:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Khamis, 17 Mac 2011

Dugaan Menghapuskan Dosa







Dugaan Menghapuskan Dosa


Hadith :

Dari Abdullah r.a katanya:

”Aku datang mengunjungi
Rasulullah s.a.w
ketika beliau sakit,
lalu kusentuh baginda
seraya berkata:
”Ya Rasulullah!
Demam anda
bertambah teruk.”
Jawab baginda,
”Memang demamku
sama dengan demam
dua orang kamu.
Kataku pula,
“Semoga anda mendapat
pahala berganda pula.”
Jawab baginda:
”Semoga!”
Kemudian Sabda
baginda pula:
”Tidak ada
seorang muslim yang
ditimpa cubaan berupa sakit
dan sebagainya
melainkan dihapuskan
Allah Taala dosa-dosanya,
seperti pohon kayu
menggugurkan daunnya.”



(Muslim)





Huraian



Segala bencana, penyakit,
kesusahan atau kerunsingan yang
menimpa tubuh badan atau akal fikiran
seseorang mukmin adalah
menjadi "kaffarah" (penghapus)
kekotoran dosa dan kesalahan orang
yang ditimpa bencana itu.





Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bahawa besarnya sesuatu balasan itu
menurut besarnya sesuatu bencana ujian;
dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka,
kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda,
maka dia akan beroleh keredaan Allah,
dan sesiapa yang bersikap keluh kesah
serta benci menerima ujian itu,
maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah."

(at-Tirmidzi dan Ibn Majah)



Rabu, 16 Mac 2011

Budaya kerja mengikut kehendak Islam


Ciri-ciri budaya kerja ikut kehendak Islam



Berakhlak baik, disiplin, semangat muafakat mekanisme penting tingkat prestasi organisasi




MEMANTAPKAN budaya kerja Islam menyentuh sikap amanah serta pencapaian dalam kerja, sangat relevan untuk pekerja Muslim berperanan dalam arus perdana ekonomi negara, menepati tuntutan Model Baru Ekonomi (MBE).




Islam sebagai agama yang memandu kehidupan Muslim sudah pasti mengemukakan budaya kerja tersendiri yang menepati falsafah dan nilai etika untuk menyusun dan menjalani kerja dalam sebuah masyarakat.




Pertama, membabitkan diri dalam sesuatu pekerjaan adalah wajib bagi setiap orang Islam kerana berkecimpung dalam urusan pekerjaan dianggap sebagai tuntutan keagamaan, kerja itu ibadat.



Menepati kehendak agama, pekerja Muslim seharusnya berusaha meningkatkan prestasi kerja dan ini memerlukan usaha mewujudkan satu budaya mempertingkatkan mutu kerja yang berterusan.



Budaya kerja Islam membina kekuatan melalui mekanisme dalaman iaitu menghubungkan usaha dan melaksana pekerjaan sebagai tuntutan agama. Tahap keimanan dan prestasi kerja mempunyai hubung kait yang rapat.



Usaha ke arah matlamat itu adalah jihad kerana membina kekuatan ekonomi oleh masyarakat Islam melalui peningkatan mutu kerja tuntutan yang utama dalam dunia hari ini. Tanpa kekuatan ekonomi, umat Islam akan terus dijajah.



Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah suka seseorang daripada kamu apabila melakukan sesuatu kerja, maka dia melakukannya dengan penuh ketelitian dan dengan sebaik-baiknya.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi) Mekanisme dalaman akan merangsang pekerja Muslim tetapi malangnya, pekerja Muslim tidak memahami Islam secara sempurna dan melihat usaha meningkat mutu prestasi kerja sebagai sesuatu yang berpisah daripada paksi agama.



Ada yang berpendapat ia urusan kebendaan dan melalaikan umat Islam kepada tuntutan akhirat. Fahaman ini perlu diperbetulkan.



Kedua, Islam turut menyarankan pekerja menghayati tuntutan akhlak dalam pekerjaan. Akhlak menuntut pekerja beramanah dan berintegriti dalam menyusun serta melaksana urusan pekerjaan. Menghayati akhlak luhur membolehkan pekerja Muslim berprestasi dengan baik.



