:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Isnin, 26 September 2011

Mensyukuri Apa Yang Sewajibnya Disyukuri



Mensyukuri Apa Yang Sewajibnya Disyukuri





وَعَنْ اَلْمُغِيرَةِ بْنِ سَعِيدٍ - رضي الله عنه - عَنْ رَسُولِ اَللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ: - إِنَّ اَللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ اَلْأُمَّهَاتِ, وَوَأْدَ اَلْبَنَاتِ, وَمَنْعًا وَهَاتِ, وَكَرِهَ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ, وَكَثْرَةَ اَلسُّؤَالِ وَإِضَاعَةَ اَلْمَالِ - مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.



Daripada Mughirah bin Sa’id daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: “Sesungguhnya Allah mengharamkan derhaka kepada ibu-ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, dan tidak memberi tetapi meminta-minta. Dia tidak suka cakap kosong, banyak soal dan mengsia-siakan harta. (Al-Bukhari no: 5975, dan Muslim, no:593)



Huraian:



Islam menekankan nilai-nilai hidup yang tinggi dan utama dengan mendidik jiwa penganutnya dengan akhlak mulia dan melarang mereka dari perkara yang bertentangan dengannya. Perbuatan menderhaka kepada ibubapa, melakukan pembunuhan terhadap insan yang tidak berdosa, bersikap bakhil sehingga tidak memberi nafkah kepada yang berhak dan selalu meminta-minta walaupun dia tidak mempunyai hak merupakan punca utama keruntuhan kemanusiaan dan ini menafikan sifat bersyukur kepada Allah s.w.t. yang sentiasa memberikan ni’mat-ni’mat-Nya yang tidak terkira kepada manusia.




Dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w. menegaskan kepada kita bahawa perkara haram hendaklah dijauhi kerana ia adalah larangan Allah s.w.t. Mencerobohi larangan Allah bererti kita derhaka kepada-Nya dan ini akan mengundang kemurkaan dan azab-Nya. Ulama menyebutkan dua kaedah. Pertama, perintah melakukan sesuatu perkara bererti larangan melakukan sebaliknya. Kedua, larangan terhadap sesuatu perkara bererti ada perintah melakukan yang sebaliknya.




Merujuk kepada hadis ini, larangan terhadap perkara-perkara di atas membawa mesej supaya kita menjaga dan menyempurnakan lawan kepada larangan tersebut. Ini bererti, perintah supaya berbakti kepada ibubapa, mendidik anak-anak perempuan dengan baik dan menyempurnakan tanggungjawab dan kewajipan dengan sebaiknya. Setiap daripada perkara ini mempunyai sebab dan hikmah.




Perkara pertama: Sebab kewujudan manusia



Perintah supaya taat kepada ibubapa terhadap dalam beberapa ayat dan disebutkan bersekali dengan kewajipan beribadat kepada Allah s.w.t.



وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا



Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. (Surah al-Isra`: 23)



Ibu bapa sebab zahir kepada kewujudan seseorang dan sebab hakiki adalah Allah s.w.t. perkara ini ditekankan secara beriringan kerana apabila manusia tidak taat kepada ibubapanya maka pada hakikatnya dia tidak bersyukur kepada Allah yang menciptakannya melalui sebab kedua ibubapanya.



Kedua: Penerusan kepada kehidupan manusia



Anak merupakan hadiah pemberian Allah kepada pasangan suami isteri. Apabila mereka memperolehi zuriat makan jalur keturunan mereka akan berterusan sehingga kepada tempoh yang ditaqdirkan Allah s.w.t.



وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا



Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. (Surah al-Isra`: 31)



Menanam anak perempuan hidup-hidup adalah sebahagian dari adat jahiliah. Rasulullah s.a.w. mengubah adat ini dengan menyatakan kelebihan mereka yang mendidik anak-anak perempuan.



مَنْ ابْتُلِيَ مِنْ هَذِهِ الْبَنَاتِ بِشَيْءٍ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنْ النَّارِ



Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan maka mereka

menjadi tabir untuknya dari api neraka.

