:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Jumaat, 31 Ogos 2012

Surah Asy-Syuura : 8




A008



" Dan jika Allah menghendaki,

tentulah Ia menjadikan mereka satu umat

(yang bersatu dalam agama Allah yang satu);

akan tetapi Allah

(tidak merancang yang demikian bahkan Ia akan)

memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya

ke dalam rahmatNya

(menurut peraturan yang telah ditetapkan);

dan orang-orang yang zalim

tidak ada baginya sesiapapun yang dapat

memberikan perlindungan dan pertolongan."



( Surah Asy-Syuura : 8 )





Ahad, 26 Ogos 2012

Qana’ah beri ketenteraman jiwa






Mencapai ketenangan dengan qana'ah



Keimanan berperanan kawal jiwa daripada menurut hawa nafsu





Rasulullah SAW bersabda bermaksud:




“Bukanlah yang dinamakan kaya itu


lantaran banyaknya harta benda,


tetapi kekayaan sebenarnya adalah kaya jiwa.”


(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)





Apa yang disabdakan Nabi SAW itu memang benar. Kekayaan atau limpahan harta tidak semestinya dapat membeli kebahagiaan atau ketenangan jiwa.






Firman Allah bermaksud:





“Sesungguhnya jika kamu bersyukur,


pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu,


namun jika kamu mengingkari nikmat-Ku,


sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”

(Surah Ibrahim : 7)






Buktinya ramai manusia yang berharta, menghuni di kediaman mewah dan tersergam indah, namun mereka tidak menemukan rasa bahagia. Sebaliknya, ramai yang tidak berharta, kehidupannya serba sederhana dan kurang tetapi jiwanya tenteram.





Kekayaan tak jamin kebahagiaan





Ternyata kebahagiaan sejati tidak terletak pada harta.




Firman Allah bermaksud:





“...ingatlah

hanya dengan zikrullah (mengingati Allah),

hati menjadi tenteram”

(Surah ar-Ra’ad: 28)






Qana’ah, reda dan syukur adalah tiga gandingan sifat terpuji yang saling berhubungan. Individu Muslim perlu memilikinya kerana ia adalah kunci ketenangan jiwa yang menjadi unsur utama menggapai kebahagiaan hidup.






Menurut bahasa, qana’ah bererti berasa cukup. Dari segi istilah pula bermakna berasa cukup atau puas dengan apa yang dimiliki. Jelasnya, qana'ah bermaksud mencukupi dan reda atas segala rezeki dan kurniaan Allah SWT.







Allah SWT memandang mulia orang yang reda dengan kecukupan yang dikurniakan-Nya.







Walaupun ia memiliki sedikit harta, tidak menyebabkannya hidup mengemis. Kaya dan miskin adalah pemberian dan ketentuan Allah sekali gus sebagai ujian.





Mukmin sebenar apabila dikurniakan kekayaan dia bersyukur, jika ditakdirkan hidup miskin pula dia bersabar di samping berusaha memperbaiki taraf kehidupannya.





Kekayaan terkadang mengheret manusia menolak kebenaran seperti kemiskinan boleh menjerumuskan manusia ke dalam kehinaan.






Qana’ah beri ketenteraman jiwa






Allah SWT sebagai Pencipta alam semesta dan Pengurnia nikmat kepada seluruh makhluk ciptaan-Nya, tentulah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya. Mukmin yang bersifat qana’ah akan berasa tenteram kerana ia dapat mendidik jiwanya menerima segala pemberian dan ketentuan Allah di samping ia terus meningkatkan ketaatan dan keakraban hubungannya dengan Allah.







Rasulullah SAW bersabda bermaksud:






“Sungguh beruntunglah

orang yang telah memeluk Islam

dan rezekinya memadai

serta Allah memberi kepuasan kepadanya

terhadap apa yang dikurniakan itu.”

(Hadis riwayat Muslim).






Namun, makna qana’ah jangan pula disalah fahami. Bukanlah qana’ah itu berasa senang dengan segala kekurangan dan kehidupan yang susah, hilang semangat atau kemahuan untuk mencipta kejayaan dan membina masa depan, tiada keinginan untuk meraih kemajuan baik moral mahupun material atau kelesuan untuk membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan dan kelaparan.





Dengan kata lain, orang yang bersifat qana’ah bukan bererti menerima nasib begitu saja tanpa ikhtiar.