Islam melihat tuntutan akhlak sebagai sesuatu yang positif dan dinamik. Akhlak membentuk sikap dan daya penggerak positif kepada kemajuan pekerja dari pelbagai segi. Oleh itu agama menuntut umatnya supaya kreatif dan bersikap proaktif. Tanpa budaya akhlak yang tinggi, prestasi kerja akan menghadapi kemelesetan.



Ketiga, budaya kerja Islam memberi tekanan tinggi kepada amalan disiplin. Umat Islam sepatutnya, melalui penghayatan ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji memiliki disiplin yang tinggi. Masyarakat tanpa disiplin akan mundur. Kemunduran ekonomi membuka ruang pelbagai masalah lain kepada umat.



Islam memberi perhatian khusus mengenai pengurusan masa dan sumber pembuatan. Islam mengutuk sekeras-kerasnya mereka yang tidak mengguna kuasa dengan berkesan dan menghormati masa.



Keempat, Islam turut mendidik pekerja Muslim bekerja secara muafakat dan berpasukan. Semangat ini jika dihayati sepenuhnya akan mampu meningkat prestasi kerja keseluruhan warga organisasi. Memandangkan kebanyakan kerja dilaksana melalui organisasi, budaya kerja berpasukan sangat dituntut oleh setiap organisasi.



Jika sesebuah organisasi itu besar dari segi saiz pekerjanya sudah pasti kemajuan organisasi bergantung kepada kerja bermuafakat. Matlamat ini bukan terhad kepada perhubungan individu pekerja tetapi membabitkan bagaimana proses sistem kerja dibentuk.



Kesemua aspek yang membolehkan tugasan dilaksana secara harmoni memerlukan kebijaksanaan merancang kerja dan kesediaanbekerja dengan semangat muafakat.



Pembudayaan budaya kerja cemerlang seperti dikehendaki Islam, pekerja dan organisasi Muslim akan mampu berada di arus perdana ekonomi negara. Dengan tercapainya kejayaan itu, ia adalah permulaan kepada pekerja dan organisasi Muslim untuk berperanan di peringkat antarabangsa.



Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ciri-ciribudayakerjaikutkehendakIslam/Article




Selasa, 15 Mac 2011

Tanda-tanda Kiamat.






PERSELISIHAN DAN GEMPA BUMI

TANDA-TANDA KIAMAT DAN KEHADIRAN IMAM MAHADI




Saudaraku, dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW menyatakan terdapat dua fenomena menjelang diutusnya Imam Mahdi ke dunia. Pertama, gejala sosial berupa perselisihan antara manusia dan kedua, bencana alam berupa gempa bumi yang berlaku silih berganti.



Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah umatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad)


Sebahagian ulama menggolongkan tanda Kiamat berupa diutusnya Imam Mahdi ke tengah umat sebagai 'Tanda Penghubung' antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat. Ertinya, kedatangan Imam Mahdi tidak termasuk tanda-tanda kecil Kiamat, namun tidak juga digolongkan ke dalam tanda-tanda besar Kiamat. Kedatangan Imam Mahdi menunjukkan telah banyak munculnya tanda-tanda kecil Kiamat. Dan pada saat yang sama, kedatangan Imam Mahdi menandakan sudah dekatnya akan munculnya tanda-tanda besar Kiamat yang akan muncul dan berjumlah sepuluh tanda.



Para ulama telah membahagikan tanda-tanda Kiamat ke dalam dua kelompok. Ada tanda-tanda kecil Kiamat dan tanda-tanda besar Kiamat. Tanda-tanda kecil berjumlah sangat banyak dan umumnya datang lebih awal. Sedangkan tanda-tanda besar datang kemudian dan berjumlah sepuluh. Tanda kecil yang paling awal berupa 'diutusnya Nabi Muhammad ke muka bumi'. Semenjak peristiwa agung itu, dunia menyaksikan bermunculan berbagai tanda-tanda kecil Kiamat berikutnya. Hingga dewasa ini sudah banyak sekali tanda-tanda kecil Kiamat yang disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW telah menjadi realiti. Di antara tanda-tanda kecil Kiamat tersebut ialah:



