Ahad, 12 Oktober 2014

Mutiara Hadis :)





Doa Untuk Seseorang
 Yang Berbuat Baik Kepada Kita


Bersabda Rasulullah SAW 
yang bermaksud :



“ Barangsiapa
 diberikan orang kepadanya 
sesuatu kebajikan lalu ia
 mendoakan orang itu 
dengan menyebut :
 jazaka ‘lllahu khairan 
(mudah-mudahan Allah
 membalasi engkau
 dengan kebajikan
 yang lebih baik), 
maka sesungguhnya orang itu
 telah memenuhi
 hak sanjungan.”


(HR. At-Tirmizi)



“ Dan barangsiapa 
  membuat suatu kebajikan 
(makruf) kepadamu, 
maka balasilah kebajikan itu
 jika engkau
 tidak sanggup membalasnya, 
maka berdoalah kamu
 untuknya sehingga
 terasa olehmu bahawa
 kamu telah membalas
 kebajikan orang dengan 
sesempurnanya.”


(HR. Bukhary)




“ Berkata Umar
 Ibnul Khattab ra. : 
“ Pada suatu ketika 
aku meminta izin 
kepada Nabi SAW 
untuk pergi umrah. 
 Nabi memperkenankan 
permintaanku seraya berkata : 
Janganlah engkau 
melupakan kami dalam
 doa-doa kamu,
 wahai saudaraku. 
“ Jawab 
 Umar Ibnul Khattab ra : 
“ Ucapan Nabi itu 
lebih menyenangkan 
diriku dari itu.”


(HR Tirmizi)




“ Doa seseorang Muslim
 (untuk kemaslahatan) 
saudaranya (Muslim)
 yang jauh daripadanya
 (umpamanya orang yang
 tinggal di perantauan atau
 perjalanan), 
diperkenankan Allah.”


(HR Muslim)



“ Tidak ada sesuatu
 yang paling mulia dalam
 pandangan Allah 
selain daripada berdoa
 kepada Nya sedang kita
 dalam keadaan lapang.”


(HR Al-Hakim)



Sabda baginda SAW :


“ Doa itu
 senjata orang yang beriman, 
tiang agama, 
sinar cahaya langit 
dan bumi.”




“ Tuhanlah yang melepaskan
 kamu dari bencana-bencana 
yang disebabkan oleh
 musuh-musuhmu dan Dia 
pulalah yang mencurahkan
 rezeki kepada kamu sekalian.”


(HR Abu Ya’la)