(Al-Bukhari dan Muslim)



Ketiga: mengetahui kewajipan dan tanggungjawab



Tidak boleh meminta-minta apa yang kita tidak berhak memperolehinya

dan tidak boleh menahan diri dari memberikan sebahagian dari harta kepada orang yang berhak.



إِنَّ الْإِنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا (19) إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا (20) وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا (21) إِلَّا الْمُصَلِّينَ (22) الَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَاتِهِمْ دَائِمُونَ (23) وَالَّذِينَ فِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ مَعْلُومٌ (24) لِلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ (25)




19. Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -20. apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; 21. dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; 22. kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang -23. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya; 24. dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum -25. bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta); (Surah al-Ma’arij: 19-25)




Mensyukuri ni’mat waktu



Sebahagian daripada perkara yang disebutkan dalam hadis berkait dengan penjagaan waktu maka wajib kita menjaganya. Dengan itu dengan cara mengelakkan diri dari cakap yang tidak berfaedah, desas desus, gossip, cakap-cakap kosong, banyak pertanyaan tentang perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada agama dan urusan hidup, termasuk persoalan ilmiah yang terlalu halus yang mendatangkan amalan.



Membazirkan harta juga termasuk dalam membazirkan waktu. Ini kerana harta tidak datang bergolek tetapi diusahakan dengan titik peluh dan ia tetap melibat masa untuk memperolehinya.



Pada hakikatnya harta adalah milik Allah s.w.t. manusia hanya menerima tanggungjawab untuk mengurus dan mentadbirnya dengan mengikut kaedah shara’ bukan pemilik mutlak.



وَآتُوهُمْ مِنْ مَالِ اللَّهِ الَّذِي آتَاكُمْ



Dan berilah kepada mereka dari harta Allah

yang telah dikurniakan kepada kamu.

(Surah al-Nur: 33)



Larangan dari mensia-siakan harta bermaksud membelanjakannya pada tempat yang tidak dishari’atkan. Ini kerana harta itu merupakan salah tonggak utama kehidupan manusia.



Allah s.w.t. menegaskan berhubung dengan harta anak yatim yang tidak diuruskan dengan baik.



وَلَا تُؤْتُوا السُّفَهَاءَ أَمْوَالَكُمُ الَّتِي جَعَلَ اللَّهُ لَكُمْ قِيَامًا



Dan janganlah kamu berikan (serahkan)
kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya
akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu,
(harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu
semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu;
(Surah al-Nisa`: 5)


Sabtu, 24 September 2011

Menangis dalam solat






Menangis dalam solat


SEMASA Ramadan lalu, saya ada mengikuti solat tarawih yang disiarkan secara langsung di televisyen. Dalam keadaan tertentu saya dapati imamnya akan menangis semasa membaca ayat-ayat al-Quran yang berkaitan azab Allah. Keadaan yang sama juga kadang kala berlaku di negara kita.


Persoalannya, adakah perbuatan menangis itu membatalkan solat dan jika tidak, setakat mana kita dibolehkan menangis dalam solat.



JAWAPAN:


Diharuskan menangis dalam solat kerana takutkan Allah SWT, takut akan seksanya serta takut amalan tidak diterima oleh-Nya. Ia merupakan sifat ahli takwa, yang sentiasa mendambakan keredaan dah kasih sayang-Nya yang Maha Agung.



Tidak semua kita yang mampu mengalirkan air mata dalam solat. Malahan hanya sedikit yang menangis dalam solat. Tangisan dalam solat sangat bermakna di hadapan Allah SWT.



Menangis dalam solat adalah antara ciri orang yang beriman kepada Allah swt, firman-Nya yang bermaksud:

...apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis. (Maryam: 58)



Abdullah bin Syirkhir berkata yang bermaksud:

"Aku melihat Rasulullah SAW mendirikan solat mendirikan solat sambil baginda teresak-esak bagaikan dadanya terdapat air yang sedang mendidih di dalam cerek". (riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasaie, dan al-Tirmidzi)



Begitulah apa yang digambarkan oleh para sahabat nabi SAW dalam memperakui sikap baginda dalam solat. Pernah juga diriwayatkan dalam beberapa athar bahawa tempat sujud baginda akan basah dek tangisan baginda dalam sujud. Baginda berpesan agar pembaca al-Quran itu menangis, kalau tidak boleh menangis buat-buatlah menangis.