1. Bila manusia mulai membunuh (meninggalkan) solat

2. Bila sifat amanah telah lenyap

3. Bila berdusta dihalalkan

4. Bila manusia memakan riba

5. Bila amalan rasuah bermaharajalela

6. Bila bangunan-bangunan tinggi pencakar langit muncul

7. Bila manusia memperturutkan hawa-nafsu

8. Bila manusia menjual agamanya untuk membeli dunia

9. Bila menumpahkan darah dianggap perkara ringan

10. Bila perilaku lemah-lembut dianggap sebagai sebuah kehinaan

11. Bila kezaliman menjadi suatu kebanggaan

12. Bila para pemimpin dan pembesar merupakan orang paling buruk

13. Dan bila para pembantu dan orang-orang kepercayaan pemimpin merupakan orang-orang fasiq

14. Bila para cendekiawannya merupakan orang-orang fasiq

15. Bila kezaliman bermaharajalela

16. Bila thalaq (perceraian) banyak terjadi

17. Bila muncul fenomena kematian mendadak

18. Bila mushaf Al-Qur’an dicetak dengan hiasan yang indah-indah

19. Bila masjid dibangunkan untuk bermegah-megah

20. Bila mimbar-mimbar masjid dibuat tinggi

21. Bila hati manusia menjadi kesat

22. Bila banyak perjanjian dan transaksi dilanggar

23. Bila peralatan muzik banyak dibunyikan

24. Bila khamar (arak) banyak diminum

25. Bila zina bermaharajalela

26. Bila pengkhianat diberi kepercayaan, dijadikan pemimpin

27. Bila orang yang amanah dianggap pengkhianat

28. Bila isteri terlibat dalam perniagaan suami kerana cintakan dunia

29. Bila salam hanya diucapkan kepada orang yang dikenali

30. Bila pasar-pasar (mall, plaza, hypermarket) muncul berdekatan

31. Bila manusia mengenakan baju domba sebagai penutup hati serigala

32. Bila hati manusia lebih busuk daripada bangkai

33. Bila manusia sudah berkata: ”Tidak ada Imam Mahdi.”



Tanda-tanda di atas hanya merupakan sebahagian saja dari seluruh tanda-tanda kecil Kiamat. Bila kita kaitkan dengan realiti masyarakat dunia dewasa ini, jelas terlihat bahawa seluruh tanda-tanda kecil di atas telah menjadi kenyataan!



Maka, saudaraku, perlu kita sedari bahawa dunia benar-benar telah mencapai usia senja. Kemunculan tanda-tanda kecil bererti kita sudah harus bersiap sedia menyongsong datangnya tanda-tanda besar Kiamat. Dan jangan lupa, sebahagian ulama mengatakan bahawa tanda besar pertama, yaitu keluarnya Dajjal, tidak akan terjadi sebelum munculnya tanda penghubung antara tanda-tanda kecil dengan tanda-tanda besar Kiamat. Tanda penghubung itu ialah diutusnya seorang lelaki dari keturunan Nabi Muhammad SAW yang akan memenuhi dunia dengan keadilan dan kejujuran setelah dunia diliputi dengan kezaliman dan penganiyaan. Lelaki itulah yang dikenal sebagai Imam Mahdi.



Sabda Rasulullah SAW: Andaikan dunia tinggal sehari, sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (HR Abu Dawud)



Lalu, bilakah Imam Mahdi bakal dihadirkan Allah ke tengah umat? Hadis di awal tulisan inilah yang cukup jelas memberikan petunjuk bahawa kehadirannya sudah hampir:



Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad)


Bila dunia telah dihiasi dengan dua fenomena nyata, yaitu fenomena sosial berupa perselisihan antara manusia yang sangat jelas dan fenomena alam iaitu banyaknya gempa bumi, maka itu menunjukkan dekatnya kehadiran Imam Mahdi ke tengah umat. Sedangkan kedua fenomena tersebut dewasa ini sudah sangat jelas. Perselisihan antara manusia dewasa ini sudah sangat ketara.



