:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Isnin, 31 Oktober 2011

Balasan baik tuntut pengorbanan











Balasan baik tuntut pengorbanan






Oleh Ashraf Muslim
bhnews@bharian.com.my
2011/10/31






Reda, ikhlas hadapi masalah bantu kehidupan positif






KESEDIAAN Nabi Ismail merelakan dirinya disembelih bapa tersayang, Nabi Ibrahim, kerana memenuhi suruhan Allah menimbulkan persoalan sejauh mana kita bersedia mengorbankan sesuatu yang kita sayang, tambahan dalam dunia material kini.



Namun, fakta sejarah yang terus diingatkan setiap kali menjelang Aidiladha itu sebenarnya memberi seribu satu makna kepada sesiapa berdepan situasi terpaksa melepaskan apa yang disukai biar dengan apa niat atau matlamatnya






Apa yang jelas, jika pengorbanan itu dilakukan secara ikhlas, dengan izin Allah, ganjaran menanti lebih baik dan selalunya kita tidak menyangka habuan diterima kerana nikmatnya memang tidak terduga.





Seperti Nabi Ismail sendiri, kerana reda dengan ketentuan ditetapkan Allah, akhirnya baginda ditukarkan dengan seekor qibas tetapi semangat korban ditunjukkan terus menjadi ikutan hingga ke hari ini di mana ramai antara kita rela berkorban apa saja kerana agama, bangsa serta negara.





Begitu juga dengan perjalanan haji jutaan umat Islam seluruh dunia yang kini berkumpul di Tanah Suci meninggalkan negara, ahli keluarga serta kerjaya demi mendekatkan diri kepada Allah dan mencari keredaan-Nya. Apa saja dilakukan semata-mata memastikan jemputan menjadi tetamu Allah tidak sia-sia. Semoga mereka mendapat haji mabrur.





Bagaimanapun, apa yang mendukacitakan, persepsi pengorbanan tidak dikembangkan sebaiknya. Sesiapa saja boleh mendermakan wang tetapi tidak ramai bersedia mengorbankan masa, tenaga apatah lagi bersedekah senyuman walaupun itulah sedekah paling mudah dilakukan.




Jika kita bersedia mengorbankan masa, pasti tidak banyak laporan mendedahkan kepincangan masyarakat di dada media massa. Anak membiarkan ibu bapa keseorangan. Kesibukan memenuhi perkara lain menyebabkan kita lupa mengorbankan sedikit masa menjenguk ibu bapa.





Berapa ramai bersedia mengorbankan tenaga mengikuti aktiviti kejiranan, kerja amal serta kemasyarakatan seperti bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan atau membantu jiran mengadakan kenduri kendara. Semua ini nampak mudah tetapi sebenarnya sukar dilakukan.





Kita hanya akan tersenyum kepada orang yang kita suka dan kenal, sedangkan tidak rugi memberikan senyuman kepada semua makhluk Allah di dunia ini. Selalunya mereka yang murah senyuman mempunyai ramai kawan kerana sikapnya disenangi. Ramai kawan adalah ganjaran daripada sikap suka tersenyum. Nampak tidak penting tetapi kawan boleh menjadi penyebab kepada hidup yang gembira.





Sebenarnya hidup akan lebih mudah jika kita melihat sesuatu secara positif.
Jangan terlalu mengharapkan orang melakukan sesuatu untuk kita kerana tidak salah, malah lebih baik jika kita yang memulakan perkara memberi kebaikan bukan saja pada diri sendiri juga orang lain.





Saya sendiri melalui pengalaman menakjubkan. Hakikatnya, bukan sebesar mana pengorbanan yang dilakukan tetapi Alhamdulillah, balasan diterima mengingatkan saya supaya tidak jemu untuk memberi. Bukan bermakna semua dilakukan mengharapkan ganjaran tetapi Allah Maha Pemurah kepada hamba-Nya.






Masa diluangkan membantu masyarakat diberi kelebihan pada perkara lain.
Syaratnya kita perlu yakin setiap perkara baik akan dibalas baik dan yang penting ia dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah.





Balasan diterima tidak semestinya ketika hayat kerana mungkin ganjaran menanti di akhirat atau yang mendapat manfaat adalah anak cucu kita nanti.





Sempena Aidiladha yang bakal dirayakan Ahad ini, marilah bersama kita hulurkan tangan membantu golongan memerlukan mengikut kemampuan kita. Bagi yang ada rezeki lebih boleh menyembelih haiwan ternakan untuk disedekahkan, bagi yang tidak berkemampuan pula boleh berganding bahu membantu melapah daging untuk diagihkan.





Kita semua boleh memainkan peranan masing-masing mengikut kadar kemampuan. Semoga pengorbanan tulus ikhlas itu diterima Allah. Selamat meraikan Hari Raya Korban.





(Ayat merawat demam atau selesema (menguatkan antibodi lemah), bacalah Surah Al-Anfal, ayat 36-50 dan Surah An-Nahl, ayat 51-64. Amalkan tiga kali sehari atau lebih dan berdoa kepada Allah semoga diberi penyembuhan).









http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Balasanbaiktuntutpengorbanan/Article








Rahsia Perjalanan Haji






Manasik Haji dan Falsafahnya




tawaf2


Rahsia Perjalanan Haji



Haji adalah satu perjalanan kerohanian oleh seseorang hamba menuju Tuhannya yang mengandungi seribu satu kerahsiaannya. Perjalanan ini amatlah berlainan berbanding seseorang itu mengembara ke destinasi pelancongan atau sebagainya. Perjalanan mengerjakan haji ini adalah rentetan perjalanan Rasulullah SAW sendiri semasa hajjatul wada'. Kisah hajjatul wada' ini amatlah masyhur sebagaimana Hadis yang diriwayatkan oleh Jabir r.a.



