orang yang mudah mendapat kejayaan tanpa ada halangan kerana orang yang gagal berkali-kali sebelum berjaya itu telah merasai betapa peritnya untuk menggenggam sebuah kejayaan dan pasti akan menghargai kejayaan yang diperolehinya......
Tawaduk bukan bererti lemah,
Tegas bukan bererti kasar,
Beralah bukan bererti kalah,
Kalah bukan bererti salah,
Menang bukan bererti menang......
Jangan sekali-kali menyesali takdirmu kerana mungkin Allah swt sengaja mentakdirkan begitu supaya Dia mempunyai sebab untuk melimpahkan pahala sabar padamu. Akhirnya, mungkin pahala sabar itu nanti akan memimpinmu ke darjat yang tinggi di syurga dan dianugerahi pasangan yang lebih baik di sana...
salam..dalam maksud tazkirah tu. terkadang kesabaranku tercabar dgn kerenah anak2 n murid2ku.
BalasPadamWaalaikummussalam.
BalasPadamTercabar dan dicabar perkara biasa dalam kehidupan yang penuh dengan persaingan. Cabaran sebagai pendidik lebih teruji apabila anak didik seolah-olah mencabar kewibawaan seorang guru. Sewaktu dicabar begitu, ubat paling berkesan hanyalah dengan "sabar" kerana orang yang sabar sebenarnya orang yang berjaya dunia dan akhirat. Allah swt yang meberi kesabaran di hati manusia. Oleh itu, sabar ajelah......ungkapan yang biasa dibisikkan bila kita hilang kesabaran.