Demikian pula dengan fenomena gempa bumi. Begitu dahsyat terjadi belakangan ini. Sehingga diberitakan bahawa sepanjang bulan Oktober 2009 di Indonesia saja telah terjadi sebanyak 54 gempa...!! Bagi anda yang tertarik akan hal ini silakan layari www.USGS.com. Website ini melaporkan setiap gempa yang terjadi di berbagai titik di seluruh dunia lengkap dengan info skala richter-nya. Anda akan terkejut mendapati fakta bahawa sekitar lima hingga sepuluh tahun kebelakangan ini frekuensi gempa meningkat secara mendadak..!!



Maka, saudaraku, marilah kita siapkan diri dan keluarga kita menyongsong kehadiran Al-Mahdi. Pengertiannya adalah mari kita bersiap untuk segera mematuhi perintah Rasulullah dalam kaitan dengan kehadirannya.



Sabda Rasulullah SAW: “Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Abu Dawud)


Saudaraku, berdasarkan hadis di atas, kita umat Islam diperintahkan untuk bersegera bergabung ke dalam barisan Al-Mahdi ketika ia telah hadir. Lalu ungkapan walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji mengisyaratkan bahawa hal itu tidak mudah untuk dilaksanakan.



Saudaraku, marilah kita tingkatkan iman, ilmu dan amal kita agar pada hari itu kita tidak termasuk di pihak yang salah. Oleh kerananya, walaupun perselisihan antara manusia serta gempa bumi merupakan perkara yang tidak kita sukai, namun Nabi SAW menyebutnya sebagai 'khabar gembira'. Sebab bersamaan dengan itu umat Islam akan memiliki pemimpin yang dilantik secara langsung oleh Allah SWT. Sedangkan kehadirannya merupakan tanda awal beralihnya dunia dari lembaran sejarah penuh penganiayaan dan kezaliman menuju peradaban penuh keadilan dan kejujuran.



Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang?(QS Muhammad: 18)



(Sumber: Internet)

Penghuni Syurga Ialah Sebaik-baik Muslim






Penghuni Syurga Ialah Sebaik-baik Muslim


Hadith :

Dari Abdullah, katanya:

Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami:

” Tidakkah kamu gembira bahawa
seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?”
Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah.
Kemudian berkata pula beliau:
” Tidakkah kamu gembira bahawa
sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?”
Kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi.
Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata:
” Sesungguhnya saya mengharap bahawa
seperdua dari penghuni syurga itu dari kamu.
Dan ketahuilah!
Bahawa bandingan jumlah
kaum Muslimin dengan kaum kafir itu,
laksana sehelai bulu putih
ditubuh sapi hitam atau
sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.”



(Muslim)






Huraian



Umat Islam seharusnya bersyukur
kerana dikurniakan hidayah dalam
memeluk agama yang benar dan diredhai Allah SWT.



Namun fenomena hari ini
memperlihatkan kepada kita bahawa
tidak semua yang menganut Islam itu
benar-benar menghayati ajaran agamanya
bahkan ada juga yang memilih agama lain (murtad).





Betapa mudahnya iman mereka tergoyah
dek kerana godaan dan hasutan duniawi.
Oleh itu benarlah seperti sabda Rasulullah SAW
bahawa umat Islam itu ramai
namun nilaian mereka hanyalah
seperti buih-buih di lautan
yang tidak mendatangkan apa-apa kesan.
Mereka mudah dipermain-mainkan
oleh pihak musuh bahkan mereka sendiri
bertelagah di antara satu sama lain.





Justeru meskipun peluang untuk kita
menghuni syurga Allah amat besar
namun peluang tersebut tidak direbut
oleh semua orang.
Ramai yang berebut mengejar nikmat dunia
yang sedikit ini berbanding dengan
nikmat akhirat yang jauh lebih besar.
Kesesatan manusia hari ini
tidak mustahil membuatkan iman mereka
semakin kurang yang akhirnya
cara hidup mereka seolah-olah
tiada bezanya lagi dengan orang yang kafir.




Isnin, 14 Mac 2011

Kiamat Sudah Dekat!