Ia boleh saja memiliki harta yang banyak, namun bukan bertujuan menimbun atau menunjuk kekayaan.





Reda pemberian Allah





Mukmin sebenar akan reda dengan apa jua pemberian Allah dan berasakan bahawa pilihan Allah untuknya lebih baik daripada pilihannya sendiri, kerana Allah saja yang mengetahui semua kebaikan dan kepentingan hamba-Nya di dunia dan akhirat.





Segala nikmat kurniaan Allah hendaklah diterima dengan penuh rasa syukur, baik syukur secara lisan mahupun perbuatan. Nikmat Allah tidak terhitung banyaknya.





Orang yang bersyukur bererti ia mengenang pemberian Allah yang tidak pernah putus-putus.





Firman Allah bermaksud:





“Sesungguhnya

jika kamu bersyukur,

pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu,

namun jika kamu mengingkari nikmat-Ku,

sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”

(Surah Ibrahim : 7)





Syaqiq bin Ibrahim berkata:




“Saya telah menanyakan kepada 700 orang alim
mengenai lima masalah.
Semua mereka memberi jawapan yang sama.
“Satu, siapakah orang yang sempurna akal?
Mereka menjawab:
Orang yang tidak menyintai dunia
(mengambil dunia sekadar yang diperlukan).
Dua, siapakah orang yang cerdik?
Mereka menjawab:
Orang yang tidak tertipu oleh dunia.
Ketiga, siapakah orang yang kaya?
Mereka menjawab:
Orang yang reda menerima bahagiannya daripada Allah.
Keempat, siapakah orang yang mengerti agama?
Mereka menjawab:
Orang yang tidak meminta berlebih-lebihan
dan kelima, siapakah orang yang bakhil?
Mereka menjawab:
Orang yang tidak mengeluarkan hak Allah dalam hartanya.”




Iman mampu kawal hawa nafsu




Keimanan sebenarnya yang berperanan besar dalam mengawal atau membatasi jiwa manusia daripada menuruti hawa nafsu seperti bersifat rakus atau tamak haloba yang tiada berkesudahan, tidak cukup dengan yang sedikit dan tidak puas dengan yang banyak.





Hanya kepada Allah SWT sepatutnya manusia mengadu dan memohon pertolongan, kerana hanya Allah yang dapat memenuhi segala hajatnya.






Penulis ialah


Pegawai Hal Ehwal Islam


di Pusat Islam Universiti,


Universiti Putra Malaysia,


Serdang.








http://4.bp.blogspot.com/-nZa-9WQz2QA/Tryj_JeRgZI/AAAAAAAAAqI/emcE3_9p-7k/s1600/DoaKetenanganJiwa1.jpg





Islam larang pelihara anjing




Animals In The Holy Quran



Islam larang pelihara anjing




Benarkah orang yang membela anjing di rumah,
malaikat tidak masuk rumah berkenaan?
Adakah malaikat yang dimaksudkan itu semua malaikat
termasuk malaikat yang mencabut nyawa?
Ustaz, pernah saya tertanya-tanya,
adakah dalam Syurga ada haiwan?
Wallahualam.



SHUKOR, KL







Kepada saudara yang bertanya, dalam sebuah hadis riwayat Imam Malik menyebut bahawa orang yang memelihara anjing di rumah, maka setiap hari pahalanya dikurangi satu qirath, manakala dalam hadis yang lain riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ahmad menyebut: Tidak halal seorang Muslim menakutkan Muslim yang lain.




Ganggu jiran






Justeru, sekiranya anjing itu mengganggu jiran tetangganya atau menakutkan jirannya atau orang yang melalui rumah berkenaan, maka ia dikira berdosa.
Dalam masalah ini juga kita hendaklah memahami bahawa Islam melarang memelihara anjing.





Allah menjadikan hukuman orang yang memelihara anjing iaitu diharamkan semua malaikat untuk masuk ke dalam rumahnya, demikian juga istighfar, selawat dan permintaan keberkatan oleh malaikat juga diharamkan ke atasnya.
Tak meliputi semua malaikat






Kedua, pengharaman ini tidaklah meliputi semua malaikat, bahkan dikecualikan malaikat Hafazah (yang menjaga) dan katabah (yang menulis amal).




