Sabtu, 30 Oktober 2010

Penjahat Kecil






~~Penjahat Kecil~~





Hadith :

Dari Amir bin Saad dari bapanya
(Saad bin Abi Waqas) r.a katanya:
”Sesungguhnya nabi s.a.w
telah memerintahkan supaya
membunuh cicak dan baginda
menamakannya
‘si penjahat kecil’.



(Muslim)

Huraian


Berlaku sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim a.s semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali.


Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.'



Lalu dijawab oleh burung tersebut, “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”



Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)







Azimat Buat Adam Dan Hawa.




Wahai insan bernama lelaki dan perempuan,
renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.





1. KETIKA MENCARI CALON


Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.





2. KETIKA MELAMAR



Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.






3. KETIKA AKAD NIKAH





Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah




4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN





Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.





5. KETIKA MALAM PERTAMA



Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.






6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA



Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.







7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG




Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan






8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.




Cintailah isteri atau suami anda 100%







9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.




Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.








10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM




Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.








11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG



Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita







12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI



Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.







13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI



Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.








14.KETIKA MENDIDIK ANAK




Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....








15.KETIKA ANAK BERMASALAH



Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.









16.KETIKA ADA PIL.



Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.









17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS




Gunakanlah formula 7 K


1 Ketaqwaan


2 Kasih sayang



3 Kesetiaan



4 Komunikasi dialogis



5 Keterbukaan



6 Kejujuran



7 Kesabaran




Orange Flower

Jumaat, 29 Oktober 2010

‘Perbuatan keji yang tersembunyi itu adalah dengki.”




Diriwayatkan dari Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah saw telah menyatakan,

Ada 3 hal menjadi akar semua dosa.
Jagalah dirimu dan waspadalah terhadap ketiganya. Waspadalah terhadap kesombongan,
sebab kesombongan telah menjadikan
Iblis menolak untuk sujud kepada Adam.
Waspadalah terhadap kerakusan,
sebab kerakusan telah menyebabkan
Adam memakan buah dari pohon terlarang.
Dan jagalah dirimu dari dengki,
sebab dengki telah menyebabkan
salah seorang anak Adam
membunuh saudaranya.”



Dikaitkan dalam firman Allah SWT:




قُلۡ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّىَ ٱلۡفَوَٲحِشَ مَا ظَهَرَ



مِنۡہَا وَمَا بَطَنَ وَٱلۡإِثۡمَ وَٱلۡبَغۡىَ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّ




وَأَن تُشۡرِكُواْ بِٱللَّهِ مَا لَمۡ يُنَزِّلۡ بِهِۦ سُلۡطَـٰنً۬ا



وَأَن تَقُولُواْ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ








Katakanlah:


Sesungguhnya Tuhanku

hanya mengharamkan

perbuatan-perbuatan yang keji,

samada yang nyata atau yang tersembunyi

dan perbuatan dosa dan perbuatan menceroboh

dengan tidak ada alasan yang benar

dan (diharamkanNya) kamu

mempersekutukan sesuatu dengan Allah

sedang Allah tidak menurunkan

sebarang bukti (yang membenarkannya);

dan (diharamkanNya) kamu

memperkatakan terhadap Allah

sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.


(Al-A'raf: 33)




Dikatakan bahawa

‘perbuatan keji yang tersembunyi itu adalah dengki.”

Tertulis di suatu tempat bahawa, “Orang yang dengki

adalah musuh rahmat-Ku.”




Muawiyah menyatakan,

“Di antara sifat-sifat kejahatan,

tidak satu pun yang lebih adil daripada dengki.

Orang yang dengki

binasa sebelum orang yang didengkinya.”










Khamis, 28 Oktober 2010

Hakikat kebijaksanaan.






Hakikat kebijaksanaan








Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
”Orang pintar ialah
sesiapa yang memuliakan dirinya
serta membuat persediaan
untuk kehidupan selepas mati,
sementara orang bodoh ialah
sesiapa yang membiarkan dirinya
mengikut hawa nafsu
serta mengharapkan cita-citanya
dikabulkan oleh Allah.”