Kiamat Sudah Dekat!
Hadith :

Diriwayatkan daripada Anas r.a,
Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:

” Di antara tanda-tanda datangnya hari kiamat ialah

1) Ilmu agama akan diambil kembali

(dengan meninggalnya para ulama’)


2) Ketidaktahuan (terhadap agama) merajalela


3) Meminum minuman beralkohol (telah menjadi kebiasaan)


4) Zina dilakukan secara meluas dan terbuka.”






Huraian

Berkata Ali bin Abi Talib:
“Akan datang suatu masa, Islam itu hanya akan tinggal
namanya sahaja, agama hanya bentuknya sahaja,
al-Quran hanya dijadikan bacaan sahaja,
mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu
sunyi dari zikir menyebut nama-nama Allah.



Orang yang paling buruk pada zaman itu ialah
para ulama, dari mereka akan timbul
fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga
dan semua yang tersebut adalah
tanda-tanda hari kiamat."




Manusia akhir zaman akan menghadapi
pelbagai ujian sehingga apa yang berlaku
amat tidak masuk akal seperti binatang manusia itu
dikatakan menjadi begitu sesat.



Jika dahulu Allah SWT menurunkan bala
di atas keterlaluan manusia yang melanggar
perintah-Nya maka sekarang manusia
seolah-olah tidak sedar bahawa
mereka sedang ditimpa bala.



Pengajaran demi pengajaran
tidak diambil endah.
Semua ini berlaku disebabkan
manusia tidak pernah merasa puas.




Mereka sanggup melakukan apa sahaja
untuk mencari kepuasan nafsu.
Ingatlah sesungguhnya
kita dilahirkan dalam keadaan menangis,
orang sekeliling tersenyum gembira.
Beramallah agar kita mati
dalam keadaan tersenyum,
orang sekeliling menangis
kerana peninggalan kita.








Sabtu, 12 Mac 2011

Penghuni Neraka Ramai Wanita


Penghuni Neraka Ramai Wanita



Hadis Sahih Muslim diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a:

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.

Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?

Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.

Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?

Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mengerjakan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.



Siapa penghuni syurga dan neraka?


Dari Haritsah bin Wahab r.a. katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Mahukah kamu sekelian kuberitahukan siapa penduduk syurga?” Jawab para sahabat, “Tentu, ya Rasulullah!” Sabda beliau, “Orang-orang daif(lemah) bila dihina (dizalimi) orang, lalu dia bersumpah dengan menyebut nama Allah (dan mendoa kepadaNya), maka doanya sungguh diperkenankan Allah.” Kemudian baginda bertanya pula, “ Mahukah kamu aku beritahukan siapa penduduk neraka?” Jawab mereka, “Tentu!” Sabda beliau, “Setiap orang yang kasar, cakap besar, angkuh, mewah tetapi kedekut dan sombong.”

- Hadis Muslim

Khamis, 10 Mac 2011

KISAH RASUL : ~ ADAM DIARAK MALAIKAT 100 TAHUN ~



http://4.bp.blogspot.com/_MNCnwN5OkwU/TH8uOGnyPfI/AAAAAAAABFo/wDIwMqJLGZg/s1600/adam.jpg


Pada suatu ketika, Allah menitahkan malaikat Jibril ke bumi mengambil sebahagian tanahnya mencipta Adam.

Tetapi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi bimbang Adam berbuat maksiat kepada Allah.

Lalu Jibril kembali menemui Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Kemudian, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi tetap sama dan Allah menitah pula malaikat Israfil, tetapi bumi masih enggan dan masing-masing kembali dengan tangan penuh hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail ke bumi. Kata Allah: "Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi menyumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau undur. Katakan kamu melakukan atas perintah dan atas nama-Ku."

Apabila Izrail ke bumi dan menyampaikan perintah Allah, bumi akhirnya akur tanahnya diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, dia kembali ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kelak Ku-tugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka Izrail bimbang dibenci manusia. Lalu Allah berfirman: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku Yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar atau sakit."


Tanah bagaimana dijadikan Adam?