Definisi Haji



Haji ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya. Allah SWT berfirman yang bermaksud:



"Dan serulah kepada manusia dengan (kewajipan) mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang sama dengan berjalan kaki atau berkenderaan dari segenap ceruk rantau yang jauh lagi dalam." (Surah Al-Haj, ayat 87)



Menurut Sheikh Daud Al-fatani di dalam kitabnya menerangkan tentang huraian ayat di atas. Menurut kaedah lughah ayat di atas meletakkan mubtadak muakhar dan khabar muqaddam. Manakala khitab ditujukan secara am iaitu al-Nas iaitu "Wahai sekelian manusia" tanpa pengkhususan.



Mubtadak Muakhar



Mubtadak muakhar iaitu kewajipan mengerjakan haji diletakkan di belakang menunjukkan kewajipan itu tidak semestinya disegerakan. Ia memberi isyarat supaya manusia menyempurnakan urusan yang bersesuaian dengan fitrah mereka. Amalan ini bertepatan dengan sunah Nabi Muhammad S.A.W apabila baginda mengerjakan haji di akhir hayatnya dan haji ini masyhur dengan panggilan hajatul wada'.



Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah kefarduan haji adalah sesuatu kewajipan yang mesti ditunaikan tetapi kewajipan ini tidak semestinya ditunaikan dengan segera kecuali setelah cukup syarat istitoaahnya ataupun kemampuannya. Hikmah falsafah haji dan kerahsiaannya:



Faedah Haji



Terdapat banyak hikmah dan faedah disyariatkan haji.

Allah SWT berfirman yang maksudnya:



"Supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari tersebut kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban) dan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. (Surah Al-Haj, ayat 28).



Ibn abbas r.a menyatakan maksud faedah dalam ayat berkenaan ialah faedah di dunia dan faedah di akhirat.



Faedah-faedah disyariatkan haji membenarkan syariat Islam yang dibawa oleh Nabi-Nabi yang terdahulu. Haji telah disyariatkan semasa zaman Nabi Ibrahim a.s. dan haji merupakan antara ibadat yang terawal yang telah disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat manusia. Nabi Ibrahim telah memansuhkan amalan menyembah berhala pada zamannya dengan menggantikan dengan amalan Haji itu sendiri.



Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sendiri membangunkan kembali baitullah sehinggakan Makam Ibrahim iaitu tempat Ibrahim mendirikan Kaabah disyariatkan untuk solat di belakangnya.



Pada masa ini juga ibadat korban dimasyhurkan sehinggakan Nabi Ismail digantikan dengan binatang korban. Gantian ternakan korban ini diberitakan adalah dari korban anak Nabi Adam a.s. Perkara ini telah membenarkan syariat korban itu sendiri dan Rasulullah juga berpesan bagi mereka yang membawa hadyu (binatang ternak untuk korban) hendaklah melakukan korban ini semasa menunaikan haji iaitu semasa di Mina.



Hajatul Wada'



Mengingati kembali wasiat yang ditinggalkan Nabi Muhammad SAW. Di dalam wasiat hajatul wada', Rasulullah SAW berpesan bahawa manusia itu datang dari keturunan yang satu dan menyembah tuhan yang satu iaitu Allah. Di dalam wasiat itu, Rasulullah bersaksikan ribuan manusia bahawa syariat Islam telah disampaikan oleh baginda. Rasulullah berpesan bahawa baginda telah meninggalkan wasiat atau tanda ingatan kepada umatnya yang tercinta bahawa kita tidak akan sesat selama-lamanya selagi kita berpegang dengan ajaran al-Quran dan al-hadis. Lalu Allah SWT telah menyempurnakan agama Islam ini dengan firmannya: Hari ini telah ku sempurnakan agama kamu, dan aku telah kurniaan nikmatku, dan aku reda agama Islam itu agama kamu.



Agama Islam merupakan agama yang lengkap kerana syariatnya bertepatan dengan fitrah manusia. Manusia beroleh berbagai nikmat di antaranya ketenangan atau sakinah. Dan Allah SWT reda kepada hambanya akan agama Islam ini berbanding agama yang lain pada waktu itu seperti Yahudi, Kristian, majusi dan selainnya.




Umat Islam Adalah Bersaudara



Di antara hikmah disyariatkan haji adalah untuk menyatupadukan umat Islam dari pelbagai latar belakang dan berbagai kaum untuk saling kenal mengenal. Perkara ini telah dinyatakan oleh Allah SWT secara jelas di dalam Al-Quran. Manusia dijadikan dari kalangan lelaki dan wanita, dari pelbagai kabilah dan kaum supaya saling kenal mengenal antara satu sama lain.



Maka pekerjaan haji ini menjadi akademi realiti menyatupadukan umat Islam yang bersaudara sebagaimana digambarkan dalam banyak ayat al-Quran dan al-hadis.




Mengingati Kisah Adam a.s. Nabi Adam adalah manusia seawal-awal penciptaan yang telah diturunkan oleh Allah SWT untuk menjadi khalifah di atas muka bumi. Setelah Nabi Adam a.s. diturunkan ke bumi baginda rasa menyesal di atas kesalahannya melanggar perintah Allah. Rahmat Allah amatlah besar kurnia-Nya telah menemukan Adam bersama isteri tercinta di Arafah.