Riwayat at-Tirmidzi

Huraian



1. Kita wajib menghormati sesama manusia termasuk diri sendiri, ibu, bapa, isteri atau suami, anak-anak, saudara mara, sahabat serta jiran tetangga sama ada dengan berbuat baik, menjaga tutur kata (berbudi bahasa) dan baik hati atau berbaik sangka menurut kemampuan masing-masing.



2. Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Setiap yang bernyawa pasti akan mati.” (al-Anbia’: 34). Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.



3. Sebaik-baik usaha ialah bermujahadah melawan nafsu dan berusaha memperbaiki diri. Pengekangan nafsu akan menundukkan nafsu agar kita dapat mengawal tingkah laku mengikut syariat dan ketetapan Islam.



4. Setiap amalan yang baik akan mempengaruhi doa yang dipohon atau dengan perkataan lain Allah S.W.T tidak akan mensia-siakan doa orang yang beriman dan selalu melakukan kebajikan. Begitulah hal yang sebaliknya.


Ahad, 24 Oktober 2010

TIP KE ARAH KESEMPURNAAN HIDUP



http://3.bp.blogspot.com/_Epvy8YdrBQ0/TCVOwb3mn8I/AAAAAAAAA48/Ryzg3B5yjrs/s1600/hindari+riak.jpg




100 TIP KE ARAH KESEMPURNAAN HIDUP



100 tips berguna untuk menuju ke arah kesempurnaan hidup.