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Bacalah al-Quran serta menangis ketika membacanya, jika kamu tidak dapat menangis maka buat-buatlah menangis. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).



Dalam banyak keadaan para sahabat menangis bersama Rasulullah SAW sama ada dalam solat, membaca al-Quran mahupun dalam keadaan umat Islam terhimpit dalam kesusahan. Ringkasnya, air mata, Rasulullah SAW dan para sahabat tidak dapat dipisahkan daripada al-Quran.



Firman Allah SWT yang bermaksud:

Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), Yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); Yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa Yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan (ingatlah) sesiapa Yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepada-Nya. (al-Zumar: 23)



Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini menjelaskan bahawa di antara sifat-sifat al-abrar adalah mereka yang memiliki sifat-sifat yang dimiliki oleh para sahabat antaranya; apabila dibacakan ayat-ayat Allah (al-Quran) kulit badan mereka bergementar, kemudian menjadi luluh bersama kalbunya untuk berzikir kepada Allah SWT.



Mereka tidaklah berteriak seperti kena hasutan dan menangis yang dibuat-buat, akan tetapi mereka memiliki ketegaran, keteguhan dan kesopanan dan rasa takut yang tidak akan ada menyamai sifat seperti itu.



Oleh sebab itulah mereka beroleh kepujian yang sangat tinggi di sisi Allah SWT.

(Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim, jld: 4, hlm: 51)



Tidak semudah yang disangka bagi air mata mengalir di dalam mengenang nasibnya di hadapan Rabbul Jalil. Seseorang yang menangis di dalam solat kerana Allah SWT maka solatnya tidak batal selagi mana tangisannya tidak mengeluarkan suara yang kuat, seperti meraung sehingga mengganggu orang lain atau didengari oleh orang lain.



Sebab itu dalam banyak keadaan kita akan dapati imam-imam di Masjid Haram mahupun masjid-masjid yang lain apabila mereka mula menangis mereka akan cuba mengawal suara supaya tidak terkeluar suara tangisan yang kuat.



Bagi mengelakkan suara mereka tidak terkawal biasanya mereka akan berhenti bagi menenangkan perasaan sebelum menyambung bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Maksudnya tangisan dalam solat harus dikawal supaya tidak melampuai keharusan.



Kadang-kadang saya hairan melihat jemaah yang solat bersama imam-imam di masjid al-Haram, bila imam menangis mereka pun turut menangis, kalau yang menangis itu jemaah dari kalangan orang arab mungkin kerana mereka turut faham sebab itulah mereka menangis, tapi kalau jemaah yang bukan berbangsa arab, yang tidak mempelajari bahasa arab juga turut menangis, kenapa?



Jawapannya ialah mukjizat al-Quran, nur al-Quran, ayat-ayat yang menembusi telinga manusia dan singgah di sanubari yang memang secocok dan rindukan al-Quran.



Itulah antara sebab kenapa yang tidak faham al-Quran juga turut menangis. Mata yang menangis di dalam solat dan ketika membaca al-Quran hanya kerana takutkan Allah SWT akan menjadi hujah di hadapan Allah SWT.


Selasa, 20 September 2011

Tangan Kanan vs Tangan Kiri





http://1.bp.blogspot.com/-O-OURVtgvyI/TZmK_VHuskI/AAAAAAAAAqI/xKq6ajjHSHo/s1600/JARI-TANGAN.jpg




Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a,

sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda,

"Apabila salah seorang di antara kamu makan,

hendaklah dia makan

dengan menggunakan tangan

kanannya dan apabila dia minum

hendaklah dia minum dengan menggunakan

tangan kanannya kerana sesungguhnya

syaitan itu, dia makan dengan

menggunakan tangan kirinya dan minum juga

dengan menggunakan tangan kirinya."