Adapun yang dimaksudkan dengan malaikat yang terhalang untuk masuk ke dalam rumah adalah malaikat yang berkeliling membawa rahmat, malaikat yang meminta keberkatan dan istighfar.





Sedangkan malaikat hafazah dan katabah, maka mereka tidak akan pernah meninggalkan anak cucu Adam dalam setiap keadaan. Kerana mereka diperintahkan untuk menghitung dan mencatat amal-amal mereka. Demikian pula malaikat maut yang diperintahkan untuk mencabut nyawa dalam keadaan apa pun.





Rampas keberkatan rumah






Maka keberadaan anjing dalam rumah akan merampas keberkatan rumah kerana tidak adanya malaikat rahmat akan memasukinya.





Ketiga, malaikat bukan hanya tidak masuk rumah yang didalamnya ada anjing, bahkan malaikat tidak dapat masuk dalam rumah yang didalamnya terdapat arak, zina, perbuatan sihir, perjudian, menonton filem lucah dan sebagainya.




Demikian juga malaikat berasa terganggu orang yang mulutnya berbau ketika solat. Jika bau makanan boleh mengganggu malaikat, maka bagaimana pula dengan anjing!





Untuk soalan seterusnya, Allah SWT berfirman dalam surah al-Waqiah ayat 21 yang bermaksud: Dan daging burung dari apa yang mereka inginkan. Dalam surah at-Thur ayat 22 yang bermaksud:





" Dan

kami beri mereka tambahan

dengan buah-buahan dan daging

dari segala jenis yang mereka ingini. "





Ada haiwan di syurga





Ayat-ayat ini menunjukkan bahawa ada haiwan di Syurga. Sedangkan dari beberapa hadis, antaranya hadis riwayat Muslim, daripada Abu Masud al-Ansari r.a, beliau berkata:





" Datanglah seorang lelaki

dengan membawa seekor unta

yang diberi tali kekang lalu berkata:

Ini (sedekah) di jalan Allah.


Maka Rasulullah SAW bersabda:

Dengannya kamu akan mendapat 700 unta

pada hari kiamat yang

semuanya diberi tali kekang. "





Demikianlah, wallahualam.






'Pejabat terbuka' wujud hubungan lebih baik dengan pelanggan




Teknologi tak mampu erat ukhwah



'Pejabat terbuka' wujud hubungan lebih baik dengan pelanggan



Alhamdulillah, tatkala penulisan ini dikongsi, umat Islam sudah seminggu berhari raya. Menariknya di negara kita ini, suasana hari raya dengan kemeriahan ‘rumah terbuka’ dan tidak kurang juga 'pejabat terbuka' dihias gantungan ketupat plastik serta lampu berkerdipan sepanjang Syawal.





Ia adalah satu tanda mudah melambangkan suasana kehidupan harmoni, ukhuwah juga kesenangan dan kemampuan dimiliki masyarakat.





Bagaimana cantiknya pakaian, indahnya perhiasan rumah dan enaknya juadah dihidangkan pada Syawal ini, marilah kita memelihara diri dengan munajat supaya dikurniakan akhlak baik lagi indah dengan satu doa mudah:




“Ya Allah,

sepertimana Engkau mencantikkan kejadianku,

maka perbaiki pula akhlakku.”

(Riwayat Ahmad)




Keharmonian dengan nilai mahabbah dan saling hormat menghormati dapat dilihat melalui budaya ziarah-menziarahi ke rumah sanak saudara, jiran tetangga dan rakan taulan.





Ia perlu disemarakkan dan diteruskan khasnya dalam kehidupan hari ini sama ada disedari atau tidak, kita semakin jauh daripada aktiviti memasyarakatkan diri disebabkan pelbagai faktor antaranya kesibukan bekerja.





Bersua muka lebih utama





Walaupun kita mampu memasyarakatkan diri dengan pelbagai kecanggihan teknologi seperti berhubung di laman sosial, namun ia tidak sehebat kelebihan apabila insan itu bertemu dan bersua muka.





Amalan bersua muka dengan mengucapkan salam dari bibir, menghulurkan tangan untuk berjabat, sen tuhan fizikal dengan pelukan kepada saudara mara lebih tua, mempunyai nilai kemasyarakatan lebih ‘hidup’ dalam perasaan berbanding melalui medium teknologi maklumat canggih.





Malah, kita juga berpeluang membalas setiap gerak-geri silaturahim ini dengan yang lebih baik jika bersemuka.