1) BERSYUKUR APABILA BEROLEH NIKMAT




2) BERSABAR APABILA MENDAPAT KESULITAN




3) TAWAKKAL APABILA MERENCANAKAN SESUATU




4) IKHLAS DALAM SEGALA AMAL PERBUATAN




5) JANGAN MEMBIARKAN HATI LARUT,TENGGELAM DALAM KESEDIHAN




6) JANGAN MENYESAL ATAS SESUATU KEGAGALAN




7) JANGAN PUTUS ASA DALAM MENGHADAPI KESULITAN




8) JANGAN RASA TERGUGAT DENGAN KEKAYAAN DAN KEMEWAHAN ORANG LAIN




9) JANGAN BERHASAD DAN IRI HATI ATAS KEJAYAAN ORANG LAIN




10) JANGAN SOMBONG BANGGA DIRI ANDAI BEROLEH KEJAYAAN




11) JANGAN TAMAK TERHADAP HARTA




12) JANGAN TERLALU MENGEJAR SESUATU KEDUDUKAN




13) JANGAN HANCUR KERANA KEZALIMAN




14) JANGAN GOYAH KERANA FITNAH




15) JANGAN MEMASANG KEINGINAN TERLALU TINGGI MELEBIHI KEMAMPUAN DIRI SENDIRI




16) JANGAN CAMPURKAN HARTA DENGAN HARTA YANG HARAM




17) JANGAN SAKITI IBU BAPA SAMADA SECARA FIZIKAL ATAU MENTAL




18) JANGAN USIR ORANG YANG MEMINTA-MINTA




19) JANGAN SAKITI ANAK YATIM




20) JAUHKAN DIRI DARI DOSA- DOSA BESAR




21) JANGAN MEMBIASAKAN DIRI DENGAN DOSA KECIL




22) JANGAN MUDAH PERCAYA PADA RAMALAN MANUSIA




23) JANGAN TERLAMPAU TAKUT JIKA
HIDUP MISKIN




24) BANYAKKAN BERKUNJUNG KE RUMAH IBADAT DAN MAJLIS ILMU




25) SOLAT DENGAN IKHLAS DAN KHUSYUK




26) LAKUKAN SOLAT FARDHU DI AWAL WAKTU & BERJEMAAH




27) BIASAKAN DIRI DENGAN SOLAT MALAM




28) BANYAK ZIKIR & DOA KEPADA ALLAH S.W.T




29) LAKUKAN PUASA WAJIB & SUNAT




30) AMBIL BERAT DAN HORMATI FAKIR MISKIN




31) JANGAN ADA RASA TAKUT KECUALI HANYA PADA ALLAH S.W.T




32) KAWAL KEMARAHAN




33) JIKA CINTAI SESEORANG BERPADA-PADALAH




34) BERSATULAH KERANA ALLAH & BERPISAH JUGA KERANA ALLAH




35) LATIH DIRI UNTUK BANYAK BERFIKIR




36) JIKA BERJANJI PENUHI JANJI,JIKA GAGAL SEGARA MOHON MAAF




37) JANGAN SUKA BERMUSUH DENGAN MANUSIA KECUALI IBLIS




38) HORMATI SEMUA ORANG TIDAK KIRA TUA, MUDA, MISKIN ATAU KAYA




39) JANGAN TERLALU TAKUT KEPADA MANUSIA




40) JANGAN SOMBONG, TAKBUR DAN BESAR KEPALA




41) ADIL DALAM SEGALA URUSAN




42) BIASAKAN DIRI BERISTIGHFAR & BERTAUBAT KEPADA ALLAH




43) BERSIHKAN RUMAH ATAU ELAKKAN PATUNG-PATUNG SEBAGAI PERHIASAN KEDIAMAN




44) HIASI KEDIAMAN DENGAN BACAAN AL-QURAN




45) JALIN SILATURRAHIM DENGAN LEBIH RAMAI ORANG




46) BERPAKAIAN MENUTUP AURAT SESUAI DENGAN PETUNJUK ISLAM




47)BERSEMBANG, BERBUAL, BERCAKAP SECARA SEDERHANA DAN BERPADA-PADA




48) MENDIRIKAN RUMAH TANGGA JIKA SUDAH TIBA MASA




49) HARGAI MASA & BERDISIPLIN DENGAN WAKTU




50) BIASAKAN HIDUP BERSIH TERTIB & TERATUR




51) JAUHKAN DIRI DARIPADA PENYAKIT BATIN (HATI)




52) LUANGKAN MASA UNTUK BERSANTAI DENGAN KELUARGA




53) MAKANLAH SECUKUPNYA




54) HORMATI GURU & ORANG BIJAK PANDAI




55) SERING BERSELAWAT KE ATAS NABI S.A.W




56) MENGHARGAI & MENCONTOHI SIRAH,KELUARGA & SAHABAT RASULULLAH




57) JANGAN TERLALU BANYAK BERHUTANG




58) ELAKKAN DIRI DARIPADA TERLALU MUDAH BERJANJI DENGAN SESIAPA PUN




59) SELALU MENGINGATKAN DIRI MENGENAI KEMATIAN DAN SEDAR BAHAWA KEHIDUPAN DUNIA ADALAH SEMENTARA




60) JAUHKAN DIRI PERBUATAN TIDAK BERFAEDAH SEPERTI BERSEMBANG KOSONG




61) BERSAHABAT DENGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH & BIJAK




62) SERING BANGUN DI PENGHUJUNG MALAM BERDOA & BERISTIGHFAR




63) LAKUKAN IBADAT HAJI & UMRAH APABILA BERKEMAMPUAN




64) MAAFKAN ORANG LAIN YANG BERBUAT SALAH KEPADA ANDA




65) JANGAN BERDENDAM & JANGAN ADA NIAT UNTUK MEMBALAS KEJAHATAN DENGAN KEJAHATAN JUGA




66) JANGAN MEMBENCI SESEORANG HANYA KERANA DIA TIDAK BERSEFAHAMAN & SEPENDIRIAN DENGAN KITA




67) JANGAN BENCI KEPADA ORANG YANG MEMBENCI ANDA




68) BELAJAR UNTUK BERTERUS TERANG DALAM MENENTUKAN SUATU PILIHAN




69) RINGANKAN BEBAN ORANG LAIN & MEMBANTU MEREKA YANG BERADA DALAM KESULITAN




70) JANGAN MELUKAI HATI ORANG LAIN SAMADA SECARA FIZIKAL @ MENTAL




71) JANGAN BIASAKAN DIRI BECAKAP BOHONG




72) BERLAKU ADIL WALAUPUN KITA SENDIRI MUNGKIN AKAN RUGI




73) JAGALAH AMANAH DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB




74) LAKSANAKAN SEGALA TUGAS DENGAN PENUH KEIKHLASAN & KESUNGGUHAN




75) HORMATI ORANG LAIN YANG LEBIH TUA




76) JANGAN MEMBUKA AIB ORANG LAIN




77) LIHAT ORANG YANG LEBIH MISKIN MAKA BERSYUKURLAH (KERANA KITA LEBIH BERUNTUNG DARIPADA DIA) LIHAT PULA ORANG YANG LEBIH BERJAYA MAKA CONTOHILAH DIA