(Hadis riwayat Imam Muslim)

Ahad, 18 September 2011

Ayat Penggerak




DOA PELINDUNG & PENGGERAK




DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN

DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)



Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya
sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita.
Doa yang dimaksudkan seperti
Sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut:






Rasulullah s.a.w. mengajarkan
kepada umatnya satu doa yang jika dibaca
tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang
maka akan terhindarlah kepada yang membacanya
daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.
Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut:






Jika kita amalkan doa yang tersebut di atas,
insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan.
Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;



1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.


2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.


3. Selamat dari bahaya.


4. Tidak melarat, Menjadi Senang.




Keuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya



Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
menamakan doa ini
sebagai ”Ayat Pengerak”
kerana dengan membaca doa ini
boleh mengerakkan hati kita
untuk meneruskan atau tidak
bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja
yang berbahaya.




Tuan Guru memberikan petua bagaimana
untuk beramal dengan doa ini seperti berikut:



• Bila hendak memulakan perjalanan
samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh,
mengembara ke tempat yang telah biasa
ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya
atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan
yang mungkin biasa atau berisiko
seperti masuk hutan untuk berburu, memancing,
menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan,
dan seumpamanya, maka sebelum itu
bacalah doa ini sebanyak tujuh kali.
InsyaAllah, Allah s.w.t akan melindungi kita
daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan
dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.





• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa
atau ketika sedang membaca ada gangguan
seperti gangguan telefon berdering, gangguan daripada anak-anak,
gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa
dan sebagainya yang menyebabkan
kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu.
Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut.
Setelah berehat beberapa ketika,
baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan.
Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar
baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut.
Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan
sedangkan bacaannya tidak lancar,
mengikut pengalaman Tuan Guru,
kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin
ada di hadapan kita.





Perlu diingatkan di sini bahawa,
insyaAllah kita boleh terlepas
daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq
iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah
dengan kita berusaha melalui berdoa kepadaNya.
Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram
iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah
seperti mati maka kalau ajal telah tiba
kita membaca doa ini seribu kali sekali pun
pasti kita akan mati.





Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan





Makanan dan minuman yang masuk ke tubuh badan kita
sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun.
Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek
tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan
untuk jangkamasa panjang.





Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini
dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya
adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman.
Untuk mengelakkan makanan yang kita makan
membawa mudarat kepada tubuh badan
adalah disarankan agar mengamalkan doa ini
sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah
apa sahaja makanan dan minuman.
Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini
semua makanan dan minuman yang halal,
yang dimakan dan diminum
tidak memudaratkan tubuh badan kita.





Terhindar Daripada Sihir




Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir
hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik
akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t.
dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka
selama-lamanya melainkan jika sempat
bertaubat sebelum mati.





Kesan perbuatan sihir
boleh terkena kepada sesiapa sahaja
dengan izin Allah s.w.t.




Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti
memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir
adalah untuk tujuan khianat yang boleh
memudaratkan seseorang dan sesetengahnya
boleh membawa maut.
Ada perbuatan sihir yang sememangnya
ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki,
dan ada juga yang terkena sihir dengan
tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja
termakan makanan dan minuman
yang mengandungi santau.





Pengalaman penulis
berhenti makan dengan seorang sahabat
di sebuah gerai makan.
Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya.
Ketika hendak menjamah makanan,
tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua.
Dalam peristiwa yang lain,
sahabat penulis itu menceritakan
dia pernah minum di sebuah restoran
di mana gelas ditangannya pecah
sebelum sempat sampai ke mulutnya.
Kedua-dua kejadian ini berlaku
kerana makanan dan minuman tersebut
ada mengandungi sihir santau.
Dia terhindar daripada mudarat sihir
dengan berkat beramal dengan doa ini
setiap kali sebelum
menjamah makanan dan minuman.