Kisah ini banyak memberi iktibar kepada umat Islam bahawa mereka ditegah melanggar hukum Islam. Sebagai manusia mereka akan merasa menyesal setelah melakukan kesalahan. Namun begitu Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang lebih-lebih lagi nabi kita memohon ampun lebih 70 kali sehari.



Rehlah Rohaniah.

Falsafah Haji



Di antara falsafah haji yang utama ialah haji merupakan rehlah rohaniah atau perjalanan suci berbanding perjalanan yang lain. Perjalanan ini amat penting dan amat lain dari perjalanan yang bersejarah seperti The Silk Road atau perjalanan Ibn Batutah yang terpatri dalam lipatan sejarah.



Ia juga bukan perjalanan seperti melancong ke tempat-tempat yang menarik tetapi perjalanan ini mempunyai pelbagai hikmah dan faedah yang boleh diambil. Di antara kelainan ialah para jemaah haji adalah tetamu Allah, duyufurrahman. Tetamu ini mendapat jaminan Allah dan di antara keistimewaannya ialah orang yang menunaikan haji cukup dengan rukun dan tertibnya kerana Allah dijamin terhindar dari kepapaan. Jemaah haji yang pulang dari Makkah kebiasaannya dimuliakan oleh penduduk kariah masing-masing sebagai kemuliaan dari Allah SWT melalui mata manusia.



Selain itu, banyak kelainan yang dapat dilihat semasa menunaikan fardu haji di Mekah. Perasaan hiba dan kesyahduan selalu menyelubungi naluri dan jiwa insan yang bernama adam dan hawa. Mereka saling kuat berazam menunaikan ibadat, berjemaah di Masjidil Haram dan Masjid al-Nabawi lantaran panggilan tuhan yang menusuk ke sudut ulu hati hasil laungan azan.



Rahsia Haji



Perasaan rindu ini adalah hasil doa Nabi Ibrahim a.s. ketika meninggalkan Hajar dan anaknya Ismail atas perintah Allah. "Wahai tuhanku, aku tinggalkan zuriatku di lembah yang gersang di sisi rumahmu (baitikal haram) untuk didirikan solat di atasnya. Oleh itu Ya Allah, jadikanlah hati manusia rindu kepadanya moga-moga mereka selalu kembali kepadanya (Mekah)".



Inilah rahsia yang amat besar pengertiannya di mana manusia dapat melihat dan merasakan kebesaran Allah di sana. Allah telah bersumpah dengan negeri ini seperti di dalam firman-Nya:



"Demi negeri yang amat aman (Mekah)." (Surah At-Tiin, ayat 3).



Ia menunjukkan bahawa negeri ini dipelihara oleh Allah sejak dahulu lagi sehingga hari kiamat. Lihatlah dengan mata hatimu wahai makhluk yang bergelar insan, nescaya kamu akan mendapat ketenangan dalam perjalananmu menemui tuhan di alam yang kekal abadi.



http://inapcache.boston.com/universal/site_graphics/blogs/bigpicture/hajj_11_27/h30_21245095.jpg



http://inapcache.boston.com/universal/site_graphics/blogs/bigpicture/hajj_11_27/h06_21237889.jpg



http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/248-rencana-agama/1162-manasik-haji-dan-falsafahnya.html

Ahad, 30 Oktober 2011

Ikhlas syarat capai haji mabrur





http://inapcache.boston.com/universal/site_graphics/blogs/bigpicture/hajj_11_27/h27_21076729.jpg


Ikhlas syarat capai haji mabrur



http://inapcache.boston.com/universal/site_graphics/blogs/bigpicture/hajj_11_27/h01_21216599.jpg

Umat Islam tak perlu berulang kali ke Tanah Suci



BOLEHKAH seseorang itu
menunaikan haji berulang kali agar
memperoleh haji mabrur?
Apakah haji mabrur dan bagaimana pula balasannya.


RASHID,
Johor Bahru, Johor




http://inapcache.boston.com/universal/site_graphics/blogs/bigpicture/hajj_11_27/h03_21216211.jpg





ALHAMDULILLAH wassolatu wassalam ala rasulillah wabad.
Boleh menunaikan haji lebih daripada sekali.
Dalilnya ialah suatu ketika Rasulullah SAW berkhutbah:




Sesungguhnya
Allah mewajibkan kepada kamu sekalian haji.
Seorang sahabat bernama al-Aqra Habis bertanya:
Apakah pada setiap tahun, wahai Rasulullah?
Rasulullah SAW menjawab:
Seandainya aku mengatakannya,
maka ia menjadi wajib.




Balasan haji mabrur dijelaskan
dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:





Haji mabrur tiada balasan kecuali syurga.
Yang dimaksudkan dengan haji mabrur di sini ialah
haji yang diterima di sisi Allah SWT.
Teks hadis yang lengkap iaitu seperti
dalam Surah at-Tirmizi yang berbunyi:




Iringilah antara haji dan umrah kerana
keduanya menghapuskan dosa seperti
ahli logam menghapuskan kotoran besi,
emas dan perak.
Haji mabrur tidak ada balasan kecuali syurga.
Tidaklah seorang mukmin sepanjang hari
berada dalam keadaan berihram
melainkan dosa-dosanya terbenam
bersama matahari.






Dari segi bahasa, kalimah mabrur diambil daripada
kata akar iaitu barra yang mempunyai banyak makna.
Antaranya syurga, benar, diterima,
pemberian dan keluasan dalam kebaikan.
Ulama berbeza pandangan mengenai pengertiannya.
Dalam kitab Nayl al-Awthar, asy-Syaukani
mengemukakan pandangan Ibnu Khalawayh bahawa
haji mabrur adalah yang diterima Allah SWT (makbul).




