Khamis, 31 Julai 2014
Rabu, 30 Julai 2014
Puasa Enam Hari Bulan Syawal :)
JANGAN LUPA 6 SYAWAL
Oleh:
Dr. Ahmad Hassan
Ramadhan telah berlalu dan kini Syawal telah
tiba. Namun tarbiyah Ramadhan diikuti tarbiyah Syawal juga tarbiyah bulan-bulan
lain semuanya dan berkesinambungan dengan ketaatan dan ibadah merupakan bukti
penerimaan Ramadhan. Ini kerana Rasul saw bersabda:
“ Sesungguhnya setiap amalan
perlu aktif dan setiap keaktifan adakalanya berlaku saat kemerosotan. Justeru
barangsiapa semasa saat kemerosotannya kembali kepada sunnahku, maka dia
memperolehi petunjuk tetapi barangsiapa semasa saat itu kembali kepada yang
lainnya, maka ia pasti akan sesat”.
Wahai orang yang Allah berikan taufik kepadanya
di bulan Ramadhan. Janganlah anda kembali kepada dosa-dosa yang anda lakukan
sebelum Ramadhan seperti amalan mengumpat, mencerca, menipu, khianat dan
sebagainya..kerana anda telah merasai kemanisan air mata dan kelazatan munajat
yang merupakan saat yang paling bahagia bagi para hamba. Oleh itu janganlah
anda tinggalkan kebahagiaan yang telah dinikmati itu. Begitu juga amalan qiam,
puasa, sedekah, tilawah al-Quran dan zikir.
Puasa sunat di bulan Syawal selepas Ramadhan adalah di antara peluang terbaik kerana orang yang berpuasa masih berada pada ketaatan dan ibadah yang lain setelah selesai puasa Ramadhan.
Nabi saw telah menyatakan kepada umatnya tentang kelebihan puasa enam Syawal dan mendorong mereka dengan menggunakan teknik galakan supaya melaksanakan puasa 6 hari ini..sabda nabi saw:
“Barangsiapa yang berpuasa
Ramadhan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, maka ganjarannya
seolah-olah puasa sepanjang tahun”. (Muslim dan lainnya)
Menurut Imam Nawawi: Para ulamak menyatakan: “Ganjarannya seolah-olah
puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi
puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama
puasa dua bulan”.
Ibn Rejab menukilkan dari Ibn Mubarak katanya: Bagi yang berpuasa 6 Syawal secara berkesinambungan selepas puasa Ramadhan, maka dia wajib memperolehi pahala puasa sepanjang tahun.
Jikalau tanda penerimaan sesuatu ibadah ialah kecenderungan melakukan ibadah seterusnya, maka puasa 6 Syawal selepas Ramadhan adalah bukti kesyukuran orang berpuasa kepada Allah kerana memberi taufik kepada puasa Ramadhan dan menambahkan kebaikan, sepertimana puasanya sebagai bukti kecintaan kepada ibadah dan ketaatan dan kecenderungan untuk meneruskan jalan ibadah. Bahkan ia seakan-akan suatu perjanjian dengan Allah untuk bersungguh-sungguh beribadah dan melaksanakan ketaatan kerana ia tidak mahu hanya beribadah kepada Allah di bulan Ramadhan dan meninggalkan ibadah selepas Ramadhan.
Al-Hafiz Ibn Rejab al-Hanbali berkata: “Orang yang menggantikan nikmat taufik puasa di bulan Ramadhan dengan melakukan maksiat selepasnya, maka sebenarnya dia seperti orang menukarkan nikmat Allah dengan kekufuran. Ada yang mengatakan kepada Bisyr al-Hafiy: Suatu kaum yang beribadah dan bersungguh-sungguh di bulan Ramadhan. Lalu Bisyr berkata: Seburuk-buruk suatu kaum ialah yang tidak mengenali Allah dengan sebenarnya kecuali di bulan Ramadhan sebaliknya orang soleh sentiasa beribadah dan bersungguh-sungguh sepanjang tahun”.
Di antara hikmat puasa 6 Syawal
1. Puasa 6 Syawal selepas Ramadhan menyempurnakan
pahala puasa sepanjang tahun bagi seorang muslim.
2. Puasa di bulan Syawal dan Syaaban sama seperti solat sunat dan solat rawatib sebelum atau selepas solat fardu yang berfungsi menampung segala kekurangan dan kecacatan dalam ibadah fardu, kerana ibadah fardu disempurnakan oleh ibadah nawafil di hari Kiamat. Bahkan ramai orang yang puasanya terdapat kekurangan dan kecacatan, maka ia perlukan amalan yang dapat menampung atau melengkapkan kekurangan itu.
3. Puasa Ramadhan mewajibkan seseorang memperolehi keampunan daripada dosa-dosa yang terdahulu. Oleh itu kembali berpuasa selepas Eidul Fitri sebagai tanda syukur kepada nikmat ini kerana tiada nikmat yang lebih besar daripada keampunan daripada dosa.
Allah telah memerintahkan hambaNya supaya mensyukuri nikmat puasa Ramadhan dengan sentiasa mengingatiNya, berzikir dan bermacam-macam cara bersyukur yang lain. Firman Allah:
“Dan hendaklah kamu
mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya
yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur” (Al-Baqarah: 185)
Justeru tanda kesyukuran hamba kepada Allah di
atas taufikNya dengan puasa Ramadhan, pertolongan dan keampunan daripada dosa
ialah melaksanakan ibadah puasa sunat seterusnya.