Dalam hal yang lain pula,
ada juga sihir digunakan untuk tujuan
melariskan jualan makanan.
Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan
ke dalam makanan yang menyebabkan
sesiapa yang menjamah makanan tersebut
akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap.
Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah.....
kita hanya akan merasa yang asal
tanpa dipengaruhi faktor lain.





Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus





Apabila kita pergi ke sesuatu tempat
yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus
berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasik,
di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan
dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini.
Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah ...
mereka tidak berjaya untuk mengusik,
menakut-nakutkan dan memudaratkan kita.





Satu perkara yang penting juga,
apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas,
kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk
ke dalam rumah kita tanpa kita sedari.
Jika kita mempunyai anak-anak kecil
mereka mudah diganggu oleh makhluk ini,
akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti.
Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita,
bacalah doa ini tiga kali
kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk
ke dalam rumah.





Di dalam hadis yang tersebut di atas,
Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali,
dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.





Semoga memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, InsyaAllah.





Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin






HADIS MENGENAI UBAN DALAM ISLAM





Uban adalah Cahaya Bagi Seorang Mukmin



Al Baihaqi membawakan sebuah fasal dengan judul “larangan mencabut uban”. Lalu di dalamnya beliau membawakan hadits dari ‘Abdullah bin ‘Umar.



Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:




“Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin.
Tidaklah seseorang beruban (walaupun sehelai)
dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung
sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya.”




(HR Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman.
Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir
mengatakan bahwa hadits ini Hasan).




الشيب نور المؤمن لا يشيب رجل شيبة في الإسلام إلا كانت له بكل شيبة حسنة و رفع بها درجة




Muhammad bin Hibban At Tamimi rahimahullah
(yang lebih dikenali dengan Ibnu Hibban)
dalam kitab Shahihnya menyebutkan pembahasan
“Hadits yang menceritakan bahawa Allah akan mencatat
kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan
meninggikan darjat seorang muslim kerana uban
yang dia jaga di dunia.”





Lalu Ibnu Hibban membawakan hadits berikut.




Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:







“Janganlah mencabut uban kerana uban
adalah cahaya pada hari kiamat nanti.
Siapa saja yang beruban dalam Islam
walaupun sehelai, maka dengan uban itu
akan dicatat baginya satu kebaikan,
dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan,
juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.”




(HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya.
Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan
bahwa sanad hadits ini hasan)





لا تنتفوا الشيب فإنه نور يوم القيامة ومن شاب شيبة في الإسلام كتب له بها حسنة وحط عنه بها خطيئة ورفع له بها درجة





Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya,
dari datuknya berkata bahawa
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:




لَا تَنْتِفُوا الشَّيْبَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَشِيبُ شَيْبَةً فِي الْإِسْلَامِ إِلَّا كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ





“Janganlah mencabut uban.
Tidaklah seorang muslim
yang beruban dalam Islam walaupun sehelai,
melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya
baginya pada hari kiamat nanti.”




(HR. Abu Daud dan An Nasa’i.
Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shagir
mengatakan bahwa hadits ini shahih)




Dari Fudholah bin ‘Ubaid,
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:







“Barangsiapa memiliki uban di jalan Allah
walaupun hanya sehelai, maka uban tersebut akan menjadi
cahaya baginya pada hari kiamat.”




Kemudian ada seseorang yang berkata
ketika disebutkan hal ini:




“Orang-orang pada mencabut ubannya.”



Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda:


“Siapa saja yang ingin,
silakan dia memotong cahaya (baginya di hari kiamat).”



(HR. Al Bazzar, At Thabrani dalam Al Kabir
dan Al Awsath dari riwayat Ibnu Luhai’ah,
namun perawi lainnya tsiqoh (terpercaya).
Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targib wa At Tarhib
mengatakan bahwa hadits ini hasan)





مَنْ شَابَ شَيْبَةً فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَانَتْ نُورًا لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَقَالَ رَجُلٌ عِنْدَ ذَلِكَ فَإِنَّ رِجَالًا يَنْتِفُونَ الشَّيْبَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَاءَ فَلْيَنْتِفْ نُورَهُ




Perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:




“Siapa saja yang ingin,
maka silakan dia memotong cahaya
(baginya di hari kiamat)”;
tidak menunjukkan bolehnya mencabut uban,
namun bermakna ancaman.
Rambut uban mana yang dilarang dicabut?
Larangan mencabut uban mencakupi uban
yang berada di kumis,
janggut, alis, dan kepala.