Ulama lain pula berpandangan bahawa haji mabrur
adalah haji yang tidak dicemari dosa.
Pandangan ini dipilih dan dikuatkan oleh
Imam an-Nawawi RHM. Imam Ahmad dan al-Hakim
meriwayatkan daripada Jabir RA bahawa
sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW:


Apakah haji yang mabrur itu?


Baginda SAW menjawab:

Memberi makan dan menyebarkan salam.



Tetapi hadis ini dinilai lemah oleh beberapa ulama.
Seandainya dipandang sahih, pengertian haji mabrur
tidak memerlukan penjelasan lagi.




Imam al-Qurtubi mengemukakan bahawa
pandangan mengenai pengertian haji mabrur
saling berdekatan makna.
Oleh itu bolehlah dibuat kesimpulan,
haji mabrur adalah haji yang sempurna
hukum-hukumnya sehingga dibuat secara sempurna
seperti dituntut.



Sekiranya kesimpulan ini diterima,
maka hendaklah diingat bahawa di sebalik hukum itu,
ada makna yang mendalam yang perlu dihayati
seseorang yang melaksanakan haji.
Seperti ditulis Prof Abdul Halim Mahmud,
seorang ulama besar al-Azhar yang berkata:


Haji adalah himpunan
daripada simbol kerohanian
yang sangat indah. '
Ia dapat membawa seorang Muslim
(bila mana dilaksanakan dalam bentuk dan cara
yang sebenar-benarnya) akan masuk dalam lingkungan Ilahi
(ketuhanan). Ketika itu sudah tentu
seluruh aktivitinya tepat seperti dikehendaki Allah
sehingga hajinya mabrur, iaitu benar,
diterima dan dia akhirnya akan memperoleh
syurga.




Sebenarnya, untuk memperoleh haji mabrur
bukanlah dengan mengulang-ulang tetapi
dengan menunaikannya dengan penuh keikhlasan,
menggunakan harta yang halal,
menunaikan rukun, syarat dan kewajipan haji,
menunaikan semua sunnah dan berdoa
agar hajinya diterima.
Yang paling penting,
selepas menunaikan ibadat haji,
berlaku perubahan positif
ke arah kebaikan dan ketakwaan.
Demikianlah, wallahualam.




http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ikhlassyaratcapaihajimabrur/Article


http://inapcache.boston.com/universal/site_graphics/blogs/bigpicture/hajj_11_27/h33_21213123.jpg

http://inapcache.boston.com/universal/site_graphics/blogs/bigpicture/hajj_11_27/h02_21201537.jpg

Jumaat, 28 Oktober 2011

Korban lebih utama bagi orang dewasa







Daging korban sunat disedekahkan yang mentah
manakala daging akikah sunat disedekahkan
yang sudah dimasak. - Gambar hiasan


Korban lebih utama bagi orang dewasa






1. Saya masih keliru tentang akikah dan korban. Bolehkan kita kumpulkan akikah dan korban dalam seekor lembu. Contohnya, akikah dua bahagian dan korban lima bahagian.



2. Untuk akikah dan korban, betulkah segala tulang dan kulitnya hendaklah ditanam. Bagaimana jika saya hanya membuangnya dalam tong sampah, adakah berdosa?



3. Saya selalu memerhatikan dalam majlis korban, ada yang mengambil daging korban dua atau tiga bungkus (bukan peserta korban). Berapakah sebenarnya yang boleh kita iaitu jemaah dan petugas ambil daging korban ini?



4. Adakah had umur untuk membuat akikah? Sebabnya semasa kecil saya belum diakikahkan kini saya ada sedikit kemampuan melaksanakannya. Atau bolehkah akikah diganti dengan ibadat korban?



JAWAPAN:



Jika kita melihat kepada falsafah ibadah korban dan ibadah akikah adalah dua perkara yang seperti sama tetapi berlainan maksud dan tujuan.



Ia sama kerana akikah dan korban adalah tuntutan menyembelih binatang ternakan. Akikah dilakukan kerana tanda syukur kepada Allah SWT atas kurniaan anak. Lebih-lebih lagi ia sangat dituntut bagi mereka yang mampu melakukannya.



Rasulullah SAW mengumpamakan bagi mereka yang tidak melakukan akikah hutangnya tergantung, hutang yang tidak tertunai.



Sabda baginda yang bermaksud:


"Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya.

Disembelih untuknya pada hari ketujuh

dan dicukur kepalanya dan diberi nama".

(riwayat Abu Daud).



Hukum melakukan akikah adalah sunat muakkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing.



Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.



Tidak dapat dinafikan bahawa ramai di kalangan masyarakat kita yang berkongsi melakukan ibadah akikah dan korban. Mungkin mereka yang ingin melakukan ibadah akikah ingin mengambil fadilat mengorbankan binatang pada hari raya korban.



Memandangkan perkara yang tertanggung ke atasnya adalah akikah maka didahulukan akikah dalam musim korban.



Jumhur ulama berpendapat boleh melakukan akikah dengan seekor kambing, unta atau lembu. Tetapi mereka berbeza pendapat, adakah akikah mengambil hukum adhiyah (korban), atau sama dengan hukum korban, sehingga akikah boleh berkongsi pada seekor lembu atau unta.



Ini adalah masalah khilafiah. Ulama-ulama mazhab al-Sayfie berpendapat boleh kerana melihat akikah adalah sama dengan korban yang boleh berkongsi bahagian seperti yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi.