1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis

2. Tanah Bukit Tursina

3. Tanah Iraq

4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar

6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah

7. Tanah Paris

8. Tanah Khurasan

9. Tanah (Babylon)

10. Tanah India

11. Tanah syurga

12. Tanah Tha'if




Kata Ibnu Abbas :


1. Kepala Adam dari tanah Baitul Muqaddis,

kerana di situlah berada otak manusia,

dan di situlah tempatnya akal.



2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina,

kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.



3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.



4. Mukanya dari tanah Aden,

kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.



5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.



6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat manis.



7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,

untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.



8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.



9. Perutnya dari tanah Babylon.

Di situlah tempat seks (berahi) dan

tipu daya syaitan untuk menjerumuskan

manusia ke lembah dosa.



10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.



11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.



12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus,

kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu dan kemahuan.



13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap syahadah,

bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.



Bagaimanakah prosesnya :



1. Ketika Allah menjadikan Adam,

tanah itu bercampur air tawar, air masin, air hanyir, angin, api.

Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam

dengan pelbagai macam "sifat".



2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut"

kemudian diletakkan di dalam "Alam Malakut".



3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam"

adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung,

tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah,

wangi-wangian dari sifat nur sifat Allah,

dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".



4. Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air "Kudral-Izzah-Nya"

iaitu sifat "Jalan dan Jammal".

Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.



5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke tubuh Adam,

ia malas dan enggan, malah berputar-putar,

mengelilingi patung Adam yang terlantar.




Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail

untuk memaksa roh itu masuk,

akhirnya ia menyerah kepada Izrail.



Menurut riwayat ketika Adam masih di syurga,

sangat baik sekali kulitnya.

Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini.

Kerana Adam diturunkan ke dunia,

terjadilah perubahan pada warna kulitnya.

Sebagai peringatan yang masih tertinggal warnanya

hanyalah pada kuku manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam,

warna kukunya adalah sama,

ialah putih kemerah-merahan.




Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang:

Tujuh buah liang di kepala dan

dua liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya di kepala:

dua liang mata, dua liang telinga,

dua liang hidung dan sebuah liang mulut.

Yang dua macam di bawah:

sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima pancaindera:

1. Mata alat penglihatan

2. Hidung alat penciuman

3. Telinga alat pendengaran

4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.

5. Anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan,

untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.


Selepas roh masuk tubuh Adam perlahan-lahan

sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.


Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail

memasukkan roh ke tubuh Adam.

Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam,

dan kini mencabut nyawa manusia.


Selepas meresap ke kepala Adam,

maka terjadilah otak dan tersusun

urat sarafnya dengan sempurna.

Kemudian terjadilah matanya

seketika itu matanya terus terbuka

melihat dan melirik ke kiri dan ke kanan.


Dan juga melihat ke bawah di mana

bahagian badannya masih adalah tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan malaikat

yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam mendengar malaikat

mengucapkan tasbih dengan suara merdu

dan mengasyikkan.



Ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin,

serta mulutnya terbuka.


Ketika itulah Allah mengajarnya mengucap Alhamdulillah.

Itulah ucapan Adam yang pertama kepada Allah.


Lalu Allah berkata:

"Yarkhamukallah" yang ertinya:

"Semoga engkau diberi rahmat Allah".



Oleh kerana itu

jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah"

dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah".


Kemudian ketika roh sampai pada dadanya,

tiba-tiba saja ia mahu bangun.

Padahal bahagian badannya ke bawah

masih menjadi tanah keras.


Di sini menunjukkan sifat manusia

yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:


"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa".


Maka, ketika roh itu sampai di perutnya,

terjadilah susunan isi perut dengan sempurna.

Maka seketika itu terasa lapar.


Kemudian terus roh itu

meresap ke seluruh tubuh Adam,

tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang,

urat-urat, berkulit dengan sempurna,

kian lama kian bagus dan halus.


Apabila kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru,

maka dialah adalah jenis makhluk manusia yang pertama.


Wajahnya cukup cantik,

semua malaikat kagum melihat Adam yang menawan.

Adam diarak malaikat selama 100 tahun lalu

diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama

hinggalah ketujuh sebelum dibawa ke syurga

tempat mula-mula Adam dijadikan.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...