(Al Jami’ Li Ahkami Ash Shalat,
Muhammad ‘Abdul Lathif ‘Uwaidah,
1/218, Asy Syamilah)





Apakah hukum mencabut uban haram atau makruh?
Para ulama Malikiyah, Syafi’iyah, dan Hanabilah berpendapat bahwa mencabut uban adalah makruh. Abu Dzakaria Yahya bin Syarf An Nawawi rahimahullah mengatakan,
“Mencabut ubat dimakruhkan berdasarkan
hadits dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya.





Para ulama Syafi’iyah mengatakan bahwa mencabut uban
adalah makruh dan hal ini ditegaskan oleh
Al Ghazali sebagaimana penjelasan
yang telah dinyatakan.
Al Baghowi dan selainnya mengatakan
bahawa seandainya mahu dikatakan haram
kerana adanya larangan tegas
mengenai hal ini, maka ini juga benar
dan tidak mustahil.
Dan tidak ada bezanya antara
mencabut uban yang ada di janggut dan kepala
(iaitu sama-sama terlarang).



(Al Majmu’ Syarh Al Muhadzdzab, 1/292-293, Mawqi’ Ya’sub)





Namun jika uban tersebut terdapat
di janggut atau pada rambut yang tumbuh di wajah,
maka hukumnya jelas haram kerana perbuatan tersebut
termasuk An Namsh yang dilaknat.
Dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu,
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:







“Allah melaknat riba, pemakan riba,
orang yang menyerahkannya (nasabah),
orang yang mencatatnya
dan yang menjadi saksi dalam
keadaan mereka mengetahui
(bahawa itu riba).





لعن الله الربا و آكله و موكله و كاتبه و شاهده و هم يعلمون و الواصلة و المستوصلة و الواشمة و المستوشمة و النامصة و المتنمصة





Allah juga melaknat orang yang
menyambung rambut dan yang meminta
disambungkan rambut, orang yang membuat
tato dan yang meminta ditato,
begitu pula orang yang mencabut rambut
pada wajah dan yang meminta dicabut.”




(Diriwayatkan dalam Musnad Ar Robi’ bin Habib.
Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shagir
mengatakan bahawa hadits ini shahih)





Syaikh Muhammad bin Sholeh Al Utsaimin rahimahullah mengatakan,




“Adapun mencabut uban dari janggut
atau uban dari rambut yang tumbuh di wajah,
maka perbuatan seperti ini diharamkan
kerana termasuk an namsh.
An namsh adalah mencabut rambut
yang tumbuh di wajah dan janggut.
Padahal terdapat hadits yang menjelaskan
bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
melaknat orang yang melakukan An Namsh.”





(Majmu’ Fatawa wa Rosa’il Ibnu ‘Utsaimin,
11/80, Asy Syamilah)






Kesimpulannya hukum mencabut uban
dapat dikatakan haram kerana
ada dalil tegas mengenai hal ini,
sedangkan majoriti ulama mengatakan
hukumnya adalah makruh.





Namun sebagai seorang muslim
yang ingin selalu mengikuti petunjuk
Nabinya shallallahu ‘alaihi wa sallam
dan agar tidak kehilangan cahaya
di hari kiamat kelak,
maka seharusnya seorang muslim
membiarkan ubannya
(tidak perlu dicabut).






Dengan inilah dia akan mendapat tiga keutamaan:




[1] Allah akan mencatatnya kebaikan.




[2] dan menghapuskan kesalahan serta





[3] akan meninggikan darjat
seorang muslim kerana
uban yang dia jaga di dunia.






Namun, jika uban tersebut
berada pada janggut atau rambut
yang tumbuh di wajah,
maka ini jelas haramnya.






Wallahu a’lam.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...