Firman Allah SWT:



“Jikalau engkau semua

diberi penghormatan

dengan sesuatu penghormatan

yakni salam maka jawablah penghormatan

atau salam itu dengan

yang lebih baik daripadanya atau balaslah

dengan yang serupa dengannya.”

(Surah an-Nisa’, ayat 86).





Inilah yang dinyatakan oleh Imam al-Farabi dalam al-Madinah al-Fadhilah apabila amat menekankan aspek memasyarakatkan masyarakat sebagai usaha mewujudkan masyarakat sempurna ke arah sebuah negara yang baik.






Menghidup sunnah Nabi





Budaya murni ini amat dianjurkan kerana ia menghidupkan amalan berteraskan Sunnah Nabi SAW. Daripada Abu Yusuf, Abdullah bin Salam katanya:





“Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:


Hai sekalian manusia,

ratakanlah salam, berikanlah makanan,

pereratkanlah kekeluargaan, bersembahyanglah

– di waktu malam – sedang manusia sedang tidur,

maka engkau semua akan

masuk syurga dengan selamat.”

(Riwayat Imam Tirmidzi)





Daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash,
ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW:




“Manakah amalan Islam yang terbaik?

Baginda menjawab:

Iaitu engkau memberikan makanan dan

engkau mengucapkan salam

kepada orang yang sudah engkau kenal

dan orang belum engkau kenal.”


(Muttafaq ‘Alaih)







Hal yang sama boleh diaplikasikan dalam perkhidmatan apabila ada mengadakan ‘pejabat terbuka’ bersama pelanggan bukan sekadar untuk menjamu selera tetapi membina hubungan pejabat dengan pelanggan dalam suasana lebih baik dan santai.






Bulan perhubungan awam






Aduan dan pandangan juga akan lebih mudah disampaikan serta diterima secara positif oleh pegawai berkenaan. Justeru, Syawal boleh menjadi bulan perhubungan awam paling efektif dalam menyalurkan perkhidmatan mesra pelanggan.





Namun, beberapa adab dan nilai akhlak perlu dijaga bagi merealisasikan matlamat baik ini iaitu tidak berlebih-lebihan, bermegah-megah, bermewah-mewah, berhasad dengki, iri hati dan sombong serta tidak menimbulkan kesulitan disebabkan oleh hutang.





Termasuklah juga yang perlu dielakkan oleh penjawat awam mahupun swasta adalah menerima atau memberi hadiah, hamper kepada mereka yang berurusan rasmi atau berkepentingan.





Bulan perhubungan awam






Kita disarankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebaik-baiknya menolaknya untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Ini sebagaimana Surat Pekeliling, Bilangan 3, 1998 yang menyatakan setiap pemberian hadiah perlu diisytiharkan kepada ketua jabatan yang akan menentukan sama ada disimpan atau dipulangkan.





Contoh hadiah atau hamper kepada agensi penguatkuasa dan pegawai bank yang mempunyai urusan perniagaan atau pinjaman dengan pegawai terbabit. Unsur atau nilai tidak beretika ini hendaklah dielakkan supaya tidak mencalarkan keindahan dan kemeriahan Syawal.





Justeru, bagaimana cantiknya pakaian, indahnya perhiasan rumah dan enaknya juadah dihidangkan pada Syawal ini, marilah kita memelihara diri dengan munajat supaya dikurniakan akhlak baik lagi indah dengan satu doa mudah:




“Ya Allah,

sepertimana Engkau mencantikkan kejadianku,

maka perbaiki pula akhlakku.”

(Riwayat Ahmad)







Penulis Prof Madya

di Jabatan Siasah Syariyyah,

Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya (UM)









Memaafkan tapi sukar melupakan






Memaafkan

tapi sukar melupakan





SEMPENA hari baik bulan baik ini maka eloklah kita mengambil kesempatan mengeratkan hubungan silaturahim dan bermaaf-maafan. Lupakan segala kekurangan dan kesilapan serta jalinkan semula hubungan yang putus, dingin atau renggang.





Apabila sebut tentang bermaaf-maafan ini, satu perkara yang sering mengganggu fikiran adalah bagaimana mahu memaafkan sedangkan ia sukar dilupakan. Ramai orang memendam rasa, makan hati dan hidup dengan kecederaan emosi selama bertahun-tahun kerana tidak mampu atau tidak sanggup memaafkan.