78) AMBIL PENGAJARAN DARIPADA PENGALAMAN ORANG ARIF & BIJAKSANA




79) SEDIAKAN WAKTU & RUANG UNTUK MERENUNG APA-APA YANG SUDAH DI LAKUKAN (MUHASABAH DIRI)




80) JANGAN SEDIH KERANA DIRI ANDA MISKIN & JANGAN SOMBONG KERANA KAYA




81) JADILAH MANUSIA YANG SELALU BERMAFAAT KEPADA AGAMA BANGSA DAN NEGARA




82) KENALI KEKURANGAN DIRI DAN KENALI PULA KELEBIHAN ORANG LAIN




83) JANGAN MEMBUAT ORANG LAIN MENDERITA DAN SENGSARA




84) BERCAKAP HAL YANG BAIK-BAIK SAHAJA JIKA TIDAK..DIAM




85) HARGAI KEJAYAAN DAN PEMBERIAN ORANG




86) JANGAN HABISKAN WAKTU UNTUK SEKADAR BERHIBURAN DAN BERSENANG LENANG




87) AKRABKAN DIRI DENGAN SEMUA ORANG WALAUPUN ORANG YANG TIDAK MENYENANGKAN




88) PILIH WAKTU SESUAI UNTUK BERSUKAN YANG SESUAI DENGAN NORMA AGAMA DAN KEMAMPUAN DIRI




89) JANGAN MEMBUAT SESUATU YANG BOLEH MENGGANGU DAN MENJEJASKAN KESIHATAN JASMANI ATAU FIKIRAN




90) IKUTILAH NASIHAT ORANG-ORANG YANG ARIF DAN BIJAKSANA




91) PANDAI-PANDAILAH UNTUK MELUPAKAN KESALAHAN ORANG DAN PANDAI-PANDAILAH UNTUK MELUPAKAN JASA KITA




92) JANGAN MEMBUAT SESUATU YANG BOLEH MENYEBABKAN ORANG LAIN TERGANGGU DAN JANGAN BERKATA SESUATU YANG BOLEH MENYEBABKAN ORANG LAIN RASA TERHINA




93) JANGAN CEPAT PERCAYA KEPADA CERITA TAK BAIK YANG MENGENAI KAWAN-KAWAN ANDA SEBELUM ANDA PASTIKAN SENDIRI KESAHIHANNYA




94) JANGAN BERTANGGUH UNTUK MELAKSANAKAN TUGAS DAN KEWAJIPAN




95) SAMBUTLAH HULURAN TANGAN ORANG LAIN (PASTIKAN AURAT) DENGAN PENUH KEAKRABAN DAN KERAMAHAN TETAPI TANPA BERLEBIHAN




96) JANGAN MEMAKSA DIRI UNTUK MELAKUKAN SESUATU YANG DI LUAR KEMAMPUAN DIRI




97) WASPADA AKAN SETIAP UJIAN, CABARAN, GODAAN DAN TENTANGAN.JANGAN LARI DARI KENYATAAN KEHIDUPAN




98) YAKINLAH BAHAWA SETIAP KEBAJIKAN AKAN MELAHIRKAN KEBAIKAN.SETIAP KEJAHATAN PULA AKAN MELAHIRKAN KEROSAKKAN




99) JANGAN BINA KEJAYAAN ATAS PENDERITAAN ORANG LAIN DAN JANGAN BINA KEKAYAAN ATAS MEMISKINKAN ORANG LAIN




100) YAKIN AKAN BANTUAN ALLAH DAN YAKIN HANYA DIA TEMPAT MENGADU TERBAIK.






http://1.bp.blogspot.com/_Epvy8YdrBQ0/TB_wZTDq82I/AAAAAAAAA3A/ZTpPoGJQNqA/s1600/ajaklahdgnhikmah-smallsize.jpg


Sumber : e-mail sahabat.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Kasih sayang Allah swt.