Namun, para ulama mazhab Hambali dan Maliki berpendapat tidak boleh. Jika seseorang hendak melakukan akikah dengan seekor lembu contohnya, ia hanyalah untuk seorang anak sahaja. Tidak boleh berkongsi bahagian kerana bagi mereka akikah tidak sama hukumnya dengan korban dalam bab bolehnya berkongsi bahagian.



Dalam laman islam-qa menyebut:

"dan yang lebih hampir (kepada kebenaran), bahawasanya ia (akikah) tidak boleh berkongsi, dan inilah (mazhab yang lebih hampir kepada kebenaran) mazhab al-Malikiyyah dan al-Hanabilah". (lihat al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah 30/279)



Ulama yang berpendapat tidak boleh berkongsi dalam melaksanakan akikah melihat akikah adalah satu penebusan terhadap anak yang dilahirkan.



Maka seekor binatang yang disembelih untuk akikah adalah untuk seorang anak sahaja, kerana itu tidak terdapat dalil yang menunjukkan adanya perkongsian dalam melakukan akikah, maka ibadah hendaklah dibina atas dasar al-tauqif (mengikut dalil).



Seperkara yang perlu diingat, daging korban diagihkan secara mentah, manakala daging akikah dimasak dan dijamu.



Perbezaan akikah dengan korban



Akikah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan korban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya Aidiladha hingga 13 Zulhijjah.



Daging akikah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging korban hanya boleh diberi kepada fakir miskin. Akikah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala korban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail.



Daging korban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging akikah sunat disedekahkan setelah dimasak.



Selain melakukan korban dan akikah, umat Islam harus menjaga kebersihan semasa kedua ibadah ini dilakukan, lebih-lebih lagi ibadah korban. Kebanyakan ibadah korban dilakukan di perkarangan masjid dan surau, walaupun yang afdalnya, setiap orang melakukannya di perkarangan rumahnya sendiri.



Jadi demi menjaga kebersihan adalah sangat dituntut supaya segala tulang belulang binatang sembelihan ditanam. Yang demikian adalah bagi memastikan kebersihan persekitaran. Sekiranya ada yang membuang di tong sampah tidak dikira berdosa, tetapi adalah lebih baik menanamnya.



Melakukan ibadah akikah setelah dewasa tidak menjadi halangan. Walaupun demikian ibadah akikah adalah tanggungjawab ayah atau penjaga atau wali.



Sekiranya mereka tidak melakukannya ketika kita masih kecil, iaitu sebelum baligh atas halangan kewangan maka tidaklah dituntut keatas individu untuk melakukan atas dirinya.



Jika ada yang mahu akikah atas diri sendiri selepas dewasa tidak salah. Tapi yang lebih afdal adalah melakukan ibadah korban.



Mengenai mengambil beberapa bungkus daging adalah bergantung kepada cara pengagihan daging oleh jawatankuasa masjid atau surau atau penganjur.



Ada masjid yang memberi kupon kepada para jemaah untuk datang mengambil daging, begitu juga dengan para petugas. Biasanya petugas ambil banyak sikit, maklumlah dia bertugas.



Tetapi ini tidak bermaksud petugas boleh ambil banyak mana yang dia mahu. Harapnya tidak ada petugas mengambil peluang memenuhkan peti sejuk dengan daging korban.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1028&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm


Selasa, 25 Oktober 2011

I Believe









Lirik Lagu

'I Believe'

Irfan Makki feat. Maher Zain




When you're searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He's always close to you




He's the one who knows you best
He knows what's in your heart
You'll find your peace at last
If you just have faith in Him




You're always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day




*Chorus*


I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?




Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings




You're always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
If God wills we'll meet one day




*Chorus*



If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through




I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace




Lyrics:


Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki



Melody:


Irfan Makki & Maher Zain



Arrangement:


Maher Zain




http://3.bp.blogspot.com/-FroA9n_rSdM/TgTsOIZzQ4I/AAAAAAAABJU/DHZU1SufjZ0/s1600/maher+zain+featuring+irfan+makki+i+believe.jpg



p/s:

Lagu ini begitu indah….

^_~


Isnin, 24 Oktober 2011

Keikhlasan hati meningkatkan amal ibadat



~ Sifat ikhlas

adalah pokok segala

kebahagiaan ~



Sifat ikhlas adalah pokok segala kebahagiaan. Sesuatu kerja yang tidak lahir dari hati ikhlas, nescaya tidak menghasilkan buah, malah boleh merugikan. Ingatlah, amal tanpa disertakan dengan keikhlasan hati, tidak menghasilkan pahala di sisi Allah swt.



Orang yang tidak mempunyai keikhlasan hati umpama berdiri di tempat gelap tidak mempunyai lampu cahaya untuk meneranginya, tidak mempunyai sayap untuk terbang tinggi. Dia bekerja hanya untuk dorongan hawa nafsu.



Jika itu niatnya, dia akan jatuh ke lembah kebinasaan dan kehinaan. Tuhan memerintahkan kita supaya beramal dan beribadat dengan keikhlasan hati. Segala pengabdian diri terhadap Allah Swt hendaklah dilakukan seikhlas-ikhlasnya dengan penuh kebenaran, keadilan, kebijaksanaan dan kesabaran.



Allah Swt memerintahkan kita supaya mengabdikan diri kepada-Nya dengan tulus ikhlas. Dalam erti kata kerjakan sesuatu amalan dan pekerjaan itu kerana Allah bukan sekali-kali disebabkan sesuatu atau seseorang, lebih-lebih bagi merebut ganjaran kebendaan.



Syeikh Al Khushairi seorang pengasas tasauf menerangkan bahawa ikhlas itu mengerjakan ibadah kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah. Ia bukan kerana untuk mencari kesayangan orang atau sesuatu hal lain.



Sifat keikhlasan hati yang menjadi pedoman kepada seseorang dalam pekerjaan atau perkhidmatan. Ia adalah alat yang menyampaikan cita-cita mulia.



Orang yang bekerja dengan penuh keikhlasan hati, tentu tidak mudah patah atau putus harapan. Tidak mudah putus asa. Dia tidak akan puas hati sebelum pekerjaan yang dilaksanakannya itu berhasil sepenuhnya.



Mereka dalam bekerja, teguh pendirian serta kuat hemah dan kemahuannya. Dia tidak akan tersinggung kerana celaan dan kritikan orang lain.



Dia tidak sombong kerana menerima pujian, tidak bangga kerana dinaikkan pangkat atau mendapat harta yang banyak dan kedudukan baik. Malah, orang yang bekerja dengan ikhlas, tetap terus berusaha hingga tercapai yang dicita-citakan. Dia tidak akan menghentikan kerja itu walaupun akan menghadapi rintangan, halangan dan menempuh pengorbanan besar. Hal ini kerana mereka mengharapkan keredaan Allah yang tidak ada batasannya.



Dalam hubungan ini Hujjatul Islam Imam Ghazali ada berkata; “Manusia semuanya mati, kecuali yang masih hidup ialah orang yang berilmu. Tetapi, umumnya orang yang berilmu itu sedang nyenyak tertidur kecuali yang jaga ialah orang berilmu dan beramal.



“Tetapi orang yang beramal itu pula sering tergoda atau terpedaya kecuali yang tidak terpedaya hanya orang yang ikhlas. Tetapi, ingatlah bahawa ikhlas itu berada dalam keadaan yang amat sulit ibarat telur di hujung tanduk.”



Demikian caranya Imam Ghazali memberikan gambaran terhadap sifat ikhlas itu. Oleh itu, kita harus yakin bahawa suatu amal yang dikerjakan dengan ikhlas, kesannya tetap abadi.



Jelasnya, sifat ikhlas dalam beribadah amat penting dan senjata yang tidak luntur bagi menghadapi gangguan syaitan.




Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti ::


Ukhwah.com


http://www.ukhwah.com/


Sabtu, 22 Oktober 2011

Berkorban dan bersyukur



http://3.bp.blogspot.com/-MVp4ojVag9g/Tpvpfv__CfI/AAAAAAAAAaI/J-DJwHvyUKU/s1600/Quran_Quotes_wallpaper.jpg



Berkorban dan bersyukur




Ibadat korban adalah sebagai tanda bersyukur kepada Allah
di atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita. - Gambar hiasan


PENGORBANAN adalah kalimah mulia dan keramat bagi mana-mana budaya dan masyarakat. Namun erti sebenar sebuah pengorbanan tidak semudah mengungkapkannya atau menyeru orang lain berkorban.



Pengorbanan dalam konteks semasa menuntut kepada pemahaman yang menyeluruh dan melampaui tafsiran konvensional bagi merasai matlamat sebenar di sebalik saranan berkorban yang ditegaskan oleh Allah SWT dalam al-Quran.



Firman Allah SWT yang bermaksud:


Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). (al-Kauthar: 1-3).



Sekiranya difahami maksud ayat di atas, segala nikmat yang diterima sama ada kebaikan yang banyak atau segala bentuk kelebihan yang dimiliki sewajarnya dizahirkan kesyukuran ke atas nikmat dan kelebihan tersebut dengan bersembahyang dan menyembelih korban untuk-Nya.



Malah untuk cakupan makna yang lebih luas, pengorbanan untuk menegakkan agama Islam di atas muka bumi merupakan tugas utama umat Islam. Ini kerana kita diberi oleh Allah SWT nikmat agama Islam, nikmat kehidupan yang bersyariat dan juga petunjuk serta bimbingan Allah SWT.



Umum memahami dan mengaitkan pengorbanan dengan bulan Zulhijjah dan Hari Raya Aidiladha yang disambut saban tahun.



Ini kerana ibadah korban yang disyariatkan khusus pada bulan tersebut dan berlakunya peristiwa perhimpunan berjuta-juta tetamu Allah di Mekah bagi menzahirkan kehambaan kepada-Nya pada tanggal 10 Zulhijjah. Sekali gus menandakan sambutan Hari Raya Aidiladha bagi seluruh umat Islam di dunia.



Pensyariatan ibadah korban bukan hanya sekadar melaksanakan aktiviti dan ritual keagamaan dengan penyembelihan binatang atau menunaikan haji di Mekah semata-mata. Namun maksud sebenar pensyariatan ibadah korban itu lebih luas.



Intisari dan pengajaran daripada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail mengungkap seribu makna dalam memahami erti sebuah pengorbanan.



Dengan memahami intipati dan maksud yang sebenar di sebalik pensyariatan ibadah korban, ia mampu menjadi titik tolak kearah perubahan diri yang sempurna serta mampu mendorong manusia ke arah mempersiapkan diri dengan azam dan matlamat yang lebih jitu dalam mendepani kehidupan yang lebih mencabar.



Rumusan mudah yang diperolehi dari intipati maksud pengorbanan ialah bersyukur dengan segala nikmat yang diperolehi dan sedia berkorban demi kebaikan dan kebahagiaan bersama.



Semakin banyak nikmat yang diterima sepatutnya semakin banyak ungkapan kesyukuran meniti di bibir manusia.



Semakin kita bersyukur maka Allah SWT pasti akan menambahkan lagi nikmat-Nya kepada kita.



Firman Allah SWT yang bermaksud:


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu:

"Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Ibrahim: 7).



Di sini kepentingan antara kesyukuran dengan pengorbanan jelas kelihatan apabila Allah SWT menjanjikan tambahan nikmat sekiranya kita bersyukur. Sekiranya kita bersyukur dengan menterjemahkannya dalam bentuk pengorbanan. Semakin kita berkorban maka semakin banyak kenikmatan yang bakal kita perolehi.



Perjuangan menegakkan syariat Allah SWT juga merupakan pengorbanan terbesar kerana ia adalah usaha menjadikan seluruh manusia dan makhluk di muka bumi dapat merasai nikmat keadilan dan kesejahteraan ajaran agama Islam. Ia menjadi manifestasi kesyukuran kita kepada Allah SWT yang dicerminkan melalui pengorbanan.



Contoh terbaik bagi umat Islam dalam memahami erti sebenar pengorbanan, tidak lain adalah junjungan mulia Rasulullah SAW. Baginda sentiasa berkorban demi kesejahteraan umatnya walaupun diri baginda terpaksa menanggung derita.



Pengorbanan baginda yang suci dalam memastikan Islam tertegak di muka bumi melambangkan pengorbanan teragung seorang utusan Allah.



Baginda bukan sahaja sanggup berkorban berjuang di medan perang bagi mempertahankan Islam, malah dalam urusan kehidupan seharian baginda penuh dengan pengorbanan bagi memastikan umatnya mendapat manfaat yang terbaik.



Pengorbanan Nabi



Sekiranya umat Islam menelusuri serta menghayati perit jerih pengorbanan nabi, pastinya umat Islam akan mampu mengembalikan kegemilangan ketamadunan Islam yang pernah mengalami zaman keemasannya suatu ketika dahulu.



Kegemilangan yang dikecapi suatu ketika dahulu merupakan manifestasi pengorbanan yang diasaskan oleh baginda dan kemudiannya disambung oleh para sahabat, tabien dan ulama-ulama selepasnya yang akhirnya membuahkan natijah kecemerlangan kepada umat Islam.



Sekiranya ditekuni dengan mendalam, sentiasa bersyukur dan rela berkorban sebenarnya adalah formula utama kepada kebahagiaan umat sejagat yang sering tidak kita sedari.



Segala masalah yang berlaku di sekeliling kita berpunca daripada kegagalan kita untuk bersyukur serta hilangnya kesanggupan untuk mengorbankan sesuatu yang kita sayangi walaupun sedikit.



Begitu juga keadaannya dengan realiti yang berlaku dalam dunia kini. Pelbagai masalah yang berlaku seperti peperangan, penindasan, kemusnahan dan huru-hara adalah akibat daripada tiadanya sifat untuk memberi atau dalam erti kata lain untuk berkorban.



Apatah lagi rasa syukur dilihat seolah-olah tiada lagi dalam sanubari manusia kerana masing-masing saling berusaha memenuhi keinginan diri walaupun terpaksa mengambil hak orang lain tanpa izin. Perasaan syukur hilang dan diganti dengan perasaan haloba kepada keuntungan dunia semata-mata.



Manusia lebih suka menuntut haknya daripada menunaikan hak orang lain. Justeru, pelbagai masalah timbul kesan akibat kegagalan kita memahami matlamat dan hikmah di sebalik sebuah pengorbanan.



Jika manusia sentiasa bersyukur dan sedia berkorban, natijahnya pasti menghasilkan keadaan dunia yang lebih aman dan damai. Bayangkan dunia di mana setiap orang sentiasa bersyukur dan sanggup berkorban demi kebaikan orang lain. Pada masa yang sama, orang lain pula dengan hati terbuka berkorban untuk saudaranya. Pastinya keamanan dan keharmonian akan mereka nikmati bersama.



Realiti manusia



Bagaimanapun, realitinya manusia sering alpa dengan nikmat dunia serta mementingkan diri sendiri. Manusia menjadi tamak haloba dan rakus dengan runtunan hawa nafsunya.



Masalah sosial yang menghimpit umat Islam akan selesai jika setiap anggota masyarakat menghayati makna pengorbanan dan kesyukuran dengan erti yang sebenarnya.



Ibu bapa dan keluarga sanggup berkorban mengawasi dan mengambil tahu keadaan anak-anak mereka. Masyarakat berkorban untuk bersama-sama mencegah kemungkaran dan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan para pemimpin negara sanggup berkorban bagi memastikan keamanan dan kedaulatan dalam negara sentiasa terpelihara.



Suatu kerugian yang amat besar jika saban tahun menjelang bulan Zulhijjah kita memperkatakan persoalan pengorbanan secara tersurat namun gagal memahami maksud sebenar di sebaliknya.



Justeru, seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa, keturunan dan warna kulit diseru untuk memahami dan menghayati sedalam-dalamnya erti sebuah pengorbanan agar kesan yang diperoleh menyeluruh.



Hikmah pengorbanan bukan hanya untuk dihayati oleh orang Islam sahaja malah sesuai dan relevan kepada seluruh umat manusia.



Jangan hanya demi kepentingan sendiri kita sanggup menuntut hak kita dan menafikan hak orang lain. Pasti orang lain sudah banyak berkorban untuk kita dan kita harus bersyukur dengan berterima kasih dan sedia berkorban untuk orang lain pula.



Semangat dan penghayatan yang mendalam tentang erti kesyukuran dan pengorbanan akan merintis ke arah suasana dan keadaan yang lebih aman dan harmoni.



Marilah kita bersama-sama membuka lembaran baru sempena Bulan Pengorbanan yang bakal menjelang dengan bersyukur atas segala nikmat yang dikecapi, serta menanam azam baru yang didasari semangat dan kesediaan kita untuk berkorban demi kepentingan bersama.




http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1020&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm



Jumaat, 21 Oktober 2011

Keinsafan Diri










KEINSAFAN DIRI

DISAAT YANG SEPI INI
KU DUDUK SEORANG DIRI
MEMOHON KEAMPUNAN DARI ILAHI

BAK LAUTAN BERGELOMBANG
SIANG MALAM PAGI JUGA PETANG
MENGHARAPKAN KETENANGAN
DARI TUHAN YANG ESA

BETAPA RIMBUNNYA DOSAKU
SEMUA TERLAKAR DILEMBAH USIAKU
SALAH DAN SILAP DIMASA YANG LALU
KINI KU SESALI

KU TIDAK LAYAK KESYURGAMU
NAMUN TAK SANGGUP KE NERAKAMU
KUTUNDUK SUJUD MERENDAH DIRI
KEMBALI PADAMU

CHORUS….

KU TETAP SETIA
PADAMU OH TUHANKU
AKAN KU PATUHI SEGALA
SURUHANMU

AKAN KU JAUHI
SEGALA LARANGANMU
ITULAH TANDA CINTA
CINTA ILAHI



ULANG CHORUS DAN RANGKAP 1

Ahad, 9 Oktober 2011

Sikap angkuh, sombong boleh jejaskan prestasi.




Sikap angkuh, sombong boleh jejaskan prestasi


Sikap bekerjasama dan saling membantu
bukan sahaja menaikkan nama organisasi
tetapi juga membuang sifat mazmumah seperti sombong.



ISLAM melarang umatnya bersifat bangga diri dan merendahkan orang lain. Sebaliknya hendaklah bersifat hormat menghormati antara satu sama lain. Ini kerana semulia-mulia manusia di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa.



Ia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).

(al-Hujurat: 13)



Kedudukan seseorang itu berbeza di sisi Allah kerana darjat takwa yang dimilikinya. Oleh sebab itu Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan membesar diri, lupa diri, bermegah-megah, bongkak sombong dan sebagainya.



Sifat sombong ini sangat bahaya dan sifat tersebut banyak membinasakan makhluk Allah sepanjang sejarah manusia di muka bumi ini.



Iblis sendiri diusir keluar dari syurga lantaran sifat sombongnya yang enggan sujud kepada Nabi Adam AS. Perdana Menteri Raja Firaun, Qarun, ditelan hidup-hidup ke dalam perut bumi bersama-sama dengan timbunan harta benda juga disebabkan kesombongannya.



Malah Firaun juga menemui ajal dalam keadaan yang hina kerana sifat sombong dan angkuhnya terhadap Allah SWT dan sebagainya.



Rasulullah SAW dalam hadisnya menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan sifat sombong dan bahayanya sifat tersebut.



Ia sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:


Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong, kemudian seseorang berkata: (Ya Rasulullah) sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus. Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan, (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain. (riwayat Muslim)


Sombong merupakan salah satu sifat mazmumah (tercela) dan sifat ini sangat dibenci oleh Allah SWT.


Sifat tercela ini merupakan jalan ke neraka yang menyebabkan tertutupnya pintu-pintu ke syurga. Ini kerana akhlak mulia itu merupakan jalan atau pintu untuk ke syurga.


Terlalu banyak keburukan bersifat sombong, antaranya tentu sekali dibenci dan dimurkai Allah SWT dan juga Rasulullah SAW. Orang yang sombong tidak mempunyai perasaan kasih sayang sesama saudaranya yang mukmin sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.


Selain itu, seseorang yang memiliki sifat sombong ini juga tidak terlepas dari suka berdendam dan perbuatan mahupun percakapannya tidak boleh di percayai atau diguna pakai.


Golongan ini juga bukan pemberi nasihat yang baik dan nasihatnya tidak boleh diyakini. Api kemarahan sentiasa marak dalam dirinya dan amat sukar untuk dikawal.


Sombong boleh berlaku dalam pelbagai situasi di antaranya di dalam sesebuah organisasi atau di tempat kerja. Sifat ini sering menimbulkan masalah dalam urusan kerja seharian di sesebuah syarikat. Jika tidak dibendung daripada awal ia akan menjadi barah dan akan merosakkan organisasi berkenaan.


Ada orang yang sombong kerana menganggap dirinya lebih tinggi atau mulia daripada orang lain kerana pangkat yang ada pada dirinya.


Ada orang angkuh kerana pengalaman di dalam kerjanya sehingga merasakan bahawa dia adalah di kalangan yang layak dirujuk dan ada juga orang yang membangga diri kerana kepandaian yang melebihi dari orang lain.


Ini semua adalah penyakit hati boleh merosakkan sesebuah organisasi.


Penyakit ini jika tidak dirawat daripada awal akan menjadi punca kepada masalah perpecahan hati, fikiran, pertembungan idea yang tidak sihat dan akhirnya boleh memberi kesan kepada kemerosotan prestasi kerja.


Ini berlaku kerana masing-masing merasa diri dan kerjanya sempurna sehingga tidak mahu menerima cadangan, teguran atau pembaikan.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...