Minda



Minda menarik apa yang ada dalam fikiran. Minda yang lemah dan negatif akan menarik perkara buruk dan negatif kepadanya. Mata nampak apa yang hati mahu lihat. Apabila hati mengiyakan seseorang itu sebagai tidak baik maka mata nampak apa sahaja keburukan dan kekurangan yang ada pada orang tersebut. Segala kebaikan yang cuba dilakukan akan dianggap sebagai tidak ikhlas atau pura-pura.





Sebaliknya hati yang bersih disertai minda positif akan menarik segala kebaikan, rezeki dan peluang kepadanya. Sebab itulah ada orang yang kita lihat sentiasa murah rezeki dan bernasib baik.






Sebenarnya mereka ini bukan mencari rezeki sebaliknya menarik rezeki. Allah izinkan rezeki itu datang kepadanya tanpa henti. Semuanya kerana hatinya bersih dengan meminta maaf pada semua orang dan setiap malam memaafkan pula semua orang tanpa syarat.






Saya teringat waktu mengambil Ph.D di Australia dahulu. Disebabkan kesusahan hidup, saya telah amanahkan duit elaun yang masuk ke akaun setiap bulan kepada ibu saya. Saya tinggalkan kad ATM kepadanya kerana bimbang jika beliau memerlukan duit secara terdesak sedangkan saya pula berada di luar negara. Sekurang-kurangnya dapatlah ibu mengeluarkan duit itu bagi menampung keperluannya dan adik-adik. Entah di mana silapnya, tanpa pengetahuan saya dan ibu, ada orang lain mengeluarkan keseluruhan duit tersebut yang jumlahnya hampir RM20,000.






Bagi saya, yang ketika itu berusia awal dua puluhan dan peristiwa itu berlaku dalam tahun awal 80-an, jumlah sebanyak itu adalah sangat besar. Tambahan pula saya datang dari keluarga yang miskin. Ketika itu hati saya sakit, hinggakan saban hari saya mendoakan agar Allah berikan balasan yang setimpal ke atas si pelaku. Hati dan fikiran saya penuh dengan rasa dendam, marah dan tidak pernah tenang.






Hinggalah satu hari, di pagi raya, saya maafkan si pelaku dan berdoa agar Allah berikannya petunjuk dan hidayah. Di saat itu juga saya rasa bagaikan satu beban yang besar diangkat oleh Allah daripada diri ini dan jiwa serta-merta menjadi tenang, reda dan syukur. Nikmatnya ketika itu hanya Allah sahaja tahu.






Memadamkan perasaan





Sebenarnya melupakan peristiwa yang telah berlaku atau orang yang melakukannya itu bukanlah syarat bagi memberikan kemaafan. Yang perlu dihilangkan atau dikikis adalah perasaannya bukan memorinya. Perasaan negatif seperti kecewa, marah, benci, dendam dan seumpamanya perlu digantikan dengan perasaan positif seperti memaafkan, reda, sabar dan syukur.






Inilah yang akan memberikan kita kekuatan dan ketenangan. Malah apabila teringat semula apa yang berlaku, perasaan sudah tidak merasa apa-apa. Sebaliknya memori tentang apa yang pernah berlaku itu biarlah disimpan sebagai pengalaman yang mematangkan dan mendewasakan kita. Yang penting peristiwa atau perbuatan itu tidak diungkit atau tidak disebut-sebut lagi.







Ada yang beranggapan bahawa bagi memadamkan perasaan maka perlu dipadamkan juga memori. Tanggapan sebegini silap. Misalnya kalau kita pernah ditipu oleh orang hingga kita rasa marah dan dendam, maka yang perlu dipadamkan adalah perasaan marah dan dendam itu lalu digantikan dengan perasaan sabar dan reda.






Memori usah dipadam sebab ia pengalaman yang amat berharga dan mahal nilainya. Kalau dipadam juga memori hingga lupa apa yang telah berlaku maka mudahlah kita ditipu oleh orang yang sama atau cara yang sama berkali-kali. Pastinya kita tidak mahu hingga berlaku sebegitu.






Memaafkan pula bukanlah bermakna tidak boleh mencari keadilan atau menuntut hak kita. Dengan sabar dan reda, tetap boleh dicari keadilan bagi mendidik si pelaku agar tidak menjadikan orang lain pula sebagai mangsa.





Sumber








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...