[06.jpg]




Kasih sayang Allah swt.




Daripada Umar bin Al-Khaththab r.a., katanya:

Kepada Rasulullah s.a.w. disampaikan tawanan perang. Tiba-tiba ada seorang wanita dari tawanan itu berjalan menemukan seorang anak yang juga termasuk dalam kelompok tawanan tadi. Wanita itu lalu mengambil anak tersebut lalu diletakkannya pada perutnya, kemudian disusuinya.

Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Adakah engkau semua dapat menduga bahawa wanita ini akan sampai hati meletakkan anaknya dalam api?"

Kami (para sahabat) menjawab: "Tidak" demi Allah (maksudnya wanita yang begitu sayang pada anaknya, tidak mungkin akan sampai meletakkan anaknya dalam api)

Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda: "Nescayalah Allah itu lebih kasih sayang kepada sekalian hamba-hambaNya daripada kasih sayangnya wanita ini kepada anaknya."

(Muttafaq 'alaih)


[ad-dzariat56.jpg]





Rabu, 20 Oktober 2010

Senyuman Suatu Sedekah







Senyuman Suatu Sedekah


Hadith :

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:
”Rasulullah SAW bersabda
“Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah.
Antara perkara yang makruf itu ialah
hendaklah engkau (semasa)
bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam)
biarlah dengan muka yang manis
dan (kalau ada yang meminta air)
hendaklah engkau tuangkan timbamu
ke dalam bekas air yang dibawanya.”





(Ahmad)

Huraian



1. Makruf adalah segala perkara yang diketahui umum tentang kebaikannya sama ada dari segi syarak atau dari segi adat (yang tidak bercanggah dengan syarak). Manakala perkara yang mungkar pula adalah sebaliknya.



2. Setiap mukmin hendaklah sentiasa bermuka manis dan berbudi bahasa tinggi semasa berhubung dengan orang lain kerana hal ini juga dianggap sebagai satu sedekah.









Selasa, 19 Oktober 2010

Maksiat Yang Mengundang Bala


Lima Belas Maksiat Yang Mengundang Bala










bismillah




Maksud hadis :


"Daripada Ali bin Abi Thalib r.a.,
Rasullulah s.a.w. bersabda:

"Apabila umatku
telah membuat lima belas perkara,
maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :



1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.




2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.





3. Zakat dijadikan hutang.





4. Suami yang menuruti kehendak isteri.





5. Anak derhaka kepada ibunya.





6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.





7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.





8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.




9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.




10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.




11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.




12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)




13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).




14. Muzik banyak dimainkan.




15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).







Maka pada ketika itu
hendaklah mereka menanti
angin merah atau gempa bumi ataupun mereka
akan di ubah menjadi makhluk yang lain."
H.R. Tarmizi.





Dipetik daripada buku 40 hadis Peristiwa Akhir Zaman, Siri Pertama, susunan : Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi.



Daripada Abu Hurairah r.a.
bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika ada seseorang berkata:
'Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak',
maka orang yang berkata itu sendiri
yang paling rosak di antara mereka."

(Hadith Riwayat Muslim)





Penjelasan oleh Imam Nawawi r.a. di dalam Riyadhus Salihin terhadap hadith ini:



Larangan semacam di atas itu
(larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak)
adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi
dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri
sebab dirinya tidak rosak,
dan dengan tujuan merendahkan orang lain
dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka.
Maka yang demikian ini adalah haram.

Ada pun orang yang berkata seperti ini
kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai
terhadap agama mereka serta didorong oleh
perasaan sedih melihat nasib yang dialami
oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu
terhadap agama,
maka perkataan itu tidak ada salahnya.





Sumber: Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari Al-Maliki An-Nadwy,
"40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman".
Khazanah Banjariah. Kedah, 2000.




Ahad, 17 Oktober 2010

Aku ingin peliharamu....




Iman......aku ingin peliharamu!


