Sabtu, 9 Mei 2015

:)




Ya Allah,

aku mohon pertolongan-Mu

agar sentiasa mengingati-Mu,

mensyukuri nikmat-Mu, dan

beribadah dengan baik kepada-Mu





Ya Allah,

Kau permudahkanlah

jangan Kau susahkan,





Ya Allah,

aku mohon daripada-Mu,

ilmu yang bermanfaat,

rezeki yang baik dan

amalan yang diterima





Rabbi yassir wala tu'assir

rabbi tammim bil khair





Akhlak mulia merupakan natijah iman 
yang sebenar kerana tidak bernilai iman seseorang
 tanpa disertai dengan akhlak yang mulia 
sepertimana yang digambarkan hadith 
Rasulullah SAW ketika ditanya oleh sahabat, 


“Apakah Deen  itu?” 
lantas baginda menjawab dengan sabdanya, 
“(Deen itu) adalah akhlak yang baik.”   
Akhlak juga  merupakan  amal  yang   
paling  berat  yang  akan  diletakkan  dalam  neraca  hamba  
 pada  hari  kiamat  kelak.”  


Hadith  tersebut jelas  menunjukkan  bahawa   
Islam  menjadikan  akhlak  sebagai  intipati  
 bagi  segala  jenis  ibadat.



"Bertaqwalah kamu kepada Allah 
di mana sahaja kamu berada dan 
ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan 
dan berperangailah kepada manusia 
dengan perangai yang bagus.”

(Riwayat  Al-Tirmizi).  



Sumber : The Online Journal of Islamic Education