4. Amalan-amalan yang mendekatkan seorang hamba dengan Allah pada bulan Ramadhan tidak terhenti dengan berlalunya Ramadhan, bahkan masih kekal selagi hamba itu hidup. Oleh itu berpuasa selepas Eidul Fitri menunjukkan kembalinya kepada keinginan untuk berpuasa. Baginya puasa tidak menjemukan dan membebankannya.
Permasalahan berkaitan puasa 6 Syawal
-Setengah orang berpendapat bahawa jika tahun ini mereka berpuasa 6 Syawal, maka mereka mesti berpuasa 6 Syawal pada setiap tahun. Pendapat ini tidak betul kerana ibadah ini adalah pilihan semata-mata sama ada mahu berpuasa tahun ini atau tidak pada tahun berikutnya. Bukanlah wajib berpuasa setiap tahun.
Marilah kita mengingati firman Allah:
“Dan bersegralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa ”.
(Ali-Imran:133)
-Setengah orang berpendapat bila seseorang telah mula berpuasa 6 hari di bulan Syawal maka ia mestilah menyelesaikannya sekaligus dan tidak boleh berhenti atau terputus sehari atau dua hari sama ada atas sesuatu sebab atau sakit semsa puasa. Pendapat ini tidak betul kerana orang yang melakukan amalan sunat berhak ke atas dirinya. Ia boleh memutuskan puasanya pada bila-bila masa yang dia mahu berdasarkan sabda nabi saw:
الصائم المتطوع أمير نفسه، إن شاء صام وإن شاء أفطر
“Orang yang berpuasa sunat
adalah ketua (berhak) ke atas dirinya dia boleh memilih sama ada mahu berpuasa
atau berbuka (tidak berpuasa)”.
(Tirmizi)
-Bagi orang yang mahu berpuasa 6 Syawal
sepatutnya memulakan niat puasa pada malamnya, kerana puasa pada hari-hari yang
khusus pada waktu yang terbatas mempunyai ganjaran yang khusus dan tidak sama
seperti puasa sunat mutlak.
-Bagi sesiapa yang tertinggal puasa beberapa hari di bulan Ramadhan, maka ia mestilah mengqada’nya (menggantikannya) dahulu, kemudian barulah berpuasa 6 Syawal kerana puasa Ramadhan adalah ibadah fardu dan puasa 6 Syawal adalah sunat sahaja berdasarkan zahir hadith:
“Barangsiapa yang berpuasa
Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari di bulan Syawal..”.
(Hadith)
Namun masalah ini tidak terlepas daripada
perbezaan pendapat ulamak.
-Disunatkan bersegera melaksanakan puasa 6 Syawal yang dimulakan pada hari kedua Syawal, tetapi tidak menjadi masalah jika melewatkan pada pertengahan bulan atau penghujung bulan.
-Puasa Ramadhan yang diikuti puasa 6 hari di bulan Syawal ganjarannya menyamai puasa sepanjang tahun kerana satu hasanah menyamai 10 gandaan berdasarkan hadith Thuban r.a dari nabi saw yang bersabda:
“Puasa Ramadhan pahalanya
menyamai sepuluh bulan. Puasa enam hari di bulan Syawal pahalanya menyamai dua
bulan. Dengan itu seolah-olah puasa sepanjang tahun”.
(Ahmad dan Ibn Hibban)
.........
Isnin, 28 Julai 2014
A Very Happy Eid Ui Fitr Mubaraka 2014 :)
Rasulullah SAW
menyarankan umat Islam
menyambut hari raya
dengan
banyak memuji kebesaran Allah.
Nabi Muhammad bersabda:
“Hiasilah hari
raya
(Aildilfitri dan Aidiladha) kamu
dengan takbir, tahlil,
tahmid dan taqdis
(mengingati dan
mengagungkan Allah).”
(Hadis riwayat
al-Thabrani).
A Very Happy
Eid Ui Fitr Mubaraka 2014
Bertakbir
pada tarikh
1 Syawal bersempena Aidilfitri
merupakan suatu amalan yang
disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal
(anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika
imam selesai berkhutbah.
Firman Allah yang bermaksud :
“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.”
(Al-Baqarah : 185)
Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani dalam Kitab Meneladani Rasulullah saw Dalam Berhari Raya :
“Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini.”
Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke masjid.
“Apabila
para sahabat
Rasulullah saw bertemu
di hari raya, sebahagian mereka
melafazkan
kepada yang lain
‘taqabbalullah minna waminka’
(Semoga Allah menerima
amalan
kami dan amalanmu).”
“Rasulullah
saw
tidak akan pergi ke
tempat solat pada
pagi Aidilfitri sebelum
memakan
beberapa biji kurma.
Murajja bin Raja berkata :
Ubaidillah menceritakan
kepadaku bahawa
Anas r.a berkata :
Rasulullah saw memakannya
dalam jumlah yang
ganjil.”
(Riwayat al-Bukhari)
Jabir
bin Abdullah ra berkata :
“Nabi saw melalui jalan
“Nabi saw melalui jalan
yang berbeza pada hari raya.”
(Riwayat
al-Bukhari)
Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah
berkata dalam
Kitabnya Zaadul Maad :
“Baginda saw selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untuk memberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.”
A Very Happy Eid Ui Mubaraka
Moga kita dipelihara Allah
s.w.t….
Allah hu Akbar
” Selamat Menyambut
Hari Raya
Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin…”
Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya
TERkasar Bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya yang tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana-mana
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
dan macam-macam lagi
yang TERsalah dan
TERsilap.
SELAMAT
HARI RAYA
AIDIL
FITRI
MAAF ZAHIR
DAN BATIN
A Very Happy Eid Ui Mubaraka