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah,

tuhan yang menciptakan seluruh alam.

Yang telah menetapkan segala Qadar dan Qada'

kepada setiap hambanya.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar

Nabi Muhammad saw.

Setiap detik membiarkan lidah basah

mengingati keduanya, insya Allah.



Kepada Allah kita mengharap.

Segala keyakinan terletak padanya.

Yang hidup akan menempuh kematian pada bila-bila masa.

Hanya kita,

adakah bersedia untuk menempuh alam kedua.

Berharap, dan terus berharap

sehingga sampai masa ketentuan ilahi

pada dunia yang telah tua,

hanya menunggu masa.



Hanya sekadar pengisian jiwa,

dan ibadah tambahan.

Agar kita sentiasa mengingati Allah

setiap detik dan setiap masa.



~Solat sunat awwabin / solat memelihara iman~


Digalakkan melakukan sebanyak 4 rakaat (2 salam) ,
6 rakaat (3 salam),
sebelum berkata-kata
selepas menunaikan solat maghrib
bagi memelihara iman dan menghapuskan dosa.




Sabda Nabi saw yang bermaksud:



"Sesiapa yang bersembahyang

enam rakaat sesudah Maghrib

tiada diselang antaranya

dengan sesuatu bicara

nescaya

samalah pahalanya

dengan ibadat dua belas tahun.


'Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.



Sebelum mendirikan solat,

sunat membaca doa berikut :





Ertinya :


Selamat datang
kepada malaikat yang bertugas malam,
selamat datang
kepada dua malaikat pencatat yang mulia,
tulislah dalam rekod kau
bahawa
Aku bersaksi bahawa
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah,
dan aku bersaksi bahawa
Muhammad itu hambaNya dan UtusanNya,
Aku bersaksi bahawa syurga itu benar,
neraka itu benar,
kalam itu benar,
Aku bersaksi bahawa
qiamat itu benar dan pasti akan datang,
tidak ragu-ragu lagi,
Allah akan bangkitkan mayat dari kubur.
Ya Allah
simpanlah di sisiMu
penya
ksian ini
untuk hari yang aku perlukan padanya.
Ya Allah
simpanlah dengannya amalanku,
ampunlah dengannya
dosaku,
beratlah dengannya timbanganku,
yang baik,
dan
pastikanlah dengannya
pencapaian cita-citaku
dan
perkenan
lah untukku
Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.










Bacalah selepas membaca Al-Fatihah pada kedua-dua rakaat:

1. Surah al-Qadr 1 kali


2. Surah al-Ikhlas 6 kali


3. Surah al-Falaq 1 kali


4. Surah al-Naas 1 kali



Selepas itu beri salam, baca doa ini..






Ya Allah!
Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku
kepada peliharaan Mu, maka imanku itu,

semasa hidupku, semasa matiku,
dan selepas matiku.
Sesungguhn
ya Engkau Maha Kuasa
atas segala sesuatu."






Selepas membaca al-Fatihah
pada rakaat yang pertama,
bacalah surah al-Kafirun dan
pada rakaat kedua selepas al-Fatihah
bacalah surah al-Ikhlas.







Selepas membaca al-Fatihah
pada rakaat yang pertama,
bacalah surah al-Kafirun dan
pada rakaat kedua selepas al-Fatihah
bacalah surah al-Ikhlas.



Apapun caranya,
mudah-mudahan iman kita sentiasa terpelihara
dari segala fitnah dunia.



Solat-solat sunat
merupakan pendinding ketahanan iman
selain daripada solat fardhu wajib yang lima.




Daripada Abu Hurairah r.a.
bahawasanya Rasulullah saw. bersabda;

"Bersegeralah kamu beramal
sebelum menemui fitnah
(ujian berat terhadap iman)
seumpama malam yang sangat gelap.
Seseorang yang masih beriman
di waktu pagi,
kemudian pada waktu petang
dia sudah menjadi kafir,
a
tau (Syak Perawi Hadis)
seseorang yang masih beriman di waktu petang,
kemudian pada esok harinya,
dia sudah menjadi kafir.
Ia telah menjual agamanya
dengan sedikit dari mata benda dunia.

H.R.Muslim





Hadis ini menerangkan kepada kita
betapa dahsyat dan hebatnya ujian
terhadap iman seseorang
diakhir zaman.
Seseorang yang beriman di waktu pagi,
tiba-tiba dia menjadi kafir diwaktu petang.
Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman
di waktu petang, tiba-tiba pada esok paginya
telah menjadi kafir.



Begitu panta
s dan cepat perubahan yang berlaku.
Iman yang begitu mahal boleh gugur
di dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja,
sehingga ramai orang yang menggadaikan imannya
kerana hanya hendak mendapatkan sedikit
dari harta benda dunia.



Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman.
Dan menurut riwayat Ibnu Majah,
beliau menambahkan,
"kecuali orang yang hatinya
dihidupkan Allah swt. dengan ilmu"
.



Mudah-mudahan Allah swt.
menjadikan kita di antara orang
y
ang berilmu dan mengamalkan ilmunya,
sehingga dengan itu Allah Swt.
akan menyelamatkan iman kita
dari ujian yang dahsyat ini.




Wallahua'lam



SYAIR PERAHU (HAMZAH FANSURI)




http://i267.photobucket.com/albums/ii302/seomanias/HolyQuran3.gif



SYAIR PERAHU




Inilah gerangan suatu madah
Mengarangkan syair terlalu indah,
Membetuli jalan tempat berpindah,
Di sanalah i’tikat diperbetuli sudah.



Wahai muda kenali dirimu,
Ialah perahu tamsil tubuhmu,
Tiadalah berapa lama hidupmu,
Ke akhirat jua kekal diammu.



Hai muda arif-budiman,
Hasilkan kemudi dengan pedoman,
Alat perahumu jua kerjakan,
Itulah jalan membetuli insan.



Perteguh jua alat perahumu,
Hasilkan bekal air dan kayu,
Dayung pengayuh taruh di situ,
Supaya laju perahumu itu.



Sudahlah hasil kayu dan ayar,
Angkatlah pula sauh dan layar,
Pada beras bekal jantanlah taksir,
Niscaya sempurna jalan yang kabir.



Perteguh jua alat perahumu,
Muaranya sempit tempatmu lalu,
Banyaklah di sana ikan dan hiu,
Menanti perahumu lalu dari situ.



Muaranya dalam, ikanpun banyak,
Di sanalah perahu karam dan rusak,
Karangnya tajam seperti tombak
Ke atas pasir kamu tersesak.



Ketahui olehmu hai anak dagang
Riaknya rencam ombaknya karang
Ikanpun banyak datang menyarang
Hendak membawa ke tengah sawang.



Muaranya itu terlalu sempit,
Di manakan lalu sampan dan rakit
Jikalau ada pedoman dikapit,
Sempurnalah jalan terlalu ba’id.



Baiklah perahu engkau perteguh,
Hasilkan pendapat dengan tali sauh,
Anginnya keras ombaknya cabuh,
Pulaunya jauh tempat berlabuh.



Lengkapkan pendarat dan tali sauh,
Derasmu banyak bertemu musuh,
Selebu rencam ombaknya cabuh,
La ilaha illallahu akan tali yang teguh.



Barang siapa bergantung di situ,
Teduhlah selebu yang rencam itu
Pedoman betuli perahumu laju,
Selamat engkau ke pulau itu.



La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,
Di laut keras dan topan ribut,
Yu dan paus di belakang menurut,
Pertetaplah kemudi jangan terkejut.



Laut Silan terlalu dalam,
Di sanalah perahu rusak dan karam,
Sungguhpun banyak di sana menyelam,
Larang mendapat permata nilam.



Laut Silan wahid al kahhar,
Riaknya rencam ombaknya besar,
Anginnya songsongan membelok sengkar
Perbaik kemudi jangan berkisar.



Itulah laut yang maha indah,
Ke sanalah kita semuanya berpindah,
Hasilkan bekal kayu dan juadah
Selamatlah engkau sempurna musyahadah.



Silan itu ombaknya kisah,
Banyaklah akan ke sana berpindah,
Taufan dan ribut terlalu ‘azamah,
Perbetuli pedoman jangan berubah.



Laut Kulzum terlalu dalam,
Ombaknya muhit pada sekalian alam
Banyaklah di sana rusak dan karam,
Perbaiki na’am, siang dan malam.



Ingati sungguh siang dan malam,
Lautnya deras bertambah dalam,
Anginpun keras, ombaknya rencam,
Ingati perahu jangan tenggelam.



Jikalau engkau ingati sungguh,
Angin yang keras menjadi teduh
Tambahan selalu tetap yang cabuh
Selamat engkau ke pulau itu berlabuh.



Sampailah ahad dengan masanya,
Datanglah angin dengan paksanya,
Belajar perahu sidang budimannya,
Berlayar itu dengan kelengkapannya.



Wujud Allah nama perahunya,
Ilmu Allah akan [dayungnya]
Iman Allah nama kemudinya,
“Yakin akan Allah” nama pawangnya.



“Taharat dan istinja’” nama lantainya,
“Kufur dan masiat” air ruangnya,
Tawakkul akan Allah jurubatunya
Tauhid itu akan sauhnya.



Salat akan nabi tali bubutannya,
Istigfar Allah akan layarnya,
“Allahu Akbar” nama anginnya,
SubhanaAllah akan lajunya.



“Wallahu a’lam” nama rantaunya,
“Iradat Allah” nama bandarnya,
“Kudrat Allah” nama labuhannya,
“Syurga jannat an naim nama negerinya.



Karangan ini suatu madah,
Mengarangkan syair tempat berpindah,
Di dalam dunia janganlah tam’ah,
Di dalam kubur berkhalwat sudah.



Kenali dirimu di dalam kubur,
Badan seorang hanya tersungkur
Dengan siapa lawan bertutur?
Di balik papan badan terhancur.



Di dalam dunia banyaklah mamang,
Ke akhirat jua tempatmu pulang,
Janganlah disusahi emas dan uang,
Itulah membawa badan terbuang.



Tuntuti ilmu jangan kepalang,
Di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
Menanyakan jikalau ada engkau sembahyang.



Tongkatnya lekat tiada terhisab,
Badanmu remuk siksa dan azab,
Akalmu itu hilang dan lenyap,
(baris ini tidak terbaca)



Munkar wa Nakir bukan kepalang,
Suaranya merdu bertambah garang,
Tongkatnya besar terlalu panjang,
Cabuknya banyak tiada terbilang.



Kenali dirimu, hai anak dagang!
Di balik papan tidur telentang,
Kelam dan dingin bukan kepalang,
Dengan siapa lawan berbincang?



La ilaha illallahu itulah firman,
Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
Iman tersurat pada hati insap,
Siang dan malam jangan dilalaikan.



La ilaha illallahu itu terlalu nyata,
Tauhid ma’rifat semata-mata,
Memandang yang gaib semuanya rata,
Lenyapkan ke sana sekalian kita.



La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,
Sekalian makhluk ke sana berpindah,
Da’im dan ka’im jangan berubah,
Khalak di sana dengan La ilaha illallahu.



La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,
Siang dan malam jangan kau sunyikan,
Selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan.



La ilaha illallahu itu kata yang teguh,
Memadamkan cahaya sekalian rusuh,
Jin dan syaitan sekalian musuh,
Hendak membawa dia bersungguh-sungguh.



La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
Tauhid ma’rifat semata-mata.
Hapuskan hendak sekalian perkara,
Hamba dan Tuhan tiada berbeda.



La ilaha illallahu itu tempat mengintai,
Medan yang kadim tempat berdamai,
Wujud Allah terlalu bitai,
Siang dan malam jangan bercerai.



La ilaha illallahu itu tempat musyahadah,
Menyatakan tauhid jangan berubah,
Sempurnalah jalan iman yang mudah,
Pertemuan Tuhan terlalu susah.



~ Hamzah Fansuri ~


http://1.bp.blogspot.com/_j-5Y4BUoo8k/TLJeUcprnxI/AAAAAAAAAj8/thIHb_9AHVk/s1600